Ibu-Ibu Perlu Rilek, Anak Anda Tak Akan Kebuluran Kalau Tak Mahu Makan

undefined

Selagi mereka tak tunjuk tanda-tanda sakit, tak serius pun masalah anak tak mahu makan. Tapi, ada 10 cara lain anda boleh tambat selera mereka. Jom cuba!

Jika anak tak mahu makan atau cerewet makan, sudah pasti anda sudah bosan dengar kata-kata ini.

“Kenapa dia kurus sangat? Mak tak bagi makan ke?”

“Cuba kamu tengok anak Mak Ngah, montel lagi comel.”

“Ish anak kamu ini memilih sangat makan, patutlah keding semacam!”

Tetapi tahukah anda anak tak mahu makan cuma satu fasa sahaja dan anak cuma sedang menegaskan kebebasannya? Dia cuma ingin memilih bila dan apa untuk dimakan!

Jangan bimbang, kami ada 10 jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Mari kita baca sama-sama.

10 Cara Mudah Untuk Selesaikan Masalah Anak Tak Mahu Makan

1. Jangan sampai bergaduh

anak tak mahu makan

Jangan paksa anak makan sehingga berkelahi, kerana ini boleh meninggalkan kesan jangka lama yang mendalam dan menyebabkan masalah pemakanan apabila anak besar nanti.

Cabaran untuk membiarkan sahaja tabiat tak mahu makan ini sangatlah besar, tapi cuba katakan kepada anak –

Anda tidak perlu makan kalau tidak mahu makan,” dengan nada suara yang tenang.

Katakannya walaupun dalam hati rasa macam nak berteriak sahaja. Cuba petua ini secara konsisten, ia mungkin akan mendatangkan perbezaan. 

2. Catat apa yang anak makan

Sesetengah kanak-kanak lebih suka makan sedikit demi sedikit. Sekeping roti, kemudian buah-buahan, ataupun biskut. 

Apabila ditambahkan semua makanan ini, sebenarnya ia cukup mengenyangkan. Jadi jangan risau kalau anak bukan jenis yang suka makanan lauk pauk.

3. Beli makanan berkalori tinggi

Ibu-Ibu Perlu Rilek, Anak Anda Tak Akan Kebuluran Kalau Tak Mahu Makan

Mentega kacang sangat kaya dengan protein, lemak sihat dan berkalori tinggi. Bahkan 2 – 3 sudu besar kismis juga sudah ada 200 kalori.

Keju, kepingan oat, buah-buahan, dan kacang semua senang untuk disediakan. Pastikan anda membawa makanan-makanan ini, apabila keluar supaya anak boleh makan pada bila-bila masa.

4. Buat perancangan awal untuk makanan anak

Jika anak selalu makan makanan yang sama setiap hari, pasti dia akan jemu. Cuba tulis semua makanan kegemaran anak, atau sediakan makanan yang berbeza-beza supaya dia mempunyai lebih banyak pilihan. 

5. Dapatkan pertolongan orang lain

Kalau keadaan semakin teruk, cuba minta pertolongan orang lain untuk menyuap anak. Jika terpaksa, biar mereka makan depan TV. 20 minit pun lebih baik dari anak tak makan langsung. 

6. Jangan jemput mereka makan

anak tak mahu makan

Kalau boleh, jangan jemput anak untuk makan langsung. Mungkin bunyinya macam ibu yang tidak bertanggungjawab, tapi bila anak lapar nanti, pandailah dia minta makanan.

7. Jangan terlalu tegas dengan pilihan anak

Saya tidak benarkan anak untuk minum minuman bergas atau yang terlalu manis. 

Saya juga selalu menjauhkan diri dari makanan yang mempunyai terlalu banyak pewarna. Tapi, janganlah terlampau tegas.

Mungkin hari ni anak cuma nak makan kek je (ibu pun nak!). Biarkan saja. Asalkan anak tidak memakan makanan yang terlalu manis selama beberapa hari.

8. Beri vitamin tambahan

Beli vitamin atau supplemen tambahan yang mereka suka (jenis sirap ataupun gummy bear) dan pastikan anak makannya setiap hari untuk mengelak kekurangan nutrien. 

Cuba beri minyak ikan pun boleh!

9. Jangan banding dengan kanak-kanak lain

Ibu-Ibu Perlu Rilek, Anak Anda Tak Akan Kebuluran Kalau Tak Mahu Makan

Jangan rasa tertekan apabila anak orang lain kuat makan atau apabila orang memberi komen anak terlalu kurus. Asalkan anak masih aktif dan tidak selalu sakit!

10. Jadilah contoh yang baik

Jadilah contoh yang baik dan nikmati makanan anda juga.

Mudah-mudahan mereka akan terikut-ikut selepas fasa tidak mahu makan ini. Jangan lupa anak selalu mengikut tingkah laku ibu bapa mereka!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Selain Faktor Persekitaran, Anak Yang Cerewet Makan Juga Berpunca Oleh Genetik-Kajian

Baca juga: Stress Anak Tak Mahu Makan Nasi? Apa Kata Ibu Cuba 6 Tips Bijak Ini, Pasti Berjaya!

Baca juga: Bilalah Berat Badan Anak Nak Naik? Ibu-Ibu Cuba Resepi Makanan Untuk Anak Susah Makan Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!