theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

8 perkara ibu bapa dengan anak autisme ingin anda tahu

3 min bacaan
Kongsikan:
•••
8 perkara ibu bapa dengan anak autisme ingin anda tahu

Kanak-kanak autisme akan mengalami gangguan seumur hidup. Ia merupakan salah satu cabaran yang paling susah untuk ibu bapa, jadi fahami 8 perkara ini.

Membesarkan kanak-kanak autisme merupakan salah satu cabaran yang paling susah untuk mana-mana ibu bapa. Namun, biarpun susah, ramai ibu bapa ini redha dan menerima cabaran tersebut.

Akan tetapi, mereka ingin orang ramai tahu 8 perkara berikut tentang gangguan perkembangan otak pada kanak-kanak autisme ini. Mari fahami apa yang mereka mahu kita semua tahu ini:

1. Anda tak perlu rasa kekok dengan kanak-kanak autisme

kanak-kanak autisme

Ya, memang benar cara menjaga mereka mungkin sedikit berbeza berbanding dengan kanak-kanak lain, tapi anda tidak perlu rasa kekok atau pelik apabila berdekatan dengan mereka.

Kanak-kanak autisme juga seperti kanak-kanak biasa. Walaupun mereka ada cara yang tersendiri, tapi jika anda sengaja berasa kekok dan pelik ketika berdekatan dan melayan mereka, pasti mereka akan rasa tidak selesa.

2. Spektrum autisme luas dan pelbagai

Setiap kanak-kanak autisme boleh didiagnosis dengan spektrum autisme yang berbeza. Jadi, ia tidak semestinya sama. Maka kanak-kanak autisme berkemungkinan bersikap sedikit berbeza berbanding kanak-kanak autisme yang lain. 

3. Jangan buat tanggapan salah

kanak-kanak autisme

Orang ramai selalu salah anggap bahawa jika kanak-kanak autisme tidak menunjukkan tanda-tanda yang sama, ini mungkin bermakna dia tidak mengalami autisme.

Tapi hal ini mungkin salah. Dapatkan pengesahan doktor pakar untuk mengetahui sama ada anak anda betul-betul menghidap gangguan autisme atau tidak.

4. Kanak-kanak autisme memerlukan kasih sayang

Walaupun mereka memerlukan kasih sayang, perhatian dan kesabaran yang banyak, mereka juga akan memberi kegembiraan kepada individu yang sangat sayang pada mereka.

Jadi, janganlah kerana mereka kanak-kanak autisme, anda mengabaikan kasih sayang yang sepatutnya diberikan kepada mereka. Malah mereka perlu lebih kasih sayang, perhatian dan kesabaran anda!

5. Mereka sebenarnya sangat pintar!

kanak-kanak autisme

Tahu tak walaupun mereka kanak-kanak dengan keperluan khas, mereka sebenarnya sangat pintar, berbakat, kreatif, dan bertimbang rasa?

Tetapi tidak semua orang akan berpendapat sedemikian apabila melihat cara pemikiran mereka yang berbeza. Hakikatnya, cara pemikiran berbeza ini yang membuatkan kanak-kanak autistik lebih pintar!

6. Mereka suka berteriak dan buat bunyi pelik

Anda boleh tengok, bukannya tak boleh. Tetapi janganlah kecam dan jangan pula tengok sampai mulut tenganga. Ya, saya akui kanak-kanak autisme akan suka menjerit dan membuat bunyi-bunyi pelik.

Itu antara cara mereka bereksprasi dan meluahkan apa yang mereka mahu. Kalau anda pandang dengan pandangan pelik sangat, kami pula yang akan rasa pelik dan serba salah.

7. Jangan kecam ibu bapa dengan kanak-kanak autisme

kanak-kanak autisme

Apabila di luar, anak autistik mungkin akan tutup muka, tutup telinga, gigit baju atau melakukan spinning.

Sebenarnya, ini apa yang saya mahu anda tahu: "Anak saya cuma rasa cemas. Saya tidak akan menegurnya, jadi jangan tengok saya macam ibu yang teruk!"

Kanak-kanak autisme tidak dapat mengawal cara badan mereka bertindak balas terhadap rangsangan yang berbeza-beza. Dia sedang cuba tahan semua ransangan ini. Jangan kecam ibu bapa mereka tidak menegur dan cuba faham situasi mereka.

8. Tolong terima anak kami dengan cara yang sama kami terima anak anda

Biarpun mereka kanak-kanak dengan keperluan khas, mereka tetap anak kami dan kami akan terus menjaganya. Jadi, terimalah anak kami seadanya. Layan mereka seperti biasa. 

 

 

Sumber: Autism Speaks

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.comanak-lambat-cakap-bukan-gangguan-autisme/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Pendidikan
  • /
  • 8 perkara ibu bapa dengan anak autisme ingin anda tahu
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • 5 Tanda Amaran Anak Anda Mungkin Alami Gejala Awal Gangguan Mental

    5 Tanda Amaran Anak Anda Mungkin Alami Gejala Awal Gangguan Mental

  • Budak perempuan 11 tahun ini dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki!

    Budak perempuan 11 tahun ini dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki!

  • 5 Cara Ajar Bayi Baru Lahir Tidur Malam, Boleh Dipraktikkan Hingga Mereka Besar

    5 Cara Ajar Bayi Baru Lahir Tidur Malam, Boleh Dipraktikkan Hingga Mereka Besar

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

app info
get app banner
  • 5 Tanda Amaran Anak Anda Mungkin Alami Gejala Awal Gangguan Mental

    5 Tanda Amaran Anak Anda Mungkin Alami Gejala Awal Gangguan Mental

  • Budak perempuan 11 tahun ini dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki!

    Budak perempuan 11 tahun ini dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki!

  • 5 Cara Ajar Bayi Baru Lahir Tidur Malam, Boleh Dipraktikkan Hingga Mereka Besar

    5 Cara Ajar Bayi Baru Lahir Tidur Malam, Boleh Dipraktikkan Hingga Mereka Besar

  • Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

    Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi