X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hati-Hati Kudis Air Pada Kemaluan, Ia Boleh Merebak Pada Pasangan Melalui Hubungan Kelamin!

3 min bacaan
Hati-Hati Kudis Air Pada Kemaluan, Ia Boleh Merebak Pada Pasangan Melalui Hubungan Kelamin!

Penyakit kelamin Herpes merupakan virus yang boleh menyerang wanita hingga boleh dijangkiti oleh pasangan melalui hubungan seksual!

Pernah tak anda dengar tentang penyakit kelamin Herpes Genital? Ia merupakan salah satu penyakit yang mudah berjangkit melalui hubungan seksual disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV).

Apabila HSV ini muncul di atas permukaan kulit orang yang dijangkiti, maka ia mudah merebak kepada orang lain melalui kulit yang lembap, anus dan alat kelamin. 

Punca penyakit kelamin herpes ini boleh berlaku disebabkan perkara berikut: 

penyakit kelamin

  • Mengadakan hubungan seks vagina atau dubur dengan mereka yang dijangkiti tanpa alat perlindungan.
  • Melakukan hubungan oral dengan mereka yang mempunyai kudis.
  • Berkongsi alat mainan seks dan melakukannya dengan orang yang dijangkiti
  • HSV boleh dihantar kepada orang lain meskipun tiada tanda wabak.
  • Jika ibu dengan herpes ini mengalami luka semasa bersalin, kemungkinan jangkitan tersebut boleh merebak pada bayi.

Apabila mengalami penyakit kelamin herpes, pesakit akan melalui gejala tertentu seperti gatal-gatal, tidak selesa dan sebagainya. Berikut antara gejala lain yang akan dialami.

  • Melepuh dan ulser pada alat kelamin
  • Luka sekitar mulut
  • Malaise atau rasa tidak sihat
  • Mengalami keputihan
  • Sakit semasa membuang air kecil
  • Demam
  • Nodus limfa membengkak
  • Kulit melepuh kemerahan

Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dikesan melalui beberapa ujian klinikal dengan melihat lepuhan merah pada kulit di bahagian bibir faraj dan dubur.

4 Cara Diagnosis Penyakit Kelamin Herpes

penyakit herpes

#1. Ujian pengesanan antigen virus

Apabila melakukan ujian pengesanan antigen virus ini, ia dapat menentukan punca demam virus itu.

#2. Ujian antibodi

Dengan ujian ini, ia dapat menentukan jenis dan kuantiti antibodi dalam darah anda. Malah ujian ini juga dapat membantu mengenal pasti virus tertentu yang menyebabkan demam viral anda supaya doktor dapat tentukan ubat dan rawatan yang sesuai.

#3. Ujian Culture Virus

Ujian ini dilakukan sekiranya demam virus berlanjutan hampir seminggu. Caranya doktor akan mengambil sampel kecil cecair seperti darah atau air kencing yang akan dilihat melalui mikroskop.

Namun anda perlu menunggu beberapa hari untuk mengetahui keputusannya.

#4. Ujian serologik jenis khusus untuk HSV

Ujian ini dilakukan sepesifik apabila berlaku seperti berikut:

  • Gejala genital dan atipikal berulang
  • Diagnosis herpes genital tanpa pengesahan makmal
  • Rakan kongsi dengan herpes kelamin.
  • Kepekaan ujian spesifik glikoprotein G yang diluluskan oleh FDA untuk mengesan antibodi HSV-2 dan hasil negatif palsu mungkin lebih kerap pada peringkat awal jangkitan.

Rawatan yang sesuai

Berikut adalah rawatan yang sesuai bagi merawat penyakit ini

  • Mandi garam : Dapat mencuci alat kelamin dan mengeringkan bahagian luka.
  • Ubat tahan sakit termasuk analgesik mudah (seperti aspirin dan paracetamol).
  • Memakai pakaian longgar seperti kapas yang dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan herpes.
  • Minum banyak air jika anda mengalami sakit ketika membuang air kecil.
  • Terapi antivirus yang paling berkesan untuk merawat herpes.

Apapun, jauhkan diri anda dari persekitaran atau aktiviti yang terdedah dengan herpes. Semoga bermanfaat. 

Hati-Hati Kudis Air Pada Kemaluan, Ia Boleh Merebak Pada Pasangan Melalui Hubungan Kelamin!

Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call atas kebenaran mereka. Maklumat lanjut dan pertanyaan kesihatan mahupun ubat-ubatan juga boleh didapati di www.doctoroncall.com.my

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

Pakar gesa suami isteri ambil tahu tentang penyakit kelamin baru yang boleh buat anda mandul ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Hati-Hati Kudis Air Pada Kemaluan, Ia Boleh Merebak Pada Pasangan Melalui Hubungan Kelamin!
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham