Kanak-Kanak Cedera Tercucuk Kayu Lidi Nugget Tika Makan Dalam Kereta, Parents Jangan Cuai!

Parents, tolong jangan cuai jika tak mahu kejadian ini berulang lagi!

Baru-baru ini, terdapat satu insiden yang berlaku di mana seorang anak tertusuk kayu lidi nugget ketika makan di dalam kereta. 

Menurut laporan yang diterima, kejadian berlaku apabila bapa kanak-kanak tersebut menekan brek mengejut, sekaligus menjadi punca anak tertusuk kayu lidi nugget yang sedang dimakannya. 

Daripada sumber yang sama juga turut dikatakan kanak-kanak tersebut cedera teruk di bahagian muka dan batang lidi itu sukar dikeluarkan!

Jadi, kalau kejadian yang sama berlaku, apa patut anda buat? 

Anak tertusuk kayu lidi nugget – Apa patut ibu bapa buat jika kejadian ini berlaku? 

Pakar Kesihatan Cathy Johnson dari  RN Science and Health Unit mengatakan ada beberapa sebab doktor melarang anda untuk mengeluarkan serpihan kayu yang menusuk kulit

Pakar bimbang jika rasa sakit bertambah atau batang kayu itu terpatah ketika dalam proses mengeluarkan dan ada sisa yang tertinggal. 

Menurut Cathy, tertusuk kayu adalah kecederaan ringan yang berlaku tanpa sengaja, malah kita sendiri boleh mencabutnya.

Namun kes kanak-kanak lelaki ini mungkin sedikit berbeza dan perlu dirawat di hospital kerana luka yang terlalu dalam. 

Atas sebab itu, kulit akan jadi bengkak kerana terdapat benda asing yang tertucuk dalam kulit seterusnya membuatkan mangsa rasa kurang selesa jika luka tersebut tidak dirawat dengan kadar segera. 

Anak tertusuk kayu lidi boleh menyebabkan infeksi pada kulit 

Dalam kes ini, batang lidi yang tidak dikeluarkan dari kulit boleh menyebabkan infeksi yang dikenali sebagai sporotrichosis. 

Infeksi ini disebabkan oleh bakteria sporothrix dan boleh menimbulkan gejala bengkak dengan pola bergaris di bahagian tubuh yang tercedera. Namun, yang menjadi masalah adalah infeksi sporotrichosis ini sukar disembuhkan. 

Walau bagaimanapun, sebaiknya anda segera mengeluarkan kayu yang tertusuk ke dalam kulit itu dan mintalah bantuan doktor untuk mengeluarkannya. 

Justeru ibu bapa, jangan sambil lewa dan cuai dengan keselamatan anak-anak kita setiap hari.

Tolong tengok benda apa yang ada di tangan anak dan jauhi mereka dari sebarang alat tajam yang boleh cederakan diri mereka. 

Semoga artikel ini memberi pengajaran yang berguna buat kita semua.  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Doktor Sehat 

Baca juga 

11 Tip Pertolongan Cemas Yang Setiap Ibu Bapa Wajib Tahu