Anak Tidak Pandai Bersosial Dalam Playgroup? Ibu, Jom Cuba 5 Tips Mudah Ini!

Resah anak tidak pandai bersosial? Ikuti 5 tips mudah ini untuk ibu bapa bantu anak berinteraksi dan bermain dengan baik dalam Playgroup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dah hantar anak dalam Playgroup tetapi anak anda masih tidak mahu bermain dengan rakan lain atau anak tidak pandai bersosial? Ini merupakan salah satu kerisauan yang dialami oleh ramai ibu bapa di Malaysia kerana terdapat kanak-kanak yang lebih gemar bermain bersendirian daripada melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan mereka bekerjasama dengan rakan sebaya mereka. 

Bagi ibu bapa yang tidak tahu apakah itu Playgroup, berikut adalah sedikit pencerahan mengenai Playgroup buat anda.

Anak Tidak Pandai Bersosial Boleh Hantar Ke Playgroup Tapi Apa Itu Playgroup?

Kredit: Pexels

Ada yang beranggapan bahawa Playgroup adalah seperti tadika, atau pun taska yang mana tujuannya lebih kepada penjagaan kanak-kanak. Tetapi sebaliknya, Playgroup adalah satu sesi pembelajaran yang melibatkan penglibatan ibu bapa, tenaga pengajar dan juga anak-anak.

Secara ringkas, fokus utama Playgroup adalah untuk menerapkan kemahiran sosial dalam kalangan anak-anak anda khususnya untuk memupuk komunikasi antara mereka dan rakan sebaya mereka, dan menyediakan anak anda dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukannya sebelum ke peringkat pembelajaran yang lain.

Baca juga: Kanak-kanak Tadika Dengan Pendidikan Sosial Yang Baik Lebih Cenderung Berjaya

Pembelajarannya adalah lebih menyeronokkan, dan bertujuan untuk memberikan anak-anak peluang untuk bergaul dan bermain dengan rakan-rakan mereka. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk bergaul dalam persekitaran yang baru dan asing. Lagi-lagi apabila ianya berlaku kepada anak anda yang tidak menunjukkan minat dalam sesi Playgroup. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau anda hendak tahu, anda sebagai ibu bapa mempunyai peranan paling penting, dan besar untuk membantu perkembangan sosial anak anda. Andalah hero sebenar dalam cerita ini!

Justeru, kami ingin kongsikan beberapa tips untuk anda ikuti untuk membantu anak anda bermain dengan mudah sewaktu dalam sesi Playgroup, yang seterusnya akan membantu meningkatkan kemahiran sosial mereka!

Tips Untuk Bantu Anak Menjadi Lebih Sosial

1# Sentiasa tunjukkan komitmen dalam Playgroup bersama anak anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

Sekiranya anda beranggapan bahawa pembelajaran Playgroup adalah di antara anak anda dengan guru, anda mempunyai tanggapan yang silap.

Penglibatan anda dalam sesi Playgroup adalah sangat bermakna buat anak anda sebenarnya. Ini kerana kehadiran anda membantu memberi lebih keyakinan kepada anak anda untuk mencuba persekitaran yang baru. Malah, dorongan yang anda beri kepada anak anda akan lebih membantu anak anda untuk keluar daripada zon selesa mereka.

Anda mesti akan seronok apabila melihat perkembangan pembelajaran anak anda, disamping memberi galakan untuk mereka mencuba berkenalan dengan orang baru. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2# Kenali karakter anak anda

Anda lebih mengenali dan memahami karakter dan peribadi anak anda. 

Perkara-perkara inilah yang membantu tenaga pengajar untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian untuk memupuk komunikasi dalam diri anak anda. Ketahui perkara-perkara seperti berikut:

  1. Adakah anak anda bermain bersama adik beradiknya di rumah?
  2. Adakah anak anda mengetahui bahawa dia perlu bermain sewaktu dalam sesi Playgroup?

Sekiranya anak anda tahu bahawa anak anda perlu bermain dengan rakan lain tetapi dia masih lagi tidak mahu bermain dalam sesi Playgroup, apa yang anda boleh lakukan ialah cuba untuk mengajak anak anda untuk duduk bersama dengan rakan dan buat aktiviti bersama.

