TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

"Move On Bukan Bermaksud Saya Lupa Anak Syurga Ini! Setiap Detik Istimewanya Disimpan Dalam Hati"...

4 min bacaan
"Move On Bukan Bermaksud Saya Lupa Anak Syurga Ini! Setiap Detik Istimewanya Disimpan Dalam Hati"...

Kematian anak tentunya merupakan perihal yang cukup memedihkan hati ibu bapa yang mengalaminya. Namun perlukah ibu bapa melupakan tentang anak syurga ini?

Kita sering melihat kesedihan yang dialami oleh ibu bapa kepada anak syurga, dan dapat membayangkan betapa perihnya perjalanan yang nyata terasa panjang dan cukup lama untuk dilalui.

Bagi yang tidak pernah melalui rasa ini, kita pasti mendengar pengalaman hidup mereka di saat mula kejadian anak itu, proses penyembuhan yang sukar dan akhirnya melihat ibu bapa tersebut berjaya mengharungi kesedihan tersebut… atau sekurang-kurangnya lebih tenang berbanding sebelumnya.

Mungkin kali ini, kita boleh bercakap tentang keseimbangan antara cuba melalui pengalaman trauma tersebut, tetapi masih menyambut kehidupan anak syurga itu, walaupun sementara sahaja.

anak syurga, kematian anak, keguguran anak, still birth, lahir mati, anak meninggal, kematian anak kecil, anak meninggal sebelum baligh, anak sakit meninggal dunia, anak meninggal dunia

sumber: redeeminggod

Anak Syurga: Perkongsian Seorang Wanita 

Seorang ibu yang membawa kandungannya sehingga matang dan kehilangan anaknya kerana ‘stillbirth‘ akhirnya meluahkan rasa yang disimpan selama ini.

Ibu ini percaya, setiap ibu bapa yang mengalami pengalaman sama harus meneruskan kehidupan selepas kematian anak, dan mencapai keseimbangan antara menerima kehilangan dan teruskan menghargai anak syurga tersebut setiap hari, dalam apa jua cara sekalipun.

Ikuti perkongsiannya yang menyedihkan ini. 

***

Tidak lama dulu, saya menghadiri sebuah majlis bersama 3 orang anak saya. Rakan yang sudah lama tidak berjumpa terkejut apabila mendapati saya mempunyai 3 anak. Mereka tanya, apa perasaannya? 

Soalan tersebut membuatkan anak sulung saya mula menyampuk.

“Tapi dia bukan anak ke-3, baby ni anak ke-4. Saya ada adik lain yang dah ke syurga.”

Tiba-tiba mood sekeliling terus berubah! Semua mula terdiam dan keadaan menjadi kekok. Ahli keluarga yang lain mula menjeling anak lelaki saya, ada yang menyuruhnya diam sahaja.

Malah dia dianggap kurang sopan di majlis.

Itulah anak saya yang berusia 5 tahun yang bila disuruh melukis tentang perasaannya, dia melukis gambaran seorang budak perempuan yang sesat dengan tajuk, saya sedih bila adik perempuan saya tidak jumpa jalan pulang.

Saya mula memecahkan kesunyian.

“Ya, sebenarnya ini anak ke-4 saya. Anak yang ke-3 lahir mati.”

Saya sedar perbuatan saya menyebabkan perbualan tersebut menjadi lebih kekok, malah seolah tidak masuk akal apabila mereka menyedari anak sulung saya tahu yang dia kematian seorang adik!
 
anak syurga, kematian anak, keguguran anak, still birth, lahir mati, anak meninggal, kematian anak kecil, anak meninggal sebelum baligh, anak sakit meninggal dunia, anak meninggal dunia

Kematian anak sememangnya suatu perkara yang sukar digambarkan.

Malah bukan kehilangan itu sahaja yang sukar, tetapi sebenarnya perkara paling sukar sekali adalah mencari keseimbangan antara betapa anda mahukan anak itu dalam hidup anda.

Ia makin mencabar bila anda perlu menjelaskan kepada anak-anak yang lain tentang anak syurga itu.

Anak Syurga: ‘Menangis Tidak Akan Membuatnya Kembali’

Ketika anak saya meninggal dunia, saya tidak diberikan masa dan ruang untuk meratap dan bertenang.

Saya dikelilingi orang-orang yang merasakan saya perlu lupakan hal tersebut dan teruskan kehidupan saya, untuk terus kuat demi anak yang lebih tua, dan menangis tidak akan dapat membantu apa pun!

Saya rasa, jika saya diberikan masa untuk bersedih, mungkin selepas itu saya perlu berlakon seolah-olah ia tidak pernah berlaku.

Saya tidak boleh bercakap tentang anak syurga saya, malah bila saya membuat keputusan untuk memberitahu anak sulung saya pun ada yang tidak bersetuju.

anak syurga, kematian anak, keguguran anak, still birth, lahir mati, anak meninggal, kematian anak kecil, anak meninggal sebelum baligh, anak sakit meninggal dunia, anak meninggal dunia

sumber: dissolve

Hanya Yang Mengalami Akan Faham Perasaan Kehilangan Ini

Tapi pada satu tahap, saya rasa saya perlu lebih kuat dengan perasaan saya sendiri. Saya buat keputusan yang tiada siapa yang boleh menyuruh saya rasa apa yang saya perlu rasa, dan apa jua cara untuk saya bersedih! 

Tiada seorang pun yang boleh membayangkan perasaan seorang ibu yang mengandungkan anak, hanya untuk kehilangan si comel itu.

Apabila anak syurga saya meninggalkan kami, tiada siapa yang membuat memori atau berkongsi ikatan istimewa dengannya, hanyalah saya.

Saya merasakan tendangan dan gerakannya, malah dia berkomunikasi dengan ibunya dari dalam rahim dan itu sebenarnya yang memberi saya hak untuk melakukan apa sahaja bagi mengingatinya.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Saya tidak mahu sekadar mengingati anak syurga saya. Saya mahu meraikan kehidupannya yang sementara semasa jantungnya masih berdegup.

Saya bercakap dengan anak-anak lain tentangnya, menerangkan apa yang terjadi. Malah sekiranya ada yang bertanya saya ada berapa anak, saya sering menjawab 4 anak, walaupun kepada orang yang tidak dikenali.

Pada saya, ini adalah keseimbangan.

Kematian anak sangat menyakitkan, tetapi walau bagaimanapun anda perlu meneruskan hidup. Tetapi ini bermakna anda terima yang si kecil itu hanya berada jauh dari anda, di tempat yang lebih baik.

Ia juga tidak bermakna anda tidak boleh menjadikan anak itu sebahagian dari kehidupan anda. Jangan biarkan sesiapa memberitahu anda sebaliknya.

***

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Umur berapakah kehamilan boleh berisiko?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nasreen Majid dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.compregnancy-stresincrease-stillbirth-risk/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • "Move On Bukan Bermaksud Saya Lupa Anak Syurga Ini! Setiap Detik Istimewanya Disimpan Dalam Hati"...
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham