#TAPReviews: Anantara Desaru Coast Resort & Villas, Destinasi Percutian Mesra Keluarga

Anantara Desaru Coast Resort and Villa ialah tempat penginapan mesra keluarga yang cantik dan sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terletak di bandar Penawar yang tenang iaitu Desaru Coast, sebuah destinasi pelancongan popular dari tahun 70-an dan 80-an yang baru-baru ini telah dihidupkan semula oleh syarikat hartanah mewah. Anantara Desaru Coast Resorts and Villas, merupakan salah satu hotel terkemuka dunia telah membuka pintunya kepada orang ramai.

Dipenuhi dengan keindahan semula jadi flora dan fauna tempatan, Anantara Desaru ini terletak hanya dalam jarak sejam pemanduan daripada sempadan Johor Bahru-Singapura dan kira-kira empat jam pemanduan dari Kuala Lumpur.

Ia adalah destinasi yang popular dalam kalangan keluarga selepas pandemik. Baru-baru ini, kami berkesempatan untuk menginap di Anantara Desaru selama tiga hari dan berpeluang mencuba pelbagai aktiviti menarik.

Anantara Desaru Coast Resort And Villas: Destinasi percutian untuk seisi keluarga

Terletak di teluk eksklusif Pantai Desaru, hamparan pantai peribadi kecil sedia dinikmati bersama keluarga. Dengan kemudahan kolam renang yang besar, anak-anak pastinya seronok bercuti di sini.

Kami mencadangkan anda ke kolam renang pada awal pagi selepas sarapan pagi kerana cuaca yang baik dan anda akan punya banyak masa untuk melihat ciri lain yang ada di sekitar resort.

Kami berpeluang menginap di vila 2 bilik tidur yang mempunyai kolam renang kecil dan beranda besar yang membolehkan kami bersantai di situ.

Kami meminta katil bayi untuk anak kecil yang baru berusia 2 tahun. Memandangkan Anantaru Desaru Coast Resort and Villas adalah destinasi mesra keluarga, maka katil bayi tersedia mengikut permintaan pengunjung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vila itu sendiri sangat menakjubkan, dengan bilik tidur di tingkat bawah menghadap ke kolam renang dan ia juga lokasi yang sesuai untuk melihat matahari terbit.

Terdapat ruang tamu dan ruang makan yang besar di mana anda boleh berehat dan bermain bersama anak-anak.

Bilik tidur tingkat atas adalah loteng yang besar, manakala dalam bilik mandi mempunyai sebuah bathtub yang luas dan turut mempunyai bilik almari pakaian mini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat juga kelab kanak-kanak dan remaja yang boleh dikunjungi untuk melakukan aktiviti seperti melukis batu, bermain permainan papan, permainan video, memanjat batu dan banyak lagi.

Kami tinggalkan Jedi di sini selama beberapa jam dan dia dapat menikmati masanya bersama kanak-kanak sebaya yang lain.

Ibu ayah juga boleh memilih untuk meninggalkan anak di sini jika mereka berumur tiga tahun ke atas, dan terdapat dua pembantu di lokasi untuk menghiburkan mereka.

Mereka turut menyediakan khidmat basikal di sekitar tempat penginapan untuk kegunaan tetamu. Anda boleh gunakannya untuk menikmati perjalanan santai di sekitar kawasan resort. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai alternatif, kami juga melihat pengunjung lain membawa basikal sendiri dan ada juga memakai kasut sukan untuk berjoging di sekitar resort ini.

Sangat mudah untuk mencatat masa dengan perjalanan sejauh 3kilometer atau berlari mengelilingi tempat itu dalam satu pusingan.

Dan jika anda lebih gemarkan untuk berada dalam bangunan, mereka turut menyediakan gim yang dilengkapi dengan alat senaman untuk sesi senaman yang pantas setiap petang selepas anak tidur.

Berbanding kebanyakan resort lain yang terletak di bahagian pedalaman di bandar kecil, namun di sini jarak di antara resort dan deretan kedai kecil hanya mengambil masa 10 minit.

Apatah lagi, perkhidmatan Grab turut tersedia jika anda memerlukan sesuatu dengan segera. Tetapi satu perkara yang anda tidak perlu risau tentang tempat penginapan ini adalah pilihan makanan yang disediakan.

Pilihan makanan mesra keluarga di Anantara Desaru Coast Resort and Villas

Sea.Fire.Salt ialah restoran makanan kasual yang terletak di tepi pantai. Antara menu yang dihidangkan adalah daging panggang dan makanan laut yang lazat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di sini kami dapat merasai beberapa hidangan panggang a la carte terbaik mereka.

Ia adalah pengalaman romantis untuk pasangan dan juga sesuai untuk seisi keluarga menjamu selera. Kami syorkan untuk makan malam di sini kerana anda berpeluang menyaksikan matahari terbenam yang menakjubkan.

Pastikan anda membuat tempahan awal supaya dijamin untuk mendapatkan meja.

Jika tidak, Turmeric ialah restoran lain yang boleh anda kunjungi untuk makan malam secara bufet ( a la carte juga tersedia) untuk rasa makanan setempat dengan pengaruh Thai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami menghabiskan sebahagian besar makan tengah hari di sini, mencuba bahagian menu a la carte mereka yang sememangnya lazat dan sesuai dengan selera makan anak yang cerewet. Di sini juga mereka menghidangkan sarapan pagi.

Sajian sarapan pagi mereka sangat banyak dan mereka menawarkan hidangan untuk kanak-kanak dan orang dewasa (bonus untuk kanak-kanak ialah mereka mempunyai vitagen pada bufet sarapan pagi!).

Kami menyukai suasana restoran yang terletak di tepi kolam renang ini, yang selalunya sibuk pada waktu malam dengan pengunjung.

Kami menamatkan hari terakhir di Anantara Desaru dengan berehat di spa – dan ini adalah sesuatu yang kami syorkan kepada semua ibu ayah untuk luangkan masa bersama.

Jika membuat temu janji spa, anda boleh menghantar anak ke kelab kanak-kanak atau remaja supaya boleh menikmati beberapa jam bersantai bersama pasangan anda. Ia pastinya pengalaman terbaik untuk penginapan dalam resort sebagai sebuah keluarga.

Pastikan anda bertanya kepada pekerja resort tentang kepelbagaian aktiviti yang disediakan untuk keluarga- merangkumi aktiviti berjalan kaki mengelilingi alam semula, menjelajah hutan bakau hinggalah lawatan penggemar makanan Johor Baharu dan sertai kelas memasak bersama seisi keluarga, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini!

Untuk maklumat lanjut tentang Anantara Desaru Coast Resort and Villas, lawati laman web mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  10 Tempat Percutian Terbaik di Malaysia Untuk Family Day Yang Menyeronokkan!

Baca juga: Jom Bergembira Dengan 5 Pilihan Taman Tema Air di Malaysia, Rancang Percutian Anda Hari Ini!

Baca juga : 9 Tempat Percutian Di Perak Yang Menarik & Wajib Dikunjungi Seisi Keluarga

Penulis

Nur Sofea