X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 Tips Dapat Anak Lelaki Yang Wajib Suami Isteri Cuba, Tingkatkan Peluang Anda

6 min bacaan
10 Tips Dapat Anak Lelaki Yang Wajib Suami Isteri Cuba, Tingkatkan Peluang Anda

Tips dapat anak lelaki dengan mengetahui kitaran haid anda dan macam-macam lagi, untuk pasangan yang masih mencuba hamil.

Ramai pasangan yang mengimpikan zuriat lelaki sebagai penyeri dalam keluarga. Walaupun jantina anak merupakan ketentuan Allah SWT, tidak salah untuk kita berikhtiar dengan cara yang betul. Jika anda dan pasangan berhasrat untuk menambah cahaya mata lelaki dalam keluarga, terdapat beberapa tips dapat anak lelaki yang boleh dicuba.

Isi Kandungan

  • Tips Dapat Anak Lelaki
  • Tips Pemakanan Untuk Hamil Anak Lelaki

Tips Dapat Anak Lelaki

Antara tips dapat anak lelaki adalah:

1.Kiraan Dan Catatan Ovulasi

Memantau lendir faraj dan kitaran ovulasi dapat membantu menentukan hari-hari terbaik untuk melakukan hubungan seks agar meningkatkan kemungkinan mengandungkan anak lelaki.

Ini termasuk dalam pendekatan yang dikenali sebagai kiraan kalendar atau kitaran. Ia boleh dilakukan dengan ujian hormon biasa yang boleh dibeli secara atas talian atau faemasi atau berdasarkan pengetahuan wanita itu sendiri mengenai kitaran haidnya dan perubahan keputihan dan sebagainya.

Kunci utama untuk hamil bayi lelaki adalah dengan menyemai benih berdekatan dengan waktu subur (ovulasi) anda. Peka dengan tubuh badan anda. Ketika kitaran pertengahan, anda mungkin akan mengalami pelepasan telur putih (lendir serviks) yang melekit, melambangkan ovulasi (waktu subur) akan mengambil tempat dalam tempoh 1-2 hari.

2.Penambahbaikan Pada Diet

Tips dapat anak lelaki adalah pengambilan makanan berkhasiat. Terdapat teori yang mengatakan bahawa lingkungan yang lebih beralkali dalam tubuh wanita dapat meningkatkan kemungkinan sperma Y (yang menghasilkan anak lelaki) untuk bertahan dan mencapai sel telur, sehingga meningkatkan peluang untuk mengandung anak lelaki.

Makanan yang beralkali seperti buah tin, aprikot, dan jus tomato adalah contoh makanan yang dikatakan memiliki sifat alkali. 

3. Kaedah Shettles

Tips dapat anak lelaki seterusnya adalah dengan Kaedah Shettles.

Kaedah Shettles adalah kaedah semulajadi yang paling berkesan untuk pemilihan jantina anak – dengan menggabungkan kitaran haid wanita, posisi hubungan seksual dan waktu persetubuhan.

Prinsip kaedah shettle termasukan menyarankan untuk melakukan hubungan intim menjelang hari puncak ovulasi wanita kerana sperma Y (yang menghasilkan anak lelaki) dikatakan lebih cepat bergerak tetapi kurang tahan lama dibandingkan dengan sperma X.

Jadi, berhubungan seksual lebih dekat dengan ovulasi dapat meningkatkan peluang sperma Y untuk mencapai dan membuahkan sel telur.

Selain itu penetrasi yang dalam memungkinkan sperma Y didekatkan dengan sel telur lebih cepat. Anda juga perlu suami melakukan ejakulasi dengan lebih dalam serta mencadangkan agar wanita mencapai klimaks selama hubungan seksual. Klimaks dikatakan dapat mengubah lendir faraj menjadi lebih alkali.

4.Ujian Genetik Sperma Dan Pra Implantasi 

Tips dapat anak lelaki lain adalah dengan penggunaan rawatan IVF, selektif untuk tujuan pemilihan jantina atau dikenali sebagai preimplantation genetic testing, PGT.

5.Penetrasi Dalam 

Jika anda inginkan anak lelaki, katakan selamat tinggal kepada posisi misionari (missionary) dan jadi lebih kreatif! Hal ini sejajar dengan kaedah yang diperkenalkan oleh Landrum B. Shettles, MD, PhD.

Penetrasi yang lebih mendalam ketika hubungan seks membolehkan zakar lebih dekat pada rahim anda dan juga sel telur. 

6.Carta Kuno Cina (Untuk Jantina)

Carta Kuno Cina untuk ramalan jantina adalah salah satu panduan berguna yang telah digunakan selama berabad dahulu – sehingga dakwaan mengatakan ia 99% tepat. Jadi ini adalah salah satu petua dapat anak lelaki.  Carta kuno cina untuk jantina ini digunakan dengan cara menggabungkan usia si ibu dan bulan harapan si ibu untuk hamil, untuk menentukan jantina bayi.

Jika pengiraan ini dimulakan dari belakang, anda akan dapat menentukan bulan terbaik untuk hamil – malah hamil dengan bayi lelaki.

7.Makan Makanan Sihat

Sperma yang dihasilkan oleh lelaki akan subur dalam persekitaran alkali, maka hasilkan persekitaran ini untuk mereka dengan mengikuti diet sihat tersebut:

  • Minum smoothie hijau yang segar setiap hari
  • Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang bersifat alkali
  • Elakkan makanan yang diproses dan gula

8.Pastikan Suami Pakai Boxer 

Boxer lebih sejuk daripada seluar dalam jenis brief, lalu ia membenarkan bahagian intim lelaki lebih bebas, dan membenarkan sperma disimpan dalam suhu yang tepat.

Suhu yang tepat adalah antara cara dapat anak lelaki ya! Para suami, anda juga tidak seharusnya mandi mandian panas atau duduk dengan komputer riba di atas ribanya kerana hal ini akan memanaskan sperma, mengakibatkan ia bergerak lebih perlahan.

Sperma yang dihasilkan oleh lelaki ini juga mungkin tidak akan berjaya sampai ke sel telur. Walaupun kaedah ini amat disyorkan untuk proses kesuburan secara keseluruhannya, namun ia juga amat bermanfaat untuk sperma kromosom Y yang lemah.

9.Suami Perlu Minum Kafein

Tips dapat anak lelaki yang lain adalah pengambilan minuman kafein.

Walaupun tiada bukti saintifik, namun ramai wanita mendakwa mereka mencapai klimaks yang hebat selepas membuatkan kopi kepada pasangan mereka sebelum melakukan hubungan seks. Mungkin kafein yang terkandung dalam kopi membantu menambah kepantasan sperma hingga ke “garisan penamat”. Menurut Dr Shettles, secawan kopi yang kuat untuk jejaka anda sebelum anda “sibuk bersenggama” mampu membantu kromosom Y untuk menjadi lebih aktif.

10.Makanan Tinggi Kalium

Beberapa sumber menyebutkan bahawa diet tertentu, seperti makanan yang kaya kalium dan natrium, dapat membantu mendapatkan baby boy atau anak lelaki. Misalnya, makanan laut, daging merah, dan makanan yang tinggi kalium seperti pisang.

Tips Pemakanan Untuk Hamil Anak Lelaki

Pemakanan yang betul juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang mendapatkan anak lelaki. Berikut adalah beberapa cadangan pemakanan yang boleh diamalkan:

  1. Makanan Tinggi Natrium dan Kalium: Makanan seperti pisang, kentang, dan tomato dipercayai membantu mewujudkan persekitaran beralkali dalam tubuh, yang lebih sesuai untuk sperma Y.
  2. Daging Merah: Daging merah yang kaya dengan protein dan zat besi boleh meningkatkan kekuatan sperma dan membantu kejayaan persenyawaan.

  3. Makanan Laut: Tiram, udang, dan ikan yang kaya dengan zink amat penting untuk kesihatan sperma.

  4. Kekacang: Kekacang seperti badam dan kacang tanah mengandungi mineral yang menyokong kesihatan reproduktif.

  5. Elakkan Makanan Berasid: Kurangkan pengambilan produk tenusu dan makanan yang tinggi kandungan gula kerana ia boleh mewujudkan persekitaran berasid yang kurang sesuai untuk sperma Y.

Kesimpulannya, mendapatkan anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya adalah anugerah yang tidak ternilai. Apa yang lebih utama adalah kesihatan dan kesejahteraan bayi yang dilahirkan. Walaupun usaha dan ikhtiar boleh dilakukan, perancangan Allah SWT adalah yang terbaik.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Healthline, Baby Centre

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Tanda Hamil Anak Lelaki Dalam Islam 

Baca juga: Tanda Mengandung Anak Lelaki Tanpa Perlu Scan, Ibu Perhatikan 12 Perkara Ini

Baca juga: 15 Tanda Mengandung Anak Lelaki Ikut Petua Orang Lama, Ramai Ibu Mengakui Ia Tepat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 10 Tips Dapat Anak Lelaki Yang Wajib Suami Isteri Cuba, Tingkatkan Peluang Anda
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham