Panty liner atau pelapik seluar dalam, mempunyai pelekat dan lebih nipis berbanding tuala wanita adalah diperbuat daripada kapas lembut. Ia digunakan untuk menyerap kelembapan yang terdapat di sekitar kawasan miss V wanita supaya dapat menghalang pembiakan bakteria.
Mungkin sesetengah wanita tidak memerlukan penggunaan panty liner, namun jika anda adalah di dalam kategori wanita hamil jangan ambil mudah tentang keputihan semasa mengandung. Penjagaan vagina adalah sangat penting, ya!
Apa Itu Keputihan?
Kredit gambar: Mooimom
Keputihan adalah cecair yang keluar menerusi faraj dan lendir serviks. Namun begitu, keputihan menjadi lebih ketara waktu mengandung disebabkan perubahan hormon. Keputihan ketika hamil dikenali sebagai Leukorrhea. Discaj ini biasanya sangat light, tidak berwarna atau putih susu dan sedikit berbau.
Keputihan semasa hamil berlaku kerana peningkatan kadar estrogen dan peningkatan aliran darah ke faraj. Walaupun keputihan kadang kala dianggap sesuatu yang menggelikan tetapi ia sebenarnya melindungi saluran peranakan daripada jangkitan, membantu mengekalkan pH & bakteria semulajadi di sekitar vagina. Ia juga membuang sel-sel yang telah mati dan sisa buangan dari faraj.
Jadi, jangan risau kerana keputihan semasa hamil adalah normal. Tetapi, perlu segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya sekiranya keputihan:
- Gatal & berbau
- Berketul-ketul
- Bertukar warna sama ada hijau atau kuning
Ujian calitan faraj (vaginal swab) perlu dilakukan dengan segera untuk mengetahui sama ada anda dijangkiti kuman Group B Streptococcus (GBS) atau tidak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk (sepsis), jangkitan paru-paru (pneumonia) dan jangkitan pada lapisan otak (meningitis). Ia juga boleh meningkatkan risiko bayi maut.
Warna Keputihan Semasa Hamil
Kredit gambar: Maryland State Doulas
Keputihan kadangkala akan berubah-ubah mengikut kesihatan wanita. Jika keputihan tidak disertai dengan gatal, tidak berbau dan tidak menyebabkan rasa tidak selesa ia adalah keputihan yang normal. Jadi, bagaimana pula dengan keputihan yang tidak normal?
Jom kami kongsikan beberapa warna keputihan semasa hamil yang perlu anda ketahui.
1. Keputihan bening
Dikenali sebagai leukorea, keputihan awal kehamilan ini terdiri daripada cecair serviks dan faraj dan adalah normal. Ia boleh muncul tidak lama selepas hamil dan boleh berterusan sepanjang kehamilan.
2. Keputihan warna putih dan berlendir
Biasanya dialami semasa akhir kehamilan dan keluar lendir sekaligus.
3. Keputihan warna krim
Ia merupakan keputihan normal. Namun, jika disertai dengan gatal atau tidak selesa ia mungkin adalah jangkitan yis.
4. Keputihan warna coklat
Keputihan yang menyerupai warna kopi juga boleh menunjukkan jangkitan yis. Ia juga disebabkan lebihan najis dan mempunyai bau yang busuk.
5. Keputihan warna coklat gelap
Keputihan berwarna coklat gelap boleh terjadi disebabkan terdapat lebihan darah kering yang tertinggal. Namun jika ia keluar secara berterusan, segera berjumpa dengan doktor.
6. Keputihan warna hijau
Keputihan berwarna hijau, sedikit likat, berketul atau mempunyai bau yang busuk adalah tidak normal. Anda mungkin mengalami jangkitan trichomoniasis iaitu jangkitan hubungan kelamin.
7. Keputihan warna kuning
Keputihan yang berwarna kuning mungkin tanda jangkitan. Keputihan ini biasanya pekat dan berbau busuk. Mungkin juga telah bercampur dengan air kencing yang telah kering.
8. Keputihan warna kelabu
Jangkitan bakteria vaginosis. Ia berbau busuk dan memerlukan rawatan doktor dengan segera.
9. Keputihan warna merah jambu
Mungkin terjadi disebabkan berlaku pendarahan serviks, iritasi pada faraj atau pendarahan disebabkan implantasi.
10. Keputihan berwarna merah
Ia mungkin tanda datang haid, jangkitan serviks, polip rahim atau kanser. Mungkin juga tanda awal keguguran sekiranya berlaku secara berterusan.
6 Jenama Panty Liner Terbaik Untuk Bendung Masalah Keputihan
Pemilihan panty liner yang tepat membantu wanita mengandung mengurangkan masalah keputihan yang berlebihan. Bukan sahaja untuk keselesaan, malah memastikan bahagian faraj sentiasa dalam keadaan kering dan bersih. Penjagaan miss V juga dapat ditingkatkan.
Jadi, kami di theAsianparent senaraikan 6 jenama panty liner terbaik untuk ibu cuba.
6 Jenama Panty Liner Terbaik
| Libresse Longer & Wider Slim Panty Liner Panty Liner Terbaik 100% Pulpa Dara | | View Details | Beli di Shopee |
| Kotex Liners Daily Fresh Panty Liner Terbaik Dengan Kapas Lembut | | View Details | Beli di Shopee |
| Intimate Unscented Pantyliners Panty Liner Terbaik Pelbagai Saiz | | View Details | Beli di Shopee |
| Sofy Long & Wide Fit Absorb AntiBac Panty Liner Panty Liner Terbaik Antibakteria | | View Details | Beli di Shopee |
| Laurier Pantyliner Active Fit Non Perfume Panty Liner Terbaik Tanpa Pewangi | | View Details | Beli di Shopee |
| Carefree Super Dry Panty Liner Terbaik Menyerap Dengan Pantas | | View Details | Beli di Shopee |
Libresse Longer & Wider Slim Panty Liner
Panty Liner Terbaik 100% Pulpa Dara
Libresse Longer & Wider Slim Panty Liner direka dengan teknologi CurveFit™ menjadikan pantiliners libresse ini lebih kemas dan terletak pada kedudukannya tanpa kedutan. Bahannya yang diperbuat dari kapas lembut membuatkan ibu berasa selesa dan bersih sepanjang hari. Selain itu, ia diperbuat daripada 100% pulpa dara!
Setiap helai panty liner ini didatangkan dalam reka bentuk corak balut mudah yang berbeza, jadi anda boleh memilih mana yang sesuai dengan mood dan gaya hidup anda!
Apa yang kami suka?
- Tebal
- Panjang dan lebih lebar
- Lebih penyerapan
- Sesuai untuk kegunaan harian
- Dengan bentuk CurveFit yang selesa
- Corak yang berbeza
- Hadir dengan dua variasi: Tidak berbau & Green Tea
Kotex Liners Daily Fresh
Panty Liner Terbaik Dengan Kapas Lembut
Kotex Liners Daily Fresh ini mempunyai sistem pengudaraan aktif yang membantu kulit bernafas semulajadi. Dengan lubang mikro pada lapisan atas panty liner membantu menyerap kelembapan dengan lebih cepat.
Bukan itu sahaja, panty liner kotex ini juga menggunakan Cottony-Soft Cover yang lembut dan selesa untuk mengelakkan sebarang kerengsaan. Sesuai untuk kulit sensitif.
Ia juga direka untuk kegunaan harian menjadikan kawasan V anda berada dalam keadaan selesa, segar dan sihat ke mana sahaja anda pergi! Tukar panty liner sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi mengekalkan kesegaran yang maksimum.
Apa yang kami suka?
- Lebih Panjang & Lebih Lebar
- Panjang 17.5cm
- Sesuai untuk kegunaan harian
Intimate Unscented Pantyliners
Panty Liner Terbaik Pelbagai Saiz
Panty liner Intimate direka khas untuk kegunaan harian, sebelum dan selepas haid dan semasa mengandung. Permukaan kapas lembut yang boleh bernafas untuk perlindungan harian untuk memastikan kawasan intim anda kering dan segar.
Menariknya, panty liner Intimate ini datang dalam kotak yang pelbagai corak mengikut musim tertentu, pastinya menarik mata anda untuk mendapatkan dan mengumpul koleksi eksklusif ini. Boleh didapati dalam saiz berbeza iaitu Regular, Slim dan Long mengikut citarasa anda.
Apa yang kami suka?
- 100 keping dalam setiap kotak
- Sesuai untuk kegunaan harian
- Teras pulpa untuk penyerapan lebih baik
- Permukaan kapas yang lembut
- Ringan
- Tiada pewangi
Sofy Long & Wide Fit Absorb AntiBac Panty Liner
Panty Liner Terbaik Antibakteria
Jenama no.1 panty liner di Jepun, Sofy Long & Wide Fit Absorb AntiBac Panty Liner menjanjikan penyerapan pantas untuk keselesaan ketika siang hari. Ia mempunyai Anti Bac sheet untuk mengurangkan pertumbuhan bakteria, seterusnya dapat mengurangkan bau yang kurang menyenangkan.
