X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Takdir Hidup Anak Yatim, Remaja Luah Tidak Pernah Rasa Beraya Dengan Ibu Atau Ayah

28 Mar, 2022
Takdir Hidup Anak Yatim, Remaja Luah Tidak Pernah Rasa Beraya Dengan Ibu Atau Ayah

Kisah anak yatim piatu ini menyentuh sebak hati ramai. Dia menahan rasa sebak ketika meluahkan perasaan tak pernah rasa kasih sayang ibu ayah

Dibesarkan di rumah jagaan sejak kecil sehingga kini usianya mencecah 16 tahun, remaja lelaki ini tidak pernah merasai kasih sayang ibu ayah. Luahan kisah anak yatim piatu ini cetus sebak di hati netizen.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kisah anak yatim piatu, tidak pernah merasa beraya bersama ibu atau ayah
  • Netizen sebak dengar kisah anak yatim piatu
  • Cara menjaga kebajikan anak yatim yang kehilangan ibu ayah

Tambah sebak di hati netizen tatkala remaja tersebut yang dikenali sebagai Rahman bercerita dengan nada suaranya cuba menahan kesedihan. 

Kisah anak yatim piatu, tidak pernah merasa beraya bersama ibu atau ayah

Kisah remaja tersebut dikongsikan menerusi video pada akaun TikTok MyFundAction, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sewaktu menjalankan aktiviti di rumah jagaan yang didiami Rahman.

kisah anak yatim piatu

Berkongsi kisahnya, Rahman berkata, sejak kecil lagi, dia juga teringin merasai kasih sayang seorang ibu yang melahirkannya.

“Dari kecil yang saya naklah, saya nak juga kasih sayang seorang ibu. Dah berapa tahun saya hidup selama 16 tahun, jujur saya cakap, saya tak pernah raya dengan mak atau ayah saya.

“Saya tahu Allah takdirkan dalam hidup saya, Dia ambil dua orang dalam hidup saya. Saya reda.

“Sebab mungkin saya tak ada mak ayah tapi saya bersyukur ada umi (penjaga) yang jaga saya, bagi saya makan minum.

“Saya dan kawan-kawan bersyukur sangat sebab abang-abang kakak-kakak datang belanja kami,” demikian luahan hati remaja itu.

Netizen sebak dengar kisah anak yatim piatu

 

kisah anak yatim piatu

 

Perkongsian kisah Rahman membuatkan netizen sebak malah, mereka turut meninggalkan komen positif dengan memberi kata-kata semangat kepadanya.

“Dik, awak sangat beruntung sebab awak tak ada dosa dengan mak ayah. Kami ni ada mak ayah tapi selalu buat mak ayah sakit hati”.

“Adik reda, Allah bagi kekuatan pada adik. Allah sayang, Allah uji”.

“Sedih wei, ya Allah.. aku dah besar tua ni pun mak ayah masih ada. Tak boleh bayangkan macam mana mak ayah tak ada nanti”.

“Semoga Allah murahkan rezeki saya layak untuk boleh ambil anak yatim jadi anak angkat,” demikian komen-komen ditinggalkan netizen.

Cara menjaga kebajikan anak yatim yang kehilangan ibu ayah

anak yatim

Islam menggalakkan umatnya untuk berbuat baik kepada semua orang malah, termasuk anak-anak yatim. Bahkan, Nabi Muhammad SAW sewaktu kecil, Baginda juga merupakan anak yatim yang kehilangan ibu dan ayah.

 Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan dalam berbuat baik kepada anak yatim:

  • Memberi makan dan pakaian serta menanggung keperluan anak yatim.
  • Mengusap kepala anak yatim serta menunjukkan rasa kasih sayang kepadanya. Tindakan ini mempunyai pengaruh besar kepada jiwa anak yatim tersebut.
  • Membiayai persekolahan anak yatim supaya dia berpeluang mendapatkan pendidikan sama seperti kanak-kanak lain.
  • Beri didikan kepadanya dengan ikhlas seperti mana kita mendidik anak kandung sendiri.
  • Sekiranya anak yatim tersebut melakukan kesalahan, seharusnya kita menegur mereka tanda sayang kepadanya sekali gus berharap mereka tidak mengulangi kembali. Beri hukuman dengan bersikap lemah lembut dalam mendidik mereka.
  • Dalam menguruskan harta anak yatim, bertakwalah kepada Allah SWT. Harta tersebut seharusnya dijaga dengan penuh sikap amanah dan jujur, sehinggalah dia dewasa kelak untuk diserahkan kembali kepadanya.

TikTok MyFundAction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Covid-19 Ragut Nyawa Ibu Ayah, 5 Beradik Jadi Anak Yatim Piatu Dalam Sekelip Mata

Baca juga: Sejuk Perut Ibu Mengandung, Anak Yatim Digelar Google Al-Quran & Miliki Kelebihan Luar Biasa

Baca juga: Tak Lupa Jasa Keluarga Angkat, Anak Yatim Ini Hadiahkan Mereka Sebuah Banglo MEWAH

Stories Rakan Kongsi
How Does Picky Eating Affect My Child's Growth?
How Does Picky Eating Affect My Child's Growth?
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Top 3 Most Common Illnesses Kids Contract From Daycare
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters
Pregnant or breastfeeding? What you eat matters
Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More
Awesome ZiplocⓇ Bag Hacks - Storage, Gifting, Crafts and More

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aisyah Sukaimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Takdir Hidup Anak Yatim, Remaja Luah Tidak Pernah Rasa Beraya Dengan Ibu Atau Ayah
Kongsikan:
  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.