Elak anak tertelan bateri hingga bocor perut dengan kaedah berkesan ini!

Parents mana yang tak panik bila mengesyaki anak tertelan bateri. Nasib baiklah kaedah saintifik ini terbukti boleh mengurangkan risiko kecederaan serius!

Apa anda perlu buat jika anak tertelan bateri?

Sebagai ibu bapa, apabila anda mengetahui (atau mengesyaki) anak tertelan bateri, pasti anda panik. Siapa yang tidak panik! 

Bateri kecil itu, terutamanya bateri bulat boleh menghancurkan badan anak anda. Jika anak tertelan bateri, anda perlu membawa anak ke hospital dengan segera!

Tapi baru-baru ini, kajian mencadangkan satu kaedah saintifik mudah yang berpotensi mampu menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang menjadi mangsa. 

Apakah kaedah saintifik itu? Jom kita lihat jawapannya.

Jika anak tertelan bateri, beri mereka madu*

*Ambil perhatian: Madu TIDAK BOLEH diberi pada bayi yang berusia bawah 1 tahun kerana risiko botulisme

Menurut pakar telinga, hidung, dan tekak (ENT) di Hospital Kanak-Kanak Nationwide, Philadelphia, Amerika Syarikat, makan madu selepas anak tertelan bateri mampu mengurangkan risiko kecederaan serius pada kanak-kanak tersebut.

Sebenarnya, jika anak atau bayi anda tertelan bateri, kerosakan serius boleh berlaku dalam masa dua jam. Dua jam ini amat penting untuk anda bertindak!

Bateri butang sering menjadi ancaman serius kepada kanak-kanak sebab mereka mungkin anggap ia gula-gula. Dengan rasa ingin tahu mereka, zappp, mereka tertelan bateri!

Bateri ini bahaya sebab ia ada bahan kimia di dalamnya. Apabila anak tertelan bateri, air liur mereka akan memulakan tindak balas kimia yang cukup kuat untuk menghancurkan tisu pada tekak mereka.

Apa tanda-tanda anak tertelan bateri?

Antara tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda mungkin tertelan bateri ialah:

  1. sakit tekak
  2. batuk
  3. demam
  4. masalah nak menelan
  5. komplikasi yang lebih serius seperti: esophageal perforation, lumpuh kord vokal, atau hakisan pada saluran pernafasan mahupun saluran darah

Semakin lama bateri itu ada dalam badan kanak-kanak, semakin tinggi risiko dan bahayanya.

Dek besarnya risiko yang terpaksa ditanggung jika mana-mana kanak-kanak tertelan bateri, maka para penyelidik pun cuba mencari cara untuk mencegah kecederaan serius ini.

Mereka akhirnya menemui jawapan pada madu. Madu ialah bahan terbaik untuk mencegah kecederaan serius akibat tertelan bateri.

Bagaimana madu bantu kes anak tertelan bateri?

Menurut pakar, jika anak anda tertelan bateri, anda perlu beri satu sudu madu setiap 5 hingga 10 minit. Tapi anda juga perlu membawa anak ke hospital dengan segera!

Madu terbukti mempunyai keupayaan untuk “membuat penghalang bagi melindungi tisu dari bateri, serta meneutralkan paras alkali yang merosak”. 

Hal ini mampu menyelamatkan anak anda! Penyelidik juga menguji keberkesanan ini pada jus buah-buahan, contohnya jus lemon.

Jus lemon juga berkesan, namun kanak-kanak susah nak minum jus ini. Madu lebih senang diberi pada mereka.

Apa cara lain anda patut buat untuk jaga keselamatan anak?

Ini beberapa langkah penting yang harus anda lakukan untuk menjaga keselamatan anak dan mengelak mereka dari terkena risiko bahaya tertelan bateri.

  • Simpan semua bateri dalam bekas yang tidak boleh dibuka. Apa yg penting ialah pastikan bateri jauh dari jangkauan anak
  • Buang bateri lama. Bateri lama tidak boleh disimpan dalam rumah kerana bahan kimianya boleh menimbulkan risiko kesihatan
  • Pastikan semua mainan yang ada bateri itu selamat. Jika tempat tutup bateri longgar, letak pita pelekat atasnya
  • Jangan beri bayi mainan yang ada bateri
  • Jika anak anda tertelan bateri, segera bawa anak ke hospital. Sementara itu, beri juga mereka makan satu sudu teh madu setiap 5-10 minit untuk elak kecederaan serius.
  • Jangan paksa anak muntah. Lebih baik anda terus ke hospital

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Alwyn Batara dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-suka-menggigit-handphone/

Penulis

Ayu Idris