'Ayah Dah Meninggal, Accident. Ibu Pun'- Guru Kongsi Video Buat Ramai Rasa Sebak

Anak yatim dalam Islam adalah anak yang kehilangan ibu atau ayah ketika usianya belum balig. Seorang guru berkongsi video cetuskan rasa hiba

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika menggunakan aplikasi TikTok baru-baru ini, muncul di laman “For You Page” kami tentang seorang kanak-kanak yang bernama Tasya,seorang anak yatim dalam Islam, yang lengkap beruniform sekolah bagi menghadiri sesi persekolahan yang baru sahaja bermula.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak yatim dalam Islam, murid beri jawapan sebak bila cikgu tanya tentang ibu dan ayahnya
  • Takdir hidup dan membesar sebagai anak yatim dalam Islam
  • Kebajikan anak yatim yang perlu dijaga

Memandangkan sesi persekolahan baru bermula, murid darjah 1 pastinya pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Kita boleh melihat gelagat ibu ayah yang merakam reaksi anak-anak apabila melangkah kaki ke perkarangan sekolah.

Anak yatim dalam Islam, murid beri jawapan sebak bila cikgu tanya tentang ibu dan ayahnya

Seorang guru telah memuat naik video di akaun TikToknya berkenaan kisah kanak-kanak yang bernama Tasya ini.

Menerusi video tersebut yang telah tular baru-baru ini, guru tersebut telah bertanya pada anak muridnya itu tentang pekerjaan ayah kanak-kanak tersebut. Namun, Tasya hanya menggeleng dan menjawab bahawa ayahnya telah tiada dek kemalangan.

Guru tersebut kemudian bertanyakan pekerjaan si ibu kepada Tasya pula. Tetapi, jawapannya walaupun ringkas, cukup menyayat hati, “Ibu pun.” Rujuk Tasya kepada ibunya yang juga sudah tiada.

Video tersebut telah mengundang kesedihan para netizen yang melihatnya kerana si kecil ini sudah menjadi anak yatim dalam Islam pada usia yang terlalu muda. Sebak rasanya apabila memikirkan tentang seorang kanak-kanak yang perlu mengharungi hidup tanpa kehadiran ibu ayah.

Ada juga netizen yang berkongsi kisah mereka yang senasib dengan kanak-kanak ini pada waktu kecil, namun mereka lebih beruntung kerana adik beradik-beradik mereka kebanyakannya sudah bekerjaya dan dia juga tinggal di asrama pada ketika itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Takdir hidup dan membesar sebagai anak yatim dalam Islam

Secara dasarnya, perkataan yatim berasal dari perkataan Arab yang bermakna sedih atau sendirian. Namun, menurut istilah syara’ dalam Islam, anak yatim membawa maksud anak yang ditinggal mati oleh ibu ayahnya sebelum dia baligh. Apabila kanak-kanak tersebut sudah baligh, maka terputuslah definisi yatim itu baginya.

Hal ini juga disebut dalam hadis yang menceritakan tentang Ibnu Abbas r.a yang pernah menerima surat dari Najdah bin Amir yang bertanya beberapa soalan, salah satunya tentang batas seorang anak yatim, lalu Ibnu Abbas pun menjawab:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dan kamu bertanya kepada saya tentang seorang anak yatim, kapan terputus predikat yatim itu, sesungguhnya predikat itu putus bila ia sudah baligh dan menjadi dewasa,”

Walaupun tanpa ketiadaan ibu ayah, ia bukan bermakna seorang anak yatim tidak mempunyai hak dalam Islam. Sebenarnya, hak-hak anak yatimlah yang wajib kita ambil tahu agar kita tidak menganiaya mereka tanpa sengaja.

Kebajikan anak yatim yang perlu dijaga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hak anak yatim wajib dituntuti dan haram sesekali menafikannya. Jadi, penting untuk kita ambil tahu tentang hak anak yatim dalam Islam agar tidak tersilap menganiaya mereka tanpa sengaja dan kita juga dapat memberikan mereka hidup yang lebih mudah walaupun dalam kesusahan.

  • Didikan dan makanan. Sebagai anak yatim, pasti sukar mereka mengharungi kehidupan tanpa ibu ayah untuk membantu mereka jadi sebagai penjaga anak-anak yatim ini, kita wajib memberi mereka didikan dan makanan kerana kedua-dua perkara ini adalah keperluan asas dalam kehidupan. Dalam al-Quran surah Al-Maun ayat 1-3 juga telah menjelaskan perkara ini: “Tahukah kamu individu yang mendustakan agama, itulah individu yang mengherdik seorang anak yatim piatu, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada individu miskin.” – QS. Al Ma’un, ayat 1-3
  • Diurus dalam urusan seharian. Dengan ketiadaan ibu ayah di sisi, pasti sukar untuk mereka menjalankan kehidupan seharian jadi sudah menjadi tugas para penjaga untuk memastikan si kecil tersebut terurus hidupan sehariannya. Ketahuilah bahawa jika anda menjaga dan menguruskan seorang anak yatim, Allah telah berjanji bahawa kehidupan kamu di syurga akan menjadi sangat tinggi.

  • Diberi kasih sayang. Walaupun anda hanyalah penjaga mereka, namun berikanlah kasih sayang kepada anak tersebut. Mereka juga berhak merasakan kasih sayang dari seseorang yang boleh mengambil tempat ibu ayah mereka yang sudah tiada. Lagi pula, interaksi positif dan penuh kasih sayang sangat penting dalam perkembangan seorang anak kecil.

Sekiranya anda seorang penjaga kepada anak yatim, ketahuilah bahawa perkara yang anda lakukan teramatlah mulia dan kami pasti bahawa anak jagaan anda juga bersyukur kerana mendapat penjaga yang cakna tentang kebajikannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kisah Anak Yatim Piatu, Tidak Pernah Puasa Dan Raya Dengan Ibu Ayah

Baca juga: Tak Lupa Jasa Keluarga Angkat, Anak Yatim Ini Hadiahkan Mereka Sebuah Banglo MEWAH

Baca juga: 2 Beradik Yatim Piatu Ditemui Kurus Kering & Tidak Bermaya, Minta Makanan Dari Polis