Apa Yang Anda Patut Makan Untuk Melahirkan Anak Perempuan

Petua orang dulu-dulu, yang mengatakan bahawa makan sayur-sayuran - termasuk bayam, kacang dan brokoli - adalah kunci untuk melahirkan seorang bayi perempuan mungkin benar, menurut penyelidik dari Belanda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut kajian baru-baru ini, jika anda sedang hamil dan ingin meningkatkan kemungkinan melahirkan seorang bayi perempuan, anda perlu mula memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak dalam diet harian anda.

Kajian ini telah memantau 172 pasangan. Mereka yang menyertai kajian ini adalah golongan yang ingin menambah anak perempuan di dalam keluarga mereka dan telah mempunyai beberapa anak lelaki.

Kajian tentang cara hamil anak perempuan

Apa agaknya penerangan kajian ini tentang cara untuk dapatkan baby perempuan pula, ya?

Teorinya begini: Tahap mineral dalam darah kita boleh menjejaskan telur yang tidak disenyawakan, dan seterusnya menjadikan badan kita lebih mudah menerima kromosom lelaki atau wanita.

Penyelidik mendapati bahawa sekitar 80 peratus daripada pasangan dalam kajian itu telah mengandung anak perempuan selepas memakan makanan yang kaya dengan kalsium dan magnesium beberapa minggu sebelum persenyawaan berlaku!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Diet yang diambil mereka termasuklah makanan seperti buah-buahan, keju, sayur-sayuran dan nasi.

Peserta juga diberikan suplemen dan darah mereka diperiksa untuk tahap kalsium dan magnesium.

Di samping itu, para ibu terbabit telah menghindari makanan tinggi kalium dan natrium seperti pisang dan kentang, kerana ia dianggap akan meningkatkan peluang untuk mendapat anak lelaki.

Peserta kajian juga diminta untuk hamil pada satu masa tertentu dalam kitaran haid mereka; Tiga hingga empat hari sebelum ovulasi berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebabnya ialah sperma lelaki, yang membawa kromosom X, adalah perenang lebih pantas tetapi ia juga mati lebih cepat.

Ovum perempuan, yang juga membawa kromosom X, bertahan lebih lama.

Oleh itu, jika anda cuba hamil sebelum ovulasi – apabila telur dikeluarkan – telur wanita mungkin satu-satunya yang tertinggal apabila tiba masa untuk persenyawaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, penyelidik kajian ini percaya bahawa diet mempunyai kesan yang lebih besar terhadap hasilnya berbanding dengan masa persenyawaan.

Hasilnya mengejutkan – 32 wanita telah melalui percubaan ini selama lima tahun dan 26 daripadanya mengandungkan anak perempuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Annet Noorlander, seorang ahli biologi yang mengetuai penyelidikan itu berkata,

“Orang sekarang tahu bahawa jika mereka melakukan segala yang kami cadangkan, peluang mereka untuk melahirkan seorang bayi perempuan akan meningkat secara dramatik. Kaedah ini adalah percubaan, tetapi kami telah membuktikan ia berkesan.”

Macam mana, anda ingin mencubanya? Banyakkan ambil sayur dan buah-buahan sebaik sahaja anda dan pasangan ingin cuba hamil ya!

Rencana diterjemah daripada KidSpot AU.

Baca juga:

Bagi Pasangan Yang Masih Mencuba, Apa Kata Ikuti Tips Untuk Hamil Anak Lelaki Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh