X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tiga Kanak-Kanak Ini "Glamour Sekelip Mata" Lepas Miliki Antara 9 Kecerdikan Luar Biasa!

4 min bacaan
Tiga Kanak-Kanak Ini "Glamour Sekelip Mata" Lepas Miliki Antara 9 Kecerdikan Luar Biasa!

Hana Aishah, Syukor Khamis dan Umar Wafi merupakan tiga orang kanak-kanak yang popular sekelip mata kerana memiliki kecerdasan luar biasa ini! Tahukah anda tentang 9 jenis teori kecerdasan?

Baru-baru ini, media cetak dan media sosial dibanjiri dengan kisah viral murid sekolah yang memiliki kepintaran berbeza. Kepintaran yang dimiliki ketiga-tiga kanak-kanak tersebut sebenarnya membuktikan tentang Teori Kecerdasan atau Multiple Intelligence yang diperkenalkan oleh Howard Gardner. 

Hana Aishah, Syukor Khamis dan Umar Wafi merupakan tiga orang kanak-kanak yang popular sekelip mata kerana memiliki kecerdasan dan kepintaran berbeza dalam bidang yang mereka diminati.

Dalam pendedahannya tentang Teori Kecerdasan itu, Howard Gardner membahagikan kepintaran kepada sembilan kategori. Ia sekaligus membuatkan individu yang menggalas kepintaran dalam teori tersebut dilihat bijak dan cerdas dalam bidang yang berlainan. 

Contoh 9 teori kecerdasan yang diperkenalkan adalah:

9 teori kecerdasan yang dimiliki tiga murid sekolah hingga viral 

1) Kecerdasan Linguistik   

teori kecerdasan, kecerdasan, kecerdasan anak, kecerdasan kanak-kanak, anak cerdas, kategori kecerdasan anak, kategori kanak-kanak cerdas, kecerdasan si kecil, kecerdasan si manja

Kredit : Channel Utama

Hana Aishah atau nama  glamour Aishah London telah menarik perhatian ramai orang apabila petah berbahasa Inggeris ketika ditemubual oleh wartawan di hari pertama persekolahan 2019.

teori kecerdasan, kecerdasan, kecerdasan anak, kecerdasan kanak-kanak, anak cerdas, kategori kecerdasan anak, kategori kanak-kanak cerdas, kecerdasan si kecil, kecerdasan si manja

Atas sebab itu juga, dia dijemput ke stesen radio dan tv untuk ditemubual dan berupaya berbicara dengan fasih! 

Maka dia memiliki Kecerdasan Linguistik iaitu dapat menguasai bahasa dengan cepat, mudah dan efektif. Individu yang memiliki kecerdasan linguistik juga memiliki kecerdasan interpersonal kerana sangat yakin bertutur dengan orang sekeliling. 

2) Kecerdasan Interpersonal 

Anak yang memiliki kecerdasan ini mudah berinteraksi dengan orang sekeliling. Dia juga sensitif terhadap perasaan, emosi, tabiat, harapan dan keperluan orang lain. Apa yang menarik lagi, dia mempunyai ramai teman dan disayangi ramai orang. Selain berjiwa pemimpin. 

3) Kecerdasan Naturalis 

teori kecerdasan, kecerdasan, kecerdasan anak, kecerdasan kanak-kanak, anak cerdas, kategori kecerdasan anak, kategori kanak-kanak cerdas, kecerdasan si kecil, kecerdasan si manja

Lain pula kisahnya buat kanak-kanak ini! Walaupun pada mulanya, Syukor Khamis hanya mengambil gambar sekadar suka-suka, namun tidak disangka foto aksinya bersama kerbau mendapat liputan meluas. 

Menurut jurugambar Nazri Sulaiman, adik Syukor Khamis mempunyai hubungan mesra dan mampu bergurau dengan haiwan peliharaan bapanya seperti kerbau, lembu, kambing, angsa, burung dan lain-lain. 

Maka, di sini dia memiliki Kecerdasan Naturalis yang mudah berinteraksi dengan alam.

4) Kecerdasan Logikal Matematik 

teori kecerdasan, kecerdasan, kecerdasan anak, kecerdasan kanak-kanak, anak cerdas, kategori kecerdasan anak, kategori kanak-kanak cerdas, kecerdasan si kecil, kecerdasan si manja

Nama adik Umar Wafi tiba-tiba meledak di laman sosial Facebook apabila beliau berjaya mencipta alat notifikasi anti buli yang boleh digunakan di sekolah.

Fungsinya adalah guru boleh dapat notifikasi di telefon mereka jika ada pelajar dibuli. Inovasi yang diciptakan ini memenangi anugerah STEM di peringkat nasional dan antarabangsa! 

Adik Umar adalah contoh kanak-kanak yang mempunyai Kecerdasan Logikal Matematik yang ada kaitan dengan strategi, penaakulan, matematik, sains dan teknologi. 

5) Kecerdasan Muzik 

teori kecerdasan, kecerdasan, kecerdasan anak, kecerdasan kanak-kanak, anak cerdas, kategori kecerdasan anak, kategori kanak-kanak cerdas, kecerdasan si kecil, kecerdasan si manja

Kredit : Pama

Kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini sensitif pada suara dan bunyi sama ada yang dihasilkan atau dari alam. Malah, dia faham bagaimana muzik dihasilkan dengan memahami tone, rhythm dan pitch sesebuah muzik. Dia juga cenderung untuk menggubah lagu, bernyanyi, menghasilkan nada dan sebagainya. 

6) Kecerdasan Badan-Kinestitik 

Anak yang memiliki kecerdasan ini cenderung kepada aktiviti bersifat fizikal seperti bersukan, tari, seni, kraf dan kemahiran motor halus.

7) Kecerdasan Visual Ruang 

Kanak-kanak dengan teori kecerdasan ini mahir menggambarkan sesuatu dalam bentuk lukisan dan fotografi. Dia mempunyai imaginasi yang sangat tinggi dalam kotak minda dan fikirannya. Dia juga sangat handal membaca peta dan boleh menyusun objek dalam sesuatu ruang. 

8) Kecerdasan Spiritual Eksistensial 

Bijak membicarakan tentang kehidupan, kematian, kejadian alam dan manusia. Dia juga terbuka untuk meneroka dan membincangan tentang amalan yang dianuti. 

9) Kecerdasan Intrapersonal 

teori kecerdasan, kecerdasan, kecerdasan anak, kecerdasan kanak-kanak, anak cerdas, kategori kecerdasan anak, kategori kanak-kanak cerdas, kecerdasan si kecil, kecerdasan si manja

Kanak-kanak yang memiliki kelebihan ini betul-betul kenal siapa dirinya. Dia tahu kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya sendiri. Juga ada matlamat dan bermotivasi tinggi untuk mencapai sesuatu wawasan yang diimpikan selama ini. 

Ha… jadi, jom lihat anak-anak kita. Adakah mereka ada salah satu dari teori kecerdasan ini? Jika ada, galakkan mereka untuk meneroka lagi apa yang mereka minat, bersesuaian dengan kaedah pembelajaran mereka.

Semoga anak anda membesar dengan bijak dan berjaya! Semoga info ini bermanfaat dan jangan lupa follow theAsianparent Malaysia untuk mengetahui pelbagai lagi info keibubapaan yang penting dan berguna.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: Parent Connect 

Baca juga:

https://my.theasianparent.commakanan-untuk-kecerdasan-otak-bayi/

Stories Rakan Kongsi
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kids
  • /
  • Tiga Kanak-Kanak Ini "Glamour Sekelip Mata" Lepas Miliki Antara 9 Kecerdikan Luar Biasa!
Kongsikan:
  • Anak Tak Duduk Diam, Suka Berlari & Melompat, Sebenarnya Miliki Kecerdasan Kinestetik Yang Tinggi

    Anak Tak Duduk Diam, Suka Berlari & Melompat, Sebenarnya Miliki Kecerdasan Kinestetik Yang Tinggi

  • Pupuk Anak Cerdas Dan Bijak! Ini 6 Cara Tingkatkan Kecerdasan Si Manja Anda

    Pupuk Anak Cerdas Dan Bijak! Ini 6 Cara Tingkatkan Kecerdasan Si Manja Anda

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.