X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Semak Dulu Sebelum Beli Permainan Anak, Mungkin Ada 4 Bahan Kimia Bahaya Ini!

4 min bacaan
Semak Dulu Sebelum Beli Permainan Anak, Mungkin Ada 4 Bahan Kimia Bahaya Ini!Semak Dulu Sebelum Beli Permainan Anak, Mungkin Ada 4 Bahan Kimia Bahaya Ini!

Ibu ayah, semak dulu label sebelum membeli alat permainan untuk si manja ya. Pastikan ia bebas dari bahan beracun!

Pernahkah ibu ayah ambil tahu tentang kandungan bahan kimia berbahaya yang mungkin ada dalam alat permainan anak?

Bermain merupakan keperluan asas kanak-kanak. Ia sebenarnya sama penting dengan keperluan untuk perkembangan lain seperti aktiviti makan dan tidur.

Mainan untuk kanak-kanak seharusnya memberi inspirasi kepada imaginasi dan kreativiti, dan ia juga mesti bebas daripada toksik. Ini kerana bayi dan anak-anak boleh berisiko untuk memasukkan alat mainan dalam mulut.

bahan kimia berbahaya

4 Bahan Kimia Yang Mungkin Ada Dalam Mainan Anak

Sebelum membeli mainan untuk anak, ibu ayah harus baca dulu label. Ini bagi memastikan alat mainan tersebut tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya yang boleh memberi risiko kepada kesihatan si kecil.

Ada 4 kumpulan bahan kimia yang sering digunakan dalam menghasilkan produk mainan yang menimbulkan kebimbangan seperti:

#1 Phthalates

mainan berbahaya

Phtalates merupakan bahan kimia yang diguna untuk melembutkan plastik PVC dan sering ditemui dalam mainan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan phthalates boleh terkumpul dalam badan manakala ujian ke atas haiwan menunjukkan bahan kimia ini boleh merosakkan perkembangan organ reproduktif!

Akibat hasil kajian ini, penggunaan bahan kimia phtalates kini telah diharamkan untuk pembuatan alatan mainan kanak-kanak walaupun dahulunya ia digunakan dalam penghasilan mainan bayi, puting kosong dan mainan tumbuh gigi.

#2 Sebatian Organotin

Bahan kimia ini digunakan sebagai penstabil dalam PVC. Ia ditemui dalam lantai vinil dan mainan PVC yang lebih keras. Malangnya bahan ini didapati menyebabkan perubahan hormon dalam haiwan.

#3 Bisphenol A (BPA)

bahan kimia dalam alat permainan

Bisphenol dikatakan mengganggu sistem hormon badan, malah dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan diabetes. Di Malaysia, sebarang penjualan botol susu bayi yang mengandungi BPA juga  diharamkan.

Bahan kimia ini digunakan dalam pembuatan cawan dan mainan plastik, dan untuk menyalut tin makanan dan penutup botol daripada metal. BPA membantu untuk membuat plastik berwarna cerah dan tidak mudah pecah.

#4 Bahan Kalis Api Berbromin

Bahan kimia ini digunakan untuk memproses pakaian, kelengkapan, kereta dan kerusi tolak, tilam termasuk tilam kot, untuk mengurangkan risiko mainan mudah terbakar.

Kajian telah menunjukkan bahan kimia ini boleh luluh keluar dan diserap ke dalam badan malah telah ditemui dalam darah dan susu ibu!

Ujian ke atas haiwan telah mengaitkannya dengan ketakupayaan pembelajaran, kanser, keguguran dan perubahan dalam sistem pertahanan badan. Penggunaan yang salah juga boleh menyebabkan gangguan hormon.

Tips Memilih Alat Permainan Kanak-Kanak Bebas Dari Bahan Kimia Berbahaya

mainan toksik

Produk kanak-kanak yang bebas daripada bahan-bahan kimia ini biasanya mempunyai label yang menyatakan ia bebas daripada bahan-bahan tersebut.

Tetapi pengilang tidak diwajibkan untuk menyatakan jenis atau nama bahan kimia yang ada dalam produk.

Cara alternatif yang boleh anda lakukan adalah:

  • Cari mainan semula jadi yang diperbuat daripada kayu unfinished, alami, tidak beracun dan sebaik-baiknya diperbuat daripada kayu keras yang dihasilkan secara mampan.
  • Kayu tersebut haruslah menggunakan cat minyak semulajadi, seperti biji rami, lilin, atau minyak walnut.
  • Berwaspada untuk pelapis atau cat pada mainan logam atau kayu kerana kemasan ini boleh mengandungi plumbum dan bahan kimia lain.
  • Papan lapis atau papan partikel boleh mengandungi formaldehid dan mempunyai gam toksik supaya pastikan kayu padu.
  • Mainan haiwan dan mainan fabrik seharusnya diperbuat daripada jenis serat semulajadi yang tidak dirawat, seelokknya kapas organik dengan pewarna semulajadi. Mainan kain yang paling lembut atau haiwan boneka biasanya dibuat dengan bahan sintetik yang dirawat dengan pelbagai bahan kimia toksik untuk menjadikannya tahan api atau tahan lama.
  • Buku-buku plastik, mainan plastik atau getah  mungkin dibuat dari vinil (PVC) dan tidak selamat untuk bayi dan kanak-kanak kecil.
  • Jangan beli mainan daripada PVC atau periksa dengan pengilang dahulu untuk melihat samada ia mengandungi sebatian phthalates atau organotin.
  • Jika anda masih khuatir, hubungi talian khidmat pelanggan pengilang produk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Semak Dulu Sebelum Beli Permainan Anak, Mungkin Ada 4 Bahan Kimia Bahaya Ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: healthychild / babycenter

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

https://my.theasianparent.comkeselamatan-produk-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Semak Dulu Sebelum Beli Permainan Anak, Mungkin Ada 4 Bahan Kimia Bahaya Ini!
Kongsikan:
  • Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

    Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

  • Nampak Macam Selamat, Tapi Produk Bayi Mungkin BAHAYA Jika Parents Tak Pilih Dengan Betul!

    Nampak Macam Selamat, Tapi Produk Bayi Mungkin BAHAYA Jika Parents Tak Pilih Dengan Betul!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

    Anak Lembik, Keluar Darah Tercekik Mainan! Baca Kisah Ibu Ini Yang Sangka Anaknya Mati!

  • Nampak Macam Selamat, Tapi Produk Bayi Mungkin BAHAYA Jika Parents Tak Pilih Dengan Betul!

    Nampak Macam Selamat, Tapi Produk Bayi Mungkin BAHAYA Jika Parents Tak Pilih Dengan Betul!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.