Kajian mendapati anak sulung adalah anak paling pintar

lead image

Kajian terbaru mendapati kepintaran berkait rapat dengan kedudukan anda dalam hierarki keluarga. Menurut kajian, anak sulung adalah yang paling pintar.

Nampaknya, kajian ini tidak memihak kepada saya kerana saya anak bongsu daripada dua adik-beradik. Humph! Tapi yang penting, menurut laporan ini, anak sulung dalam keluarga sering menjadi antara yang terpintar.

Kajian yang dijalankan mendapati anak sulung lebih cenderung untuk melakukan perkara dengan lebih baik berbanding adik mereka yang lebih muda. Penilaian kognitif dilakukan seawal usia satu tahun. Perbezaan pencapaian antara anak sulung dan adik-beradiknya nyata ketara.

Kajian menunjukkan bukti yang anak sulung menerima lebih banyak ransangan mental dan susu badan daripada ibubapa. Malah, wanita yang baru menjadi ibu juga akan lebih berhati-hati untuk mengambil risiko seperti menghisap rokok atau minum minuman beralkohol ketika kehamilan pertama.

Saya nampak logiknya di sini. Apabila anda hamil dengan anak pertama, ia sebuah pengalaman baru buat anda... satu konsep asing yang perlu anda biasakan. Anda tahu anda kena buat yang terbaik, lalu anda kena lebih berhati-hati. Ketika anda bersedia untuk hamil dengan anak kedua, sifat panik tidak dihiraukan lagi. Anda tahu anda tak perlu risau apa-apa. Lalu, anda menurunkan pertahanan dan lebih santai.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/02/sibling.jpg Kajian mendapati anak sulung adalah anak paling pintar

Tapi, jika anda sudah memiliki lebih daripada seorang anak, masih santaikah hidup anda? Dengan dua orang adik beradik, saya masih ingat bagaimana ibubapa saya anggap rumah kami seperti medan perang! Kes kami adalah kes klasik persaingan antara adik beradik. Abang saya jauh lebih tua dari saya. Dia berusia 7 tahun dan merasakan dia tahu segalanya.

Persaingan antara adik-beradik

Saya juga pernah melihat persaingan antara adik beradik yang memiliki jarak usia lebih rendah. Bagaimana anda mengendalikan masalah persaingan antara adik beradik? Berikut terdapat beberapa tips mudah untuk ibubapa dengan dua atau lebih anak-anak:

  • Rancang dengan baik: Cuba jarakkan usia antara dua orang anak tersebut, agar anak sulung mampu berdikari. Memiliki dua orang anak dengan usia yang hampir sama akan menimbulkan perselisihan faham antara mereka. Anda mungkin secara tidak sengaja memberi tumpuan lebih pada si manja lebih kecil, hingga anak sulung anda rasa dipinggirkan. Biasanya, inilah batu loncatan untuk persaingan antara adik beradik.
  • JANGAN berpihak pada mana-mana: Sentiasa berlaku adil. Hanya sebab anak bongsu anda lebih muda, tak bermaksud anda harus berpihak kepadanya setiap masa. Tetapi, berpihak pada siapa yang benar. Bangunkan saluran komunikasi antara anda dan anak-anak, agar mereka boleh menerangkan perkara pada anda. Dan anda boleh mempertimbangkan keterangan mereka.
  • JANGAN bandingkan: Saya tak perlu terangkan benda ini, kan? Semua orang tak suka dibandingkan. Sama ada orang dewasa atau kanak-kanak. Kita sendiri tahu dua orang kanak-kanak tidak akan serupa, jadi kenapa kita perlu cakap begini "tengok macam mana abang awak lari"?
  • Jangan paksa mereka berkongsi permainan: Tanpa mengira perbezaan usia antara adik-beradik, dapatkan permainan yang sama buat mereka. Jangan paksa mereka untuk berkongsi permainan, melainkan mereka ingin melakukannya. Selalunya, tekanan akan jatuh pada anak sulung. Dia akan dijangka untuk berkongsi barangannya dengan adik yang lebih muda. Jika anak-anak anda faham dengan konsep perkongsian, dan sanggup melakukannya, teruskan!

Dari pengalaman saya, persaingan antara adik-beradik hanya dipenuhi dengan pelbagai pergaduhan bodoh yang kini menjadi kenangan. Namun, jika anda ingin menjadi pendamai antara dua adik-beradik yang bersaing, anda mungkin ingin pengadil ketiga, agar anda boleh berehat.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!