Rekaannya juga unik kerana pada bahagian tengah ia sedikit tinggi untuk menyesuaikan dengan bentuk badan wanita dan mengelakkan berlaku kebocoran terutama mengawal keputihan berlebihan semasa mengandung.
Apa yang kami suka?
- Antibakteria
- Panjang & Lebar
- Penyerapan pantas
- Reka bentuk menarik
- Dapat mengurangkan bau busuk
- Memberikan keselesaan pada si pemakai
- Tidak berbau
Laurier Pantyliner Active Fit Non Perfume
Panty Liner Terbaik Tanpa Pewangi
LAURIER Pantyliner Active Fit Non Perfume adalah jenis ultra thin. Ia direka lebih nipis dengan lapisan kering berbanding jenama panty liner yang lain menjadikan anda tidak rasa seperti memakainya. Juga dilengkapi dengan lapisan sistem pengudaraan supaya kawasan V tidak lembap dan kekal kering.
Ia menyerap cecair dengan cepat dan selesa untuk digunakan. Sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai keputihan dalam kuantiti yang sedikit.
Apa yang kami suka?
- Lapisan yang nipis
- Mempunyai lapisan “Stay-Dry" yang menyerap cecair
- Mempunyai lapisan pengudaraan yang baik
- Tidak mengandungi pewangi
- 20 keping dalam setiap paket
Carefree Super Dry
Panty Liner Terbaik Menyerap Dengan Pantas
Carefree Super Dry memastikan kawasan faraj anda kekal kering dan selesa tanpa gangguan keputihan sepanjang hari. Panty liner Carefree ini hadir dengan 40 keping, ia diperbuat daripada bukan tenunan atau bahan kimia berbahaya. Ia menghalang kotoran pada seluar dalam, menyerap lembapan daripada keputihan dan kebocoran air kencing.
Untuk langkah penjagaan optimum, tanggalkan jalur pelekat dan letakkan panty liner pada bahagian dalam seluar dalam.
Apa yang kami suka?
- Menyerap lembapan dalam beberapa saat
- Hadir dengan 2 pek Carefree Super Dry
- Selamat dari bahan kimia berbahaya
Perbandingan Harga Panty Liner Terbaik
|
Jenama |
Jumlah (unit) |
Harga (RM) |
Libresse Longer & Wider Slim Panty Liner
|
30
|
RM13.50 |
Kotex Liners Daily Fresh
|
30
|
RM13.90 |
Intimate Unscented Pantyliners
|
100
|
RM13.45 |
Sofy Long & Wide Fit Absorb AntiBac Panty Liner
|
40
|
RM7.50 |
Laurier Pantyliner Active Fit Non Perfume
|
40
|
RM8.45 |
Carefree Super Dry
|
100
|
RM13.70 |
Tips Penjagaan Vagina Semasa Hamil
Terdapat beberapa cara untuk memastikan kawasan vagina dalam keadaan bersih dan kering. Ia secara tidak langsung dapat membendung masalah keputihan semasa hamil. Antaranya ialah:
- Jaga kebersihan kawasan intim. Pastikan anda mencuci dengan bersih setiap kali ke tandas dan lap dengan kering menggunakan kain bersih atau tisu lembut.
- Pastikan tangan sudah dicuci dengan bersih. Sebelum mencuci kawasan faraj, pastikan tangan anda dicuci dengan bersih terlebih dahulu menggunakan sabun dan basuh kemaluan dengan air berserta sabun tanpa pewangi.
- Kerap menukar seluar dalam atau panty liner. Pastikan anda memakai seluar dalam jenis kapas dan menukar seluar dalam dua kali sehari atau panty liner setiap dua jam sekali bagi mengelakkan sebarang penyebaran bakteria akibat kawasan lembap dan berbau.
Sebab inilah pentingnya penggunaan panty liner buat ibu semasa mengandung, ia membantu mengurangkan ketidakselesaan dan anda juga tahu lebih awal sekiranya berlaku perubahan warna keputihan. Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Awas Ibu Hamil, Ini 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA Untuk Janin!
Baca juga: Keputihan Berbau Busuk, Warna Coklat? Awas! Anda Mungkin Hidap Penyakit Kelamin Pada Wanita!
Baca juga: Seluar Dalam Cepat Rosak Akibat Keputihan Dari Vagina? Ini Yang Anda Perlu Tahu!