Muat Turun Aplikasi Kehamilan Terbaik Ini Dan Ikuti Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Setiap Minggu

Aplikasi kehamilan terbaik untuk ibu ayah ikuti perkembangan bayi setiap hari, dengan fungsi tambahan pregnancy tracker, kicking tracker dan ruang nota peribadi ibu sepanjang tempoh hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum ini, aplikasi kehamilan bukanlah satu aplikasi yang mendapat perhatian ramai. Ramai pasangan yang masih menggunakan buku dan laman web untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan bayi dalam kandungan.

Kadang kala untuk mencari maklumat tentang cara untuk mengira baby kicks sahaja pun ibu perlu ambil masa hampir sejam mencari maklumat secara online.

Tetapi kini, semakin banyak app developer dan organisasi yang sudah menyedari kepentingan aplikasi kehamilan untuk ibu ayah yang sentiasa ingin tahu tentang perkembangan bayi dalam kandungan serta isu lain mengenai penjagaan dan kesihatan ibu hamil.

Aplikasi Kehamilan Penting Untuk Ibu Ayah Ikuti Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Setiap Minggu

Kredit gambar: Fifteen Design

Kami di theAsianparent juga