Anzalna Nasir Sarat Mengandung Anak Kedua, Ramai Melting Tengok Baby Bump Comel

Anzalna Nasir yang berkongsikan berita gembira baru-baru ini telah membuatkan peminat teruja dengan kecantikannya sewaktu sarat mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun hamil, pelakon dan model wanita tersohor Malaysia, Anzalna Nasir kelihatan begitu jelita sewaktu menghadiri pelancaran kempen Koleksi Raya Rantaian Kasih Habib Jewels di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di ibu negara baru-baru ini. 

Memang betul lah kata orang tua-tua, seri orang mengandung ini memang luar biasa! Anzalna Nasir yang kini hamil 8 bulan kelihatan begitu mempersonakan.

Dia yang mengenakan busana sedondon dengan tudung berwarna hijau bersama dengan beberapa koleksi barang kemas daripada Habib Jewels yang telah menambahkan lagi seri pelakon drama Dendam Aurora tersebut.

Anzalna Nasir sarat mengandung anak kedua, masih bertenaga hadir ke majlis pelancaran produk

Senyumannya jelas memukau hadirin menerusi perkongsian di laman Instagram beliau tatkala menghadiri majlis pelancaran tersebut dengan bergambar di hadapan kamera.

Ini jelas apabila ramai rakan artis dan peminat memuji kecantikan Anzalna yang kekal cantik walaupun dengan “baby bump” dengan meninggalkan pujian di ruang komen Instagram. Walaupun berbadan dua, Anzalna kekal ayu dan menawan. Sememangnya beliau seorang yang jelitawan dan rupawan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anzalna Nasir yang kini berusia 34 tahun hadir ke majlis pelancaran Habib Jewels sebagai Duta Raya Habib untuk Koleksi Raya Rantaian Kasih Habib Jewels.

Bukan sahaja Anzalna sahaja yang menjadi Duta Raya Habib, malah ibu beliau, Puan Azlina turut muncul dalam kempen raya

Habib baru-baru ini. Punyalah teruja peminat sehinggakan mereka terpanggil untuk ke Habib Jewels setelah menonton video kempen di laman Instagram rasmi Habib Jewels!

Anzalna Nasir kongsi berita gembira, buat ramai tidak sabar nantikan kelahiran adik Eidrees

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini juga Anzalna turut berkongsi berita kehamilannya menerusi laman Instagram beliau apabila beliau melahirkan rasa kesyukuran atas peluang untuk bakal menimang lagi seorang cahaya mata pada waktu Syawal dan perkhabaran buat peminatnya bahawa beliau kini sedang sarat 8 bulan.

Malah, beliau turut memohon doa dari peminat-peminatnya agar kelahiran cahaya matanya dipermudahkan dan juga doa agar kita semua diberikan kesihatan yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini merupakan kehamilan kedua buat Anzalna Nasir yang telah pun mempunyai seorang anak lelaki bernama Mohamad Eidrees bersama pasangannya seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki yang telah diijab kabul pada 21 Februari 2016. Semoga segala urusan Anzalna dipermudahkan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Bintik Putih Pada Ikan Boleh Membawa Kesakitan Pada Ibu Hamil, Jaga-Jaga Bila Nak Makan!

Baca juga: Mira Filzah Hamil Masuk 8 Bulan, Nak Cuba Untuk Puasa & Teruja Bakal Beraya Bertiga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga:  Stok Makanan 'Wajib' Ibu Mengandung & Menyusu, Bantu Bekal Tenaga Ketika Puasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman