Apa Itu Cyst? Punca Cyst Ovari Berlaku Pada Wanita, Tanda & Rawatan

Apa itu cyst? Cyst ovari biasanya terjadi pada wanita yang terbentuk akibat ketidakseimbangan hormon atau kitaran haid yang tidak teratur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa itu cyst? Cyst adalah ketumbuhan yang tidak normal dan biasanya dipenuhi dengan cecair seperti air, darah, minyak atau campuran protein. Kadang-kadang, cyst juga boleh mengandungi benda lain seperti rambut, tulang, atau tisu kanser.

Walaupun nampak menakutkan, kebanyakan cyst ini tidak berbahaya dan biasanya akan hilang dengan sendirinya.

Namun, dalam beberapa kes, ia perlu dipantau atau dikeluarkan jika menimbulkan masalah kesihatan. Ia juga berisiko menjadi kanser ovari.

Apa Itu Cyst?

Cyst adalah sejenis kantung berisi cecair yang tumbuh di dalam atau di permukaan ovari wanita semasa ovulasi.

Ovari merupakan organ pembiakan yang menghasilkan hormon estrogen dan progesterone serta sel telur yang penting untuk kehamilan.

Jenis dan Punca Cyst Ovari

Terdapat pelbagai jenis cyst yang boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Namun, sista berfungsi yang paling biasa didiagnosis pada wanita disebabkan kitaran haid.

Dua jenis cyst berfungsi ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Cyst Folikel: Terjadi bila folikel tak pecah untuk lepaskan telur, jadi ia mengumpul cecair dan membentuk cyst.
  2. Cyst Corpus Luteum: Terjadi selepas folikel melepaskan telur, tapi cecair terkumpul di dalam kantung, jadi ia membentuk cyst.

Kebanyakan cyst ini tak berbahaya dan akan hilang sendiri dalam dua hingga tiga kitaran haid. Bagi wanita menopaus, cyst berfungsi tak akan terbentuk sebab ovari dah tak aktif.

Selain cyst berfungsi, ada juga jenis cyst lain seperti:

  1. Cyst Dermoid: Mengandungi tisu seperti rambut, kulit, atau lemak dan biasanya perlu dibuang melalui pembedahan.
  2. Cystadenoma: Terbentuk daripada lapisan luar ovari dan boleh menjadi sangat besar.
  3. Endometrioma: Disebabkan oleh endometriosis, iaitu keadaan di mana tisu endometrium tumbuh di luar rahim.

Manakala, jenis cyst yang boleh berlaku pada lelaki dan wanita:

  • Sebaceous Cyst
  • Cyst Ganglion
  • Cyst Baker
  • Cyst Pancreatic
  • Cyst Renal
  • Cyst Thyroglossal

Faktor Risiko Cyst

Risiko mendapat cyst  lebih tinggi jika anda mempunyai salah satu faktor berikut:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Kehamilan
  • Endometriosis
  • Sindrom ovari polikistik (PCOS)
  • Jangkitan pelvik
  • Merokok
  • Hipotiroidisme

Tanda-Tanda Cyst Pada Wanita

Kebanyakan cyst ovari tak menunjukkan sebarang simptom sehingga ia membesar, pecah atau menekan organ sekeliling.

Tanda-tanda cyst yang mungkin muncul termasuk:

  • Sakit di bahagian bawah perut atau pelvis
  • Kitaran haid tidak teratur
  • Pendarahan yang tidak normal
  • Kerap buang air kecil
  • Sukar buang air besar
  • Keguguran berulang kali
  • Sukar untuk hamil
  • Loya atau muntah

Jika cyst berlaku pada kulit, tanda-tandanya mungkin seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Benjolan pada kulit
  • Kawasan yang berasa panas atau merah
  • Titik hitam di tengah benjolan
  • Rasa sakit apabila ditekan
  • Demam

Apa Perbezaan Cyst dan Fibroid

Ramai wanita keliru antara cyst dan fibroid kerana kedua-duanya berkaitan dengan masalah pada organ reproduktif wanita. Namun, terdapat perbezaan ketara antara keduanya:

Cyst: Kantung berisi cecair yang lembut apabila ditekan. Ia boleh terbentuk pada ovari atau kawasan lain.

Fibroid: Ketumbuhan pepejal yang terbentuk daripada tisu otot rahim. Ia lebih keras kerana tiada cecair di dalamnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fibroid juga hanya berlaku pada wanita kerana ia terbentuk pada rahim, manakala cyst boleh terjadi kepada kedua-dua lelaki dan wanita.

Selain itu, fibroid lebih kerap terjadi pada wanita yang berusia antara 30 hingga 40 tahun, tetapi ia juga boleh terjadi pada usia lain.

Cara Mengatasi Cyst Ovari

Rawatan cyst ovari bergantung kepada jenis, saiz dan gejala yang dialami. Jika cyst kecil dan tidak menimbulkan masalah, doktor mungkin hanya akan memantau perkembangannya melalui imbasan.

Walau bagaimanapun, jika cyst mula membesar atau menyebabkan kesakitan, beberapa rawatan boleh dilakukan.

Antara kaedah rawatan untuk cyst:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pemantauan: Doktor mungkin mengesyorkan untuk memantau perkembangan cyst kecil melalui imbasan berkala.
  • Ubat Hormon: Pil perancang boleh membantu mencegah pembentukan cyst baru.
  • Pembedahan: Jika cyst menyebabkan komplikasi atau terlalu besar, ia mungkin perlu dibuang melalui pembedahan.

Kebanyakan cyst yang tidak berbahaya akan hilang dengan sendirinya, tetapi sekiranya anda mengalami gejala-gejala yang mencurigakan, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Doctoroncall, Hello Doktor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kanser Payudara (Breast Cancer): Punca Kanser Payudara, Tanda & Cara Mengesan

Baca juga: Cyst Ketika Hamil, Adakah Selamat Jika Ibu Mengandung Melalui Proses Pembedahan?

Baca juga: Hati-Hati Kudis Air Pada Kemaluan, Ia Boleh Merebak Pada Pasangan Melalui Hubungan Kelamin!

Penulis

Noorhidayah