23 Tanda Tanda Mengandung Yang Ramai Ibu Tidak Sedar

Tanda tanda mengandung yang paling biasa adalah terlewat haid. Namun ada beberapa tanda awal kehamilan lain yang ramai ibu tidak sedar

Setiap kehamilan adalah berbeza, sama ada ia kali yang pertama mahupun seterusnya. Kadang-kadang tanda tanda mengandung yang tidak begitu jelas membuatkan ramai ibu tidak perasan bahawa mereka sebenarnya sedang berbadan dua.

Apatah lagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman hamil, mesti dilanda perasaan keliru apabila rasa loya dan muntah seakan-akan masalah cirit birit.

Tanda Tanda Mengandung Yang Biasa Dialami Ibu

  1. Terlepas Haid
  2. Spotting / Keluar Darah Sedikit
  3. Kejang Bahagian Abdomen
  4. Mengidam Makanan Yang Bukan-bukan
  5. Perubahan Mood Yang Mendadak
  6. Perubahan Selera Makan
  7. Cepat Lesu
  8. Badan Rasa Panas
  9. Sakit Payudara
  10. Kerap Ke Tandas
  11. Hidung Tersumbat Dan Selsema
  12. Kembung Perut Atau Sembelit
  13. Kerap Sakit Kepala
  14. Deria Bau Menjadi Lebih Sensitif
  15. Perubahan Warna Pada Faraj
  16. Kerap Pening Atau Pengsan
  17. Pedih Ulu Hati
  18. Bengkak Pada Kaki (Edema)
  19. Peningkatan Berat Badan
  20. Kontraksi Sederhana
  21. Sukar Untuk Tidur
  22. Sakit Belakang
  23. Tumbuh Jerawat Merata-rata

Baca penjelasan penuh di bawah

1. Terlepas Haid

tanda-tanda orang hamil 3 hari

Tanda tanda mengandung ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur.

Namun bagi yang betul-betul mengikut kitaran lengkap setiap bulan, terlepas haid satu hari pun boleh jadi salah satu tanda tanda hamil.

Anda juga boleh membuat anggaran berapa lama maksimum masa anda lambat datang bulan dan bandingkan. Mereka yang mengalami tanda tanda hamil akan berhenti mengalami haid sehingga selepas bersalin.

2. Spotting / Keluar Darah Sedikit

Ramai wanita yang terlepas pandang mengenai tanda tanda hamil ini kerana menyangka mereka “datang haid” seperti biasa, sedangkan hanya tompokan darah sedikit saja yang keluar.

Ia selalunya terjadi di hari ke-3 atau hari ke-5 anda terlepas haid.

Tompokan darah sedikit ini dikenali sebagai spotting – dan biasanya tidak terlalu banyak hingga memenuhi pantyliner.

Mengapa pendarahan sedikit ini berlaku? Ia kerana telur cuba melekat pada lapisan dalam rahim, lalu mengakibatkan spotting

Jika anda tertanya akan pantyliner yang terbaik, kami ada senarai pantyliner yang bagus untuk anda di sini.

3. Kejang Bahagian Abdomen

Salah satu tanda tanda hamil yang kerap berlaku pada kebanyakan ibu adalah mengalami kekejangan di bahagian abdomen.

Ini kerana, penempelan sedang berlaku di dalam rahim dan perubahan ini kadang-kala menyebabkan kekejangan.

4. Mengidam Makanan Yang Bukan-bukan

Alamak! Kenapa tetiba mengidam nak makan rojak pasembor Penang pula tiba-tiba ni… Ha, itu satu lagi tanda tanda hamil.

Ada kes suami yang tiba-tiba mengidam. Tapi selalunya, si isteri memang akan mengidam teruk! Makanan yang sebelum ini tidak pernah disukai pun tiba-tiba boleh mengidam disebabkan oleh tanda awal hamil.

Kalau anda mengalami alahan yang teruk seperti mual, jeruk selalu menjadi makanan mengidam yang boleh mengatasinya.

 Namun hati-hati ya, jeruk ada pelbagai kandungan pengawet dan garam. Ia beri kesan yang tidak elok pada anak.

5. Perubahan Mood Yang Mendadak

Dalam perkataan lain ‘mood swing‘. Wanita sangat sinonim dengan perubahan mood yang mendadak kerana tanda awal hamil.

