Anak saya menghidap autisme, tapi jangan cakap dia tidak boleh kerana dia boleh!

Mari baca keluhan ibu ini yang sudah 11 tahun menjaga anaknya yang mempunyai autisme...

Sudah hampir 11 tahun saya menjadi ibu kepada anak yang berkeperluan khas, kerana anakku autisme. Pada mulanya, saya tidak pernah terfikir yang anakku autisme.

Walaupun perangainya berbeza dari kanak-kanak lain, hampir 6tahun barulah kami betul-betul pasti anak kami mempunyai austime. Dari saat itulah seperti ramai ibu bapa dengan kanak-kanak autisme, perkataan “tidak” mula muncul merata-rata.

Anakku autisme dan mulalah muncul perkataan “tidak” dalam kamus hidupnya

anakku autisme, tanda tanda autisme, autisme, ciri-ciri anak autisme, apa itu autisme, rawatan autisme, penyakit autisme, gangguan autisme

Menurut doktor, walaupun anak saya lambat bercakap dan perkembangan motornya juga sedikit lambat, ia bukan perkara yang serius. Ketika itu, anakku baru berusia 4 tahun.

Dia juga turut berpendapat punca kebimbangan anak dan sikap tidak suka bergaul dengan orang lain itu disebabkan kemurungan. 

Tetapi ketika membesar, perangai anak saya menjadi semakin pelik sehingga orang lain pun perasan ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Walaupun selepas doktor mengesahkan anakku autisme, kami masih rasa tidak percaya.

Fikiran kami berpusing-pusing: Dia tidak akan pergi ke sekolah biasa. Perkembangannya juga tidak seperti kanak-kanak lain. Dia tidak akan mampu menjawab soalan. Dia tidak akan menerima bantuan dari sekolah kerana anakku autisme ringgan.

Biarpun anakku autisme, dia boleh!

Anak saya menghidap autisme, tapi jangan cakap dia tidak boleh kerana dia boleh!

Biarpun anakku austime, kini dia sudah mempunyai kemahiran penjagaan diri walaupun perkembangan ini tidak mengikut usianya yang sepatutnyaPada masa yang sama, sebagai ibunya, saya sedih kerana ramai yang masih tidak faham dengan keadaannya.

Nak join ibu-ibu lain dengan kanak-kanak berkeperluan khas khusus pun rasa kekok pula.

Orang yang paling banyak membantu adalah mereka yang tidak pernah meletakkan had pada kemampuan kanak-kanak dengan autisme. Mereka yang memberi dorongan positif dan keyakinan kepada kami bahawa anak kami boleh melakukannya. 

Para ahli terapi yang menggalakkan kemahiran yang sedia ada walaupun anakku autisme dan tidak membandingkannya dengan kanak-kanak lain dengan spektrum itu. Doktor yang membantu kami mendapatkan rujukan khas untuk terapi peribadi kerana anak tidak layak ke sekolah biasa.

Doktor yang sedia membantu ibu bapa untuk membezakan ciri-ciri autisme dan cabaran lain. Jururawat dan pekerja sosial yang selalu sedia membantu perjuangan kami dengan autisme.

Guru-guru dan jurulatih yang sudi menjadi mentor dan mengajar dengan sabar walaupun anakku autisme dan cara dia memproses perkara sangat berbeza.

Orang-orang inilah yang yakin bahawa anak kami boleh melakukannya.

anakku autisme, tanda tanda autisme, autisme, ciri-ciri anak autisme, apa itu autisme, rawatan autisme, penyakit autisme, gangguan autisme

Sumber gambar: Heidi Indahl, The Mighty

Selepas penilaian bersama pakar psikiatri baru, doktor berkata:

“Anak kamu mempunyai kelebihan yang sangat istimewa: ibu bapa yang sangat sayang dan aktif melibatkan diri.”

Meskipun doktor itu telah berkongsi banyak maklumat yang tidak ternilai mengenai diagnosis anak kami, kata-katanya telah mengingatkan saya perkara yang paling penting. Biarpun anakku autisme.

Walaupun orang lain tidak dapat melihat potensi anak saya. Orang yang paling ingin melihat anak berjaya adalah saya, ibunya.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Heidi Indahl, The Mighty

Baca juga:

8 perkara ibu bapa dengan anak autisme ingin anda tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!