Ini akan membantu anak anda untuk belajar berkawan dan berkomunikasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3# Bermain dengan anak terlebih dahulu

Kredit: Pexels

Kalau anda ingin anak anda bermain dan bergaul, segalanya bermula dengan anda dahulu.

Ibu bapa perlulah lebih proaktif dan peka dengan keadaan sekeliling terutama sekali dengan karekter anak anda. Sekiranya anak anda malu untuk bergaul dan bermain dengan rakan yang lain, apa kata anda sendiri yang mulakan dahulu dengan bermain dengan anak anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertama sekali, adalah anda perlu beri anak anda masa dan ruang untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru. 

Kalau anak anda malu untuk bermain dengan rakan sebayanya yang lain, anda sendiri perlu memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk anak anda bermain dengan melibatkan diri anda dalam aktiviti seperti permainan, ataupun aktiviti yang memupuk komunikasi bersama anak anda. Barulah anak anda rasa selesa, dan tidak rasa seperti terasing di tempat baru.

4# Ajar anak untuk membuat eye contact dengan orang lain sewaktu berinteraksi

Ada pepatah yang menyatakan ‘Dari mata turun ke hati’.

Betapa pentingnya ‘eye contact’ atau hubungan mata dalam membantu perkembangan sosial anak anda. Bagaimana agaknya ia dilakukan?

Pertama sekali, eye contact membantu anak anda untuk fokus.

Justeru, anda perlu menekankan aspek ‘eye contact’ kepada anak anda apabila anda bercakap agar anak anda menatap mata anak anda. Umum kita ketahui bahawa eye contact antara ibu dengan anak membantu anak berasa selamat. Dalam konteks ini, ianya membantu anak anda untuk lebih memahami perbualan dan kekal fokus.

Keduanya, dengan mengajar anak anda untuk membuat eye contact dengan anda ataupun dengan rakannya, ia turut melatih anak anda untuk memberi perhatian sewaktu bermain agar anak anda mudah untuk berinteraksi dengan rakan. 

5# Ibu bapa perlu ajar anak untuk berkomunikasi dengan orang lain

Kredit: Freepik

Sekiranya anak anda lebih gemar untuk sentiasa bermain dengan anda, enggan untuk bermain dengan rakan-rakan sebayanya yang lain atau anak tidak pandai bersosial, anda perlu ajar anak anda untuk berkomunikasi dan bermain dengan orang lain. Dengan bantuan anda, anak anda akan mudah menzahirkan kemahuan mereka dari segi komunikasi dan memberi respons untuk berinteraksi dengan orang lain. 

Pada permulaannya, mungkin agak sukar untuk anak anda berenggang dengan anda. Tetapi anda boleh amalkan taktik ‘scafolding’ untuk membantu anak anda menguasai kemahiran komunikasi. 

Ajar anak anda untuk berkomunikasi dengan rakan lain seperti “Cuba ajak kawan adik main sekali?” atau “Kawan adik ada pensel warna biru, cuba tanya kawan adik untuk tukar warna pensel.”

Untuk peringkat awal, anda perlu memberikan bantuan kepada anak anda untuk berkomunikasi. Lama kelamaan, menurut teknik Scaffolding, anda boleh mengurangi bantuan anda, dan biarkan anak anda untuk bermain, dan berkomunikasi sendiri dengan rakan mereka. 

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Kunci kejayaan sesuatu perkara adalah kesabaran yang berterusan. 

Kami yakin pasti ianya sukar bagi ibu bapa untuk membantu anak break the ice sewaktu dalam sesi Playgroup.

Tapi, kami yakin ibu bapa boleh mengamalkan 5 tips ini untuk membantu anak lebih berasa selesa dan yakin untuk lebih berkomunikasi! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: “Saya Malu” Sambil Menyorok Belakang Ibu – Ini 5 Cara Mudah Untuk Pulihkan Perasaan Malu Anak

Penulis

Nina Osman