5 Perkara Ibu Bapa Boleh Buat Apabila Anak Tidur Sepanjang Malam

Anak anda sudah pandai tidur sepanjang malam? Merdeka! Kongsikan apakah perkara pertama yang akan anda lakukan untuk meraikan pencapaian ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak tidur sepanjang malam…

Apabila anak tidur sepanjang malam dan tak lagi bangun untuk mencari susu atau ibu, ini adalah pencapaian anak yang dinanti-nantikan oleh semua ibu bapa! 

Merdeka

Ibu bapa bukan hanya boleh tidur dengan lebih lama, bahkan banyak lagi aktiviti yang boleh ibu bapa lakukan.

Ataupun anda semua sudah lupa cara hidup sebelum adanya anak? Mari saya ingatkan.

Di bawah adalah 5 perkara yang anda boleh lakukan:

5 Perkara Anda Boleh Lakukan Apabila Anak Tidur Sepanjang Malam

1. Tidur lambat

Apabila anak tidur sepanjang malam, inilah masanya untuk anda tidur lambat tonton GOT pula! Sumber gambar : WOTV4women

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tengok gambar ini anda ingat tak? Sebelum ada anak, pasangan suami isteri bebas pergi tengok wayang di pawagam hingga larut malam.

Selepas ada anak, ibu bapa akan cepat-cepat masuk tidur sekali. Sekurang-kurangnya anda dapat tidur sekejap sebelum mereka bangun nanti.

Tapi apabila anak sudah pandai tidur sepanjang malam, ibu bapa boleh tidur lambat.

Anda boleh membaca, tengok TV bersama pasangan tanpa takut mereka akan bangun.

Tapi jangan lupa, kanak-kanak suka bangun awal! Jadi pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga:

Anak Lebih Pandai Berbahasa Jika Bapa Yang Membacakan Buku Cerita Sebelum Tidur

2. Minum berdua-duaan

Minum berdua-duaan dengan pasangan seperti waktu dulu apabila anak tidur sepanjang malam… Sumber gambar: Salon

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun minum alkohol tak digalakkan setiap malam terutamanya untuk ibu menyusu, anda boleh minum sekali- sekala dengan kadar sederhana. 

Oleh sebab anak sudah tak bangun untuk menyusu, ibu mempunyai kelonggaran untuk minum satu atau dua gelas wine tanpa memikirkan kesan sampingannya.

Jangan minum terlalu banyak walaupun anak tidur sepanjang malam. Mabuk sambil menjaga anak bukan perasaan yang nyaman: ia sangat tidak bertanggungjawab.

3. Tidur sepanjang malam di rumah nenek

Sumber gambar: Lukisan & Baju Distro YK

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Macam tak adil pulak untuk meninggal anak dengan nenek dia ataupun ahli keluarga lain sekiranya mereka masih bangun beberapa kali pada waktu malam

Jika ibu masih menyusu, jangan haraplah untuk tinggalkan anak!

Tetapi apabila mereka sudah boleh tidur sepanjang malam lain cerita pula. Hooray! Ibu bapa boleh pergi berdating atau pergi bercuti hujung minggu!

Kan best ada pertolongan atuk dan nenek juga. Apalah yang akan kita akan lakukan tanpa mereka?

4. Senaman awal pagi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anak tidur sepanjang malam, anda bolehlah curi-curi keluar awal pergi bersenam

Cabaran paling besar adalah untuk meluangkan masa bersenam apabila anda mempunyai bayi atau kanak-kanak kecil. 

Selepas satu hari mengemas rumah, memasak dan menjaga anak, kebarangkalian untuk keluar bersenam sangatlah kecil.

Tapi, semua ini boleh berubah jika anda mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam.

Anda bukan hanya akan mempunyai lebih banyak tenaga, malah dapat mengatur kegiatan harian dengan lebih baik.

Ia juga bermakna anda berpeluang untuk mengambil masa selama 1 jam untuk pergi bersenam,.jogging ataupun ke gym pada awal pagi dan tinggalkan anak bersama dengan suami. 

5. Aktiviti night time

Apabila anak boleh tidur sepanjang malam, anda boleh mengatur aktiviti lain pada waktu malam.

Ada yang bekerja dari rumah, ada yang mengambil peluang ini untuk sambung belajar dan jangan lupa juga peluang keluar ke kedai mamak berdekatan dengan rakan-rakan.

Ajak kawan-kawan ke rumah selepas anak tidur, atau mengatur acara makanan untuk minggu itu.

Sumber: Giphy

Apa-apapun, pencapaian ini patut dirayakan, kerana akhirnya, ibu bapa boleh mula mendapatkan kehidupan mereka kembali!

Apa? Anak masih tak boleh tidur sepanjang malam? Jom cuba tips mudah untuk tidurkan bayi ini. Mana tahu ia berkesan, kan!

Sumber: Babyology

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bayi Susah Tidur? Di Sini Ada Penyelesaian Semudah ABC Untuk Semua Ibu Bapa!

Penulis

Rosanna Chio