HIV AIDS adalah salah satu penyakit yang paling menakutkan bagi kebanyakan orang. Sebenarnya, banyak penderita HIV baru sedar mereka dijangkiti penyakit ini selepas tanda tanda HIV makin parah.
Sedangkan, tanda HIV boleh dikesan dari awal.
15 Tanda Tanda HIV Yang Perlu Dilihat
Tanda HIV mungkin nampak macam ringan, dan tak menunjukkan tanda yang “betul-betul nyata“. Itulah sebabnya penting untuk kita mengetahui status HIV diri sendiri.
Ini antara 15 tanda HIV yang tidak disedari orang ramai.
Tanda HIV #1 Selesema

Pada minggu awal tertularnya jangkitan HIV ini, anda mungkin tak akan nampak sebarang tanda. Namun, beberapa pesakit mendedahkan mereka mengalami selesema ringan.
Ini termasuklah dengan demam dan sakit kepala. Tanda HIV ini akan hilang dalam masa beberapa minggu. Dalam sesetengah kes, ada yang hanya melihat tanda-tanda ini 10 tahun kemudian!
Tanda HIV #2 Kelenjar bengkak
Kelenjar nodus limfa terletak di beberapa bahagian tubuh. Ia berfungsi untuk melawan jangkitan dengan menyimpan sel kekebalan, dan menapis patogen.
Jika HIV merebak, sistem kekebalan tubuh akan bekerja dengan pantas. Hasilnya, kelenjar nodus limfa akan membengkak.
Tanda Tanda HIV #3 Ruam dan luka di kulit

Tanda HIV yang sering dialami adalah masalah kulit. Ruam salah satu daripadanya.
Jika ada ruam muncul di badan anda, sila dapatkan rawatan dan pemeriksaan. Luka dan ruam ini mungkin muncul di kulit, mulut, alat kelamin, dan dubur.
Tanda HIV #4 Lebih senang dijangkiti virus
Virus HIV akan menyusahkan sistem imun badan anda untuk melawan kuman. Jadi, mudah untuk penderita HIV diserang jangkitan virus lain.
Virus tersebut termasuklah pneumonia, tuberkulosis, dan kandidi oral atau vagina. Jangkitan ragi (sejenis jangkitan kelamin) mungkin lebih senang terjadi pada wanita.
Tanda HIV #5 Demam dan berpeluh di malam hari

Salah satu tanda awal HIV adalah demam ringan dalam waktu yang panjang. Tubuh biasanya akan mengalami demam tanpa sebab yang jelas.
Oleh kerana ramai pesakit menganggap ia hanyalah demam biasa, mereka tidak melakukan pemeriksaan dan mengabaikan tanda awal HIV ini. Awas jika anda selalu berpeluh di malam hari!
Tanda HIV #6 Haid berubah
Wanita yang menghidap HIV positif boleh melihat tanda tanda terkena HIV melalui perubahan haidnya. Biasanya, perubahan haid ini melibatkan jumlah darah yang keluar.
Ada yang keluar lebih banyak dari biasa, ada yang kurang, dan ada yang tak keluar langsung!
Tanda Awal HIV #7 Penyakit radang
Penyakit radang ini termasuklah jangkitan di rahim, atau saluran telur.
Tanda Awal HIV #8 Cepat penat

Ini satunya tanda awal HIV yang sering diabaikan. Kepenatan mungkin boleh terjadi kerana beberapa sebab.
Tapi jika anda telah mendapat jumlah tidur yang mencukupi, berehat dengan tetap, tapi masih cepat kepenatan, sila lakukan pemeriksaan doktor.
Tanda Awal HIV #9 Sakit kepala
Apabila anda dijangkiti HIV, anda akan mengalami sakit kepala yang berterusan. Sakit kepala ini juga akan menyebabkan anda lemah dan demam.
Tanda Tanda Terkena HIV #10 Mual dan sembelit

Pesakit HIV akan hilang nafsu makan kerana asyik mual. Malah, makanan itu juga tidak boleh dicerna dengan baik kerana bakteria dalam perut mati.
Tanda Tanda Terkena HIV #11 Perubahan warna kuku
Kuku yang tumbuh akan kelihatan lebih tebal, bahkan mungkin berubah warna. Hal ini disebabkan jangkitan pada kuku tersebut.
Tanda Tanda Terkena HIV #12 Ada lendir di kemaluan
Virus HIV boleh juga hadir dalam bentuk lendiran di alat sulit. Ia mungkin disebabkan herpes atau jangkitan luka HIV yang parah!
Tanda Tanda Terkena HIV #13 Rasa kebas dan kesemutan di kaki atau tangan
Satu lagi tanda HIV yang jarang diambil berat adalah rasa kebas dan “kesemutan” di bahagian kaki atau tangan anda.
Ada juga pesakit HIV yang mengalami rasa kebas ini seperti dicucuk-cucuk di hujung jari dan kaki. Ia terjadi kerana virus mula mempengaruhi sistem saraf.
#14 Rasa bingung dan mudah lupa

Tanda tanda HIV boleh dilihat pada setiap anggota tubuh. Ini termasuklah sel-sel otak. Kadang-kadang, virus HIV akan menyebabkan demensia, rasa bingung, dan mudah lupa yang boleh sehingga hilang memori.
Tanda HIV #15 Berat badan turun dengan mendadak
Jika anda menghidap tanda awal HIV, tidak mustahil untuk berat badan anda turun dengan mendadak kerana serangan sembelit, cirit-birit dan tidak lalu makan.
Semoga perkongsian tentang tanda HIV ini akan membuka lebih banyak ruang untuk anda sedar dengan kesihatan diri anda.
Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda memiliki tanda awal berikut.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Aulia Trisna dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga:
Malaysia negara pertama TIADA kes pemindahan HIV dan sifilis kepada anak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!