Ini kerana, mereka sedang mengalami perubahan hormon yang mendadak. Jadi, perubahan mood adalah salah satu tanda awal hamil yang normal.

6. Perubahan Selera Makan

Terdapat dua kategori, sama ada anda menjadi semakin berselera makan atau langsung tidak berselera makan.

Tanda awal hamil ini membuatkan sesetengah wanita mengalami alahan hingga menyebabkan mereka muntah-muntah dan hilang selera makan keetika trimester pertama. Namun, 1 per 3 dari wanita hamil bernasib baik kerana tidak akan melalui alahan mengandung seperti ini.

7. Cepat Lesu

Tanda awal hamil yang seterusnya adalah badan cepat rasa letih dan tidak bertenaga.

Hal ini terjadi disebabkan oleh tubuh sedang mengalami perubahan hormon dan fizikal, wanita hamil akan lebih mudah rasa penat dan lesu. Ibu akan mula banyak tidur dan berehat kerana tidak bertenaga.

8. Badan Rasa Panas

tanda-tanda orang hamil 3 hari

Tahukah anda yang suhu badan anda juga mampu menentukan sama ada anda hamil atau tidak? 

Semuanya kerana perubahan suhu badan yang akan berlaku ketika ovulasi (waktu subur). Apabila ovulasi berlaku dan telur dilepaskan untuk pensenyawaan, suhu badan anda akan naik sedikit daripada biasa.

Sebab itu trik mencatat suhu badan adalah salah satu cara berkesan untuk ibu cuba hamil mengira waktu subur. 

9.  Sakit Payudara

Payudara dan puting sakit apakah tanda hamil? Jawapannya adalah ya. Ia berkemungkinan menjadi tanda tanda awal hamil yang terjadi pada kebanyakan ibu.

Apabila berlakunya perubahan hormon, organ seksual juga akan mengalami perubahan. Biasanya, pada awal kehamilan, anda akan mengalami sakit pada payudara yang jelas terasa apabila hendak mengelap badan atau memakai pakaian.

10. Kerap Ke Tandas

Gejala hamil muda yang seterusnya adalah kerap ulang alik ke tandas. Ia berlaku disebabkan tahap hormon progesteron dan human chorionic gonadotropin (hCG) yang meningkat.

11. Hidung Tersumbat Dan Selsema

tanda-tanda orang hamil 3 hari

Sistem tubuh badan kita dilengkapi dengan sistem kekebalan untuk mengelak jangkitan penyakit atau bakteria.

Namun gejala hamil muda boleh membuatkan badan anda akan mengalami satu perubahan pelik iaitu akan kerap demam, selesema dan hidung tersumbat

Gejala hamil muda ini terjadi disebabkan oleh sistem imun badan anda semakin kurang berkesan. Sistem imun ini akan dicegah daripada menyerang ataupun menolak janin yang sudah terbentuk.  

12. Kembung Perut Atau Sembelit

Kembung perut atau sembelit juga menjadi salah satu gejala hamil muda.

Ini adalah salah satu masalah biasa bagi wanita hamil. Sama ada anda mula mengalami kembung perut yang kerap atau mula mengalami sembelit. Pastikan anda banyak mengambil sayuran hijau!

13. Kerap Sakit Kepala

Sakit kepala apakah tanda hamil? Persoalan ini mungkin timbul dalam fikiran anda sekiranya ia kerap kali terjadi.

Ibu mengandung akan mudah mendapat sakit kepala kerana hormon estrogen dan progesteron yang dihasilkan badan.

Malah, sakit kepala ini juga menjadi tandda hamil disebabkan oleh tahap gula dalam darah anda. Jika ia berlanjutan, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

14. Deria Bau Menjadi Lebih Sensitif

Tanda tanda mengandung yang seterusnya adalah deria bau dan rasa menjadi lebih sensitif berbanding biasa.

Anda tiba-tiba rasa semua bau lebih jelas dari biasa hingga membuatkan anda tidak senang dengan sesetengah bauan yang terlalu kuat. Ia merupakan salah satu tanda anda hamil.

15. Perubahan Warna Pada Faraj

Gejala orang hamil yang seterusnya juga mengubah warna pada bahagian intim anda.

Perubahan warna pada faraj antara tanda mengandung susah untuk perasan. Ia berlaku kerana peningkatan aliran darah di kawasan pelvis wanita. Bagaimana perubahan warna ini? Faraj anda akan nampak “lebih gelap” berbanding biasa.

16. Kerap Pening Atau Pengsan

Gejala orang hamil seterusnya adalah anda mungkin kerap rasa pening dan ingin pitam.

Ini disebabkan badan anda sedang mengalami perubahan dan mungkin disebabkan terlalu penat dengan perubahan tersebut. Kerap pening atau pengsan juga adalah normal di awal kehamilan trimester pertama.

17. Pedih Ulu Hati

Anda selalu rasa pedih ulu hati, walaupun tidak pernah mengalaminya sebelum ini? Itu mungkin tanda tanda mahu hamil.

Ini disebabkan oleh pengaliran balik asid dari perut yang menyebabkan terasa pedih di bahagian dada dan di bahagian belakang tekak.

18. Bengkak Pada Kaki (Edema)

tanda mengandung

Tanda tanda mau hamil juga menyebabkan keadaan bengkak pada bahagian kaki dan pergelangan kaki.

Biasanya keadaan ini disebabkan oleh tekanan dari rahim yang sedang membesar melambatkan aliran darah vena di kaki.

19. Peningkatan Berat Badan

Ciri-ciri orang hamil pertama kali adalah berat badan menjadi bertambah.

Tanda-tanda lain yang paling mudah untuk dilihat adalah pada perubahan berat badan anda. Biasanya wanita yang hamil beratnya akan bertambah sedikit demi sedikit seiring peningkatan usia kehamilan bagi membolehkan tubuh menampung janin dalam kandungan,.

20. Kontraksi Sederhana

Ciri ciri hamil adalah anda mungkin merasakan sakit pada bahagian perut yang sederhana.

Namun jangan risau kerana ia adalah normal bagi seorang wanita yang hamil rasa senak atau kram di bahagian bawah perut.

Gejala ini seolah-olah sakit perut seperti senggugut dan ini diakibatkan oleh peningkatan hormon progesteron kerana rahim mengembang. 

21. Sukar Untuk Tidur

Sukar untuk tidur dengan baik juga menjadi ciri ciri hamil.  Perubahan hormon yang drastik menyebabkan sesetengah wanita akan rasa sukar untuk tidur bahkan sampai ada yang mendapat mimpi pelik-pelik!

Perubahan ini akan menyebabkan emosi anda juga terjejas, jadi secara tidak langsung rasa stres ini akan menyebabkan sukar untuk tidur.

Cara terbaik adalah dengan cuba bertenang sebanyak mana yang boleh dan elak menggunakan telefon sehingga lewat malam.

22. Sakit Belakang

Ciri ciri hamil yang lain adalah sakit belakang. Ia terjadi kerana tubuh anda perlu membawa berat tambahan, jadi walaupun tubuh anda sihat, ia tidak menjadi tidak seimbang.

Malah semasa trimester pertama, tahap hormon progesteron akan meningkat yang mana ia membantu melonggar dan mengendur ligamen.

Sekaligus menyebabkan rasa sakit belakang!

23. Tumbuh Jerawat Merata-rata

Ciri-ciri orang hamil pertama kali adalah masalah jerawat. Ada sesetengah wanita pula, mendapati jerawat tumbuh merata-rata di seluruh badan, bukan muka sahaja!

Jika ini berlaku kepada anda, elak untuk makan sebarang ubat atau herba tanpa konsultasi doktor terlebih dahulu dan cuba cuci wajah dengan pencuci muka yang selamat buat ibu hamil.

Ciri-ciri orang hamil pertama kali adalah subjektif dan tidak semua wanita mengalaminya.

Namun, ini adalah antara tanda tanda hamil yang biasanya terjadi pada permulaan kehamilan. Kongsikan dengan kami apakah perubahan yang anda lalui di awal trimester ini!

healthy pregnancy tips 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca jugaBila waktu paling sesuai untuk scan kandungan buat kali pertama?

Baca juga: 7 Jenis Makanan Sihat Perlu Diambil Ketika Hamil Trimester Pertama, Ibu Sila Take Note!

Baca juga: Pendarahan impantasi sama seperti haid, bagaimana nak bezakannya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!