X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Phimosis Atau Zakar 'Buta' Serang Budak 4 Hingga 7 Tahun, Jika Teruk Perlu Disunat Terus

4 min bacaan
Phimosis Atau Zakar 'Buta' Serang Budak 4 Hingga 7 Tahun, Jika Teruk Perlu Disunat TerusPhimosis Atau Zakar 'Buta' Serang Budak 4 Hingga 7 Tahun, Jika Teruk Perlu Disunat Terus

Memiliki anak lelaki banyak perkara perlu diberi perhatian.Bukan saja angin pasang tetapi phimosis atau zakar buta juga boleh menyerang kanak-kanak ini.

Jika memiliki anak lelaki banyak juga perkara yang perlu diberi perhatian. Bukan saja kisah angin pasang tetapi phimosis atau zakar buta juga boleh menyerang kanak-kanak ini.

Zakar buta adalah antara masalah kanak-kanak lelaki yang ibu bapa perlu tahu.

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, biasanya anak akan mengadu sakit pada hujung zakar, atau susah nak kencing. Kadang-kadang, semasa kencing, kulup(foreskin) zakar itu akan kembang seperti  belon yang diisi air. 

Baca juga: Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

Zakar buta biasa terjadi pada usia 4 hingga 7 tahun

Zakar buta

Kredit foto: All about kids

Secara fisiologi atau semula jadi, kulit kulup akan terpisah dari kepala zakar perlahan-lahan semakin kanak-kanak membesar. Bukaan kulup akan membesar juga.

Phimosis ini sebenarnya adalah kondisi di mana kulit kulup zakar masih melekat pada kepala(glans) zakar, atau bukaan pada kulup itu terlalu kecil. Ia juga boleh berlaku jika ada jangkitan pada kulup.

Oleh kerana bukaan pada kulup zakar terlalu kecil, air kencing yang keluar dari ureter berkumpul di dalam ruang antara kulup dan kepala zakar, lalu menyebabkan ia membelon (mengembang). Keadaan ini boleh menyebabkan rasa sakit.

Dr ini mencadangkan, untuk memastikan sama ada anak anda mengalami phimosis atau tidak, anda hendaklah cuba menarik kulit kulup ke belakang dan periksa bukaan kulup. Jika bukaan itu terlalu kecil, maka mungkin ia adalah phimosis.

Apa nak buat jika anak anda mengalami masalah phimosis?

Zakar buta

Anda boleh cuba untuk meregangkan bukaan kulup secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi lebih longgar. Tapi, jika ada simptom berikut, bawa pergi jumpa doktor!

  • Perlu meneran untuk kencing
  • Sakit kuat ketika kencing
  • Air kencing berdarah
  • Kulup kemerah-merahan
  • Cairan berbau pada kulup
  • Kulup membengkak

Doktor akan menilai keadaan dan merawatnya dengan ubat-ubatan, dan kadangkala perlu dikhatankan terus. Ia bergantung kepada keadaan kulup ketika pemeriksaan.

Bila usia sesuai bersunat untuk kanak-kanak lelaki?

Menurut artikel hellodoktor, bersunat atau berkhatan adalah sesuatu yang sangat dituntut bagi seorang Muslim dan sudah menjadi norma yang sangat biasa dalam kalangan masyarakat kita kini yang hidup berbilang kaum.

Bukan sahaja individu Melayu Islam yang perlu melakukan prosedur ini, masyarakat Cina, India malahan masyarakat di seantero dunia juga kini sudah mula melakukannya.

Namun begitu, terdapat beberapa pendapat mengenai usia yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki itu bersunat. Ada yang kata semasa bayi lebih baik dan ada juga yang kata perlu tunggu sehingga usia kanak-kanak.

Apa manfaat bersunat bagi kanak-kanak lelaki?

Zakar buta

#1. Alat kelamin mudah dibersihkan

Prosedur bersunat akan menyebabkan lapisan kulit yang menutupi kepala zakar lelaki yang dipanggil kulup atau ‘prepuce’ dibuang.

Lapisan ini sebenarnya sangat mudah untuk dijangkiti bakteria yang boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit jika anak lelaki anda tidak membersihkannya dengan cermat.

Oleh itu, alat kelamin anak lelaki anda akan lebih mudah dibersihkan selepas membuangnya

#2. Kurang risiko mendapat penyakit

Pelbagai jenis penyakit dapat dielak atau dicegah daripada menjangkiti anak lelaki anda dengan melakukan prosedur bersunat, antaranya:

  • Penyakit saluran air kencing
  • Penyakit kelamin pada diri sendiri atau pasangan perempuan
  • Kanser zakar
  • Kanser serviks pada pasangan perempuan
  • ‘Phimosis’ iaitu ketidakmampuan untuk menarik kulup atau ‘paraphimosis

Bila paling sesuai bersunat? Semasa bayi atau kanak-kanak?

Sebenarnya, tidak terdapat sebarang umur spesifik yang paling sesuai untuk anak lelaki anda menjalankan prosedur berkhatan. Ia terpulang kepada kesediaan anak dan anda sebagai ibu bapa.

Di negara kita, kanak-kanak lelaki biasanya menjalankan prosedur ini ketika dalam lingkungan usia 5 hingga 12 tahun dan ada juga yang memilih untuk melakukannya ketika anak lelaki mereka masih bayi.

Ini adalah tidak berbahaya kerana ia tidak akan menyebabkan sebarang perbezaan pada proses tumbesaran kanak-kanak. Jadi, anda masih lagi tertanya-tanya?

Sebaiknya, berjumpalah dengan pakar perubatan untuk berbincang mengenai hajat anda untuk melakukan prosedur berkhatan buat anak lelaki anda sebelum membuat sebarang keputusan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, hellodoktor

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Phimosis Atau Zakar 'Buta' Serang Budak 4 Hingga 7 Tahun, Jika Teruk Perlu Disunat Terus
Kongsikan:
  • Jilat Kemaluan Isteri Dengan 8 Peringkat Ini, Confirm Dia Merayu Nak Lagi! Boleh Cuba Malam Ni!

    Jilat Kemaluan Isteri Dengan 8 Peringkat Ini, Confirm Dia Merayu Nak Lagi! Boleh Cuba Malam Ni!

  • Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

    Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • Jilat Kemaluan Isteri Dengan 8 Peringkat Ini, Confirm Dia Merayu Nak Lagi! Boleh Cuba Malam Ni!

    Jilat Kemaluan Isteri Dengan 8 Peringkat Ini, Confirm Dia Merayu Nak Lagi! Boleh Cuba Malam Ni!

  • Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

    Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.