Jika Anak Minat Seni Kraf & Lukisan, Elok Sangat Daftar Mereka Ke 10 Tempat Kesenian Ini

Jika Anak Minat Seni Kraf & Lukisan, Elok Sangat Daftar Mereka Ke 10 Tempat Kesenian Ini

Ingin merangsang kreativiti anak? Di sini kami ada senarai 10 tempat pusat seni kraf yang bagus seterusnya dapat memupuk dan mengembangkan seni anak.

Seorang pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak, Dr Putri Afzan Maria mengatakan, otak bahagian kanan terbentuk dahulu berbanding otak kiri. Maka aktiviti merangsang kreativiti anak ini boleh berlaku pada usia 0 hingga 7 tahun pertama.

Sementara otak kiri pula bermula saat anak berumur tujuh tahun. Namun ia berkembang setelah otak kanan lengkap sepenuhnya.

Apa fungsi otak kanan? Ini fungsinya:

  • Imaginasi
  • Kreativiti
  • Empati
  • Intuisi

Oleh demikian, ibu bapa digalakkan merangsang aktiviti anak secara optimum dan salah satunya adalah dengan seni kraf. Ini kerana, terdapat beberapa pusat seni kraf yang menyediakan dan merangsang aktiviti kreativiti kanak-kanak yang sangat menarik.

Nah, ini 10 senarai lengkap pusat seni kraf di Malaysia.

10 senarai pusat seni kraf yang dapat merangsang kreativiti anak

#1. My Art Studio, Ara Damansara

merangsang kreativiti anak

Di sini menawarkan dua program iaitu development Art Program untuk 3-5 tahun. Juga, Fine Art Program bagi kanak-kanak umur 6 hingga 11 tahun.

Mempunyai beberapa cawangan lain di Ara Damansara, Kepong, Bukit Jelutong, Klang, Kota Kemuning dan Bukit Tinggi.

#2. Art & Bonding, Desa Sri Hartamas

Menawarkan pengalaman baru pada kanak-kanak melalui seni kreatif.

Alamat: 22-3, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.

No Tel: 010-650 1212

#3. Edenland Center, Taman Segar

Menyediakan suasana yang interaktif dan tenaga pengajar yang dedikasi. Pengalaman di sini mampu mencungkil potensi kanak-kanak yang sebenar.

Alamat: No. 11A-1, Jalan Perdana 2, Taman Segar Perdana, 43200 Cheras, Selangor.

No tel: 017-2700199

#4. My Craft Studio, Damansara Jaya

Menyediakan ruang terbuka kepada anak dalam mengembangkan bakat dan potensi diri tentang kemahiran seni kraf.

Alamat: 18C, SS22/21, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

No tel: 012-4510105

#5. Origami Academy, Publika

Menggalakkan perkembangan mental kanak-kanak melalui seni origami. Mereka juga dapat belajar kemairan dalam pelbagai bentuk dari kertas dan asas geometri yang ada dalam seni origami.

Alamat: Publika Shopping Gallery, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur.

No tel: 012-515 5689/03-62112589

#6. Pandora Artisto Workshop, Kepong

merangsang kreativiti anak

Menyediakan pelbagai aktiviti menarik sekaligus menggalakkan daya kreativiti kanak-kanak.

Alamat: 52A-1, Jalan Rimbunan Raya, Laman Rimbunan, 52100 Kepong, Kuala Lumpur.

No tel: 017-6288336/03-62500290

#7. Picco Artisto Workshop Rawang

Jika anak dihantar ke pusat seni kraf ini, mereka bakal menjadi artis yang sangat hebat dalam bidang lukisan dan kesenian.

Alamat: 69A, Jalan Bandae Rawang 2, Bandar Baru Rawang, 48000 Rawang Selangor.

No tel: 014-9393567

#8. Little Pick N Paint Studio, Ampang

Program yang ditawarkan seperti Toddler/ Little PNP, Junior PNP, Intermediate PNP, watercolor, Arcylic, Marker, sketching dan craft and school holiday workshop.

Alamat: 89A, 1st Floor, Lorong Memanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor.

No tel: 016-7111964

#9. Art Genius, Setapak

Program yang ditawarkan seperti berikut:

Little Artist (3-12 tahun)
Youth Artist (13-17 tahun)
Adult Artist (18 tahun ke atas)
Holiday Program and Workshop

Alamat: 2-10, 2nd floor, PV128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur.
No tel: 012-2272977

#10. Apollo Art Class Petaling Jaya

merangsang kreativiti anak

Menawarkan pelbagai medium seni lukis dari water color hingga oil painting. Kelas yang dijalankan sesuai dari kanak-kanak umur tiga tahun hingga 12 tahun.

Mereka akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berkelayakan.

Alamat: Phileo Damansara 1, Suite 203 Block D Level 2, No 9 Jalan 16/11 Off Jalan 46350 Petaling Jaya, Selangor.

No tel: 0126300856

Apa tunggu lagi parents, jom  survey untuk anak sekarang!

Semoga bermanfaat.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Bidadari 

Baca juga 

8 Aktiviti Belajar Best Yang Anda Patut Cuba Dengan Anak-Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner