Covid-19 Ragut Nyawa Ibu Ayah, 5 Beradik Jadi Anak Yatim Piatu Dalam Sekelip Mata

Anak yatim piatu dalam sekelip mata apabila kedua-dua ibu bapa mereka ditakdirkan meninggal dunia disebabkan oleh penularan wabak Covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sehingga kini pandemik Covid-19 masih mencatatkan kes harian baharu pada tahap yang membimbangkan. Tidak cukup dengan itu, kes kematian yang berlaku melibatkan hampir sebuah keluarga dan pasangan suami isteri sehingga anak yatim piatu.

Meskipun agak sukar untuk berdepan hakikat ini, namun ini adalah realiti kehidupan yang terpaksa diterima oleh setiap manusia.

Melihat sahaja orang tersayang dibawa oleh ambulans akibat positif Covid-19, ia mungkin menjadi pertemuan kali terakhir kerana kita sendiri tidak tahu seberapa teruk virus menyerang organ dalam tubuh.

Lima beradik bertukar menjadi anak yatim piatu

Tiada siapa yang sanggup kehilangan ibu ayah tercinta pada usia yang masih muda. Satu kejadian sedih telah menimpa sebuah keluarga apabila mereka kini bergelar anak yatim piatu selepas ibu ayah meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19.

Sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), seorang ibu sempat menitipkan pesanan kepada anak sulungnya menerusi panggilan video.

”Tolong jaga adik-adik dengan baik ya.” Meskipun dalam keadaan sakit, ibunya masih sempat gagahkan diri untuk berpesan kepada anak sulungnya, Muhammad Haidir.

Menurut Haidir, dia tidak menyangka pesanan panggilan video berkenaan adalah amanat terakhir ibu kepadanya agar menjaga adik-beradiknya dengan baik.

Difahamkan pada 31 Mei yang lalu, ayah mereka, Rodzi Tahar, 55 telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Tampin. Walau bagaimanapun kelima-lima beradik ini diuji sekali lagi dengan kehilangan ibu tercinta, Nazita Idris, 45 yang meninggal dunia selepas enam hari menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’far (HTJ).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Haidir turut mengatakan bahawa dia dan adik-adiknya berasa cukup sedih dan redha akan ketentuan Allah S.W.T. Mereka kesal kerana tidak berpeluang untuk mengucup jenazah ibu ayahnya buat kali yang terakhir.

”Kami berasa sangat sedih namun redha dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tercinta. Perkara paling menyedihkan adalah kami adik beradik tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir. Namun doa dan ingatan selalu ada buat mereka.” katanya.

Tidak sangka menjadi anak yatim piatu disebabkan Covid-19

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini Muhammad Haidir memegang amanah untuk menjaga empat adiknya iaitu Muhammad Hairie, 20, Nurhairieka, 18, Muhammad Haiqiel, 13 dan Muhammad Khierzamani, 7. Mereka menetap di rumah peninggalan arwah ayahnya di Bandar Sunggala, Port Dickson.

Berkongsi lebih lanjut, Haidir berkata bahawa bapanya hanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lalu.

Dia mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei sebelum disahkan positif pada keesokan harinya dan dihantar ke Hospital Tampin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun siapa sangka keluarga ini telah menerima khabar yang mendukacitakan apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia jam 4.30 pagi pada keesokan harinya.

”Amat menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan sebarang pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital. Dia mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang. Manakala ibu pula mempunyai masalah darah tinggi. Jadi mereka adalah golongan berisiko jika dijangkiti Covid-19.” 

”Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat daripada siapa.” jelasnya.

Bahaya penularan wabak Covid-19, sentiasa patuh pada SOP yang ditetapkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Tambah Haidir, arwah ibunya melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas memiliki simptom demam dan batuk. Kemudiannya, dia disahkan positif Covid-19 pada keesokan hari.

Bukan itu sahaja mereka adik-beradik turut didapati positif Covid-19. Namun tidak mengalami simptom teruk dan hanya menjalani tempoh kuarantin di rumah. Kini sudah sembuh daripada jangkitan tersebut.

Mengambil pengajaran daripada kisah yang terjadi terhadap keluarganya, Muhammad Haidir berpesan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan jangan sesekali memandang remeh tentang penularan virus Covid-19 kerana ia bila-bila masa sahaja boleh meragut nyawa insan tersayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Berita Harian

Kredit foto: Bernama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu, Ayah & Adik Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Kini Menantu & Bayinya Sedang Kritikal