Menjadi lumrah sebagai ibu bapa yang berhadapan dengan kerenah anak tak nak makan sampai kadang-kadang ibu bapa buntu dan tidak tahu cara apakah lagi yang ingin dilakukan bagi membantu meningkatkan selera makan anak.
Namun sebenarnya ada banyak cara yang boleh dipelajari ibu bapa bagi membendung masalah anak tak makan ini seperti memperbanyakkan kreativiti pada makanan si kecil dan menghidangkan makanan yang berkhasiat sekaligus membantu menambah berat badan anak.
Walaubagaimanapun, kita tidak menafikan ada segelintir ibu bapa yang mula naik tangan dan marah-marah bila anak tak nak makan sampai kadang-kadang menakutkan anak mereka.
Anak tak nak makan dibunuh
Seperti kejadian yang berlaku di Ampang Kuala Lumpur apabila mayat seorang kanak-kanak perempuan dipercayai warga Myanmar ditemui di hadadapan sebuah kedai makan di Ampang Point.
Mayat kanak-kanak itu disyaki telah dibunuh oleh individu yang terdekat dengan mangsa disebabkan enggan menjamah makanan pada waktu kejadian berlaku.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, kanak-kanak tersebut yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian UNHCR itu diterima pihak polis selepas pengawal keselamatan memaklumkan berkaitannya sekitar jam 9.50 pagi, semalam.
Mangsa dalam keadaan terbaring
Menurut polis, semasa menemui mayat tersebut, kanak-kanak itu yang berusia linkungan enam tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian.
Malah hasil pemeriksaan pada badan mangsa mendapati ada kesan lebam di bahagian anggota badannya seperti di bahagian lengan dan badan.
Susulan dengan penemuan mayat kanak-kanak itu, polis berjaya menahan tiga individu yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan tersebut iaitu bapa tiri mangsa dan dua wanita yang juga pemegang kad yang serupa di sebuah hotel di Ampang Point kira-kira selepas 30 minit kejadian berlaku.
Setelah itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani proses bedah siasat.
Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Apa nak buat bila anak tak nak makan?
Menurut perkongsian daripada doktor di Poliklinik Az-Zaara, ini merupakan jawapan bagi dilema ibu bapa yang mengatakan anak sihat tapi mereka enggan makan nasi.
Pertamanya, yang ibu bapa kena lihat adalah bilakah kali terakhir anda ajar anak makan nasi dan berapa kali sehari anda beri anak makan setiap hari?
Jawapan yang biasa kita dengar dari mulut ibu bapa adalah tiga kali sehari. Iaitu pagi, petang dan malam.
Sebenarnya, ini adalah cara yang salah kerana ia adalah masa makan bagi orang dewasa dan bukannya masa makan untuk bayi dan juga kanak-kanak.
Hal ini kerana, ibu bapa perlu tahu bahawa perut kanak-kanak tidak sama seperti mana perut orang dewasa.
Malah kanak-kanak juga tidak makan terlalu banyak seperti mana orang dewasa makan.
Biasanya selepas empat jam, kanak-kanak akan mula lapar semula. Apabila mereka berasa lapar, dia mula makan apa saja yang ada atau yang dia rasakan sedap seperti coklat, makanan ringan, keropok dan sebagainya.
Bagi mereka cukuplah makan sedikit dan mencukupi sebab mereka nak sambung main selepas itu jadi dapat isi perut sedikit pun jadilah.
Masa ibu ayah makan, anak masih lagi kenyang
Jadi semasa mak ayah sedang menyuap makanan ke mulut, semasa itu kanak-kanak masih lagi kenyang sebab baru saja ambil makanan ringan sebentar tadi sebelum mereka sambung bermain.
Jadi masa itu kalau anda suap mereka makan nasi, confirm lah mereka enggan dan geleng kepala sebab perut dah kenyang.
Semasa diajak makan itu, mereka masih terus leka bermain lari-lari, pusing sofa atau lambung mainan ke udara.
Bukan itu saja, ada sesetengah ibu bapa yang risau bila tengok anak tak nak makan nasi dan asyik lebihkan roti, mee dan lain-lain sahaja.
Walaubagaimanapun itu tidak mengapa asalkan anak-anak dapat zat pemakanan yang mencukupi dari piramid makanan seperti cukup zat karbohidrat, protein, sayur, lemak dan sebagainya.
Tapi yang paling penting, masa makan anak adalah tepat dan pastikan semasa itu mereka betul-betul lapar.
Semasa itu anda suaplah nasi bercampur ayam atau ikan dan sayur sudah tentu selera makan mereka akan membuak-buak.
Malah mereka akan memuji betapa sedapnya air tangan ibu.
Selain itu, ibu juga boleh titipkan beberapa tips ini untuk membantu menambahkan selera makan anak-anak seperti berikut:
1) Menjadikan makanan anak kelihatan lebih ceria dan nampak cukup menyelerakan. Sekaligus buat anak tertarik untuk menikmati hidangan makanan mereka.
2) Menjadikan waktu makan sebagai masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga tersayang.
3) Mempelbagaikan makanan setiap hari dan jangan sesekali memberi makanan yang sama hampir setiap hari kerana ia boleh membuatkan anak berasa bosan kerana tiada variasi.
4) Ibu bapa harus mengenalpasti apakah makanan kesukaan anak dan berikan makanan tersebut dengan lebih kerap terutama jika ia berkhasiat seperti buah-buahan dan sayuran.
Ingat ya ibu ayah, jangan sesekali gunakan kekerasan dan kemarahan jika anak enggan makan nasi.
Guna pakai tips yang kami kongsikan ini sebagai jalan semangat untuk anda melakukan sesuatu yang anak suka. Semoga kita sentiasa menjadi ibu bapa yang terbaik untuk masa depan anak-anak.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Sinar Harian
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comanak-susah-makan-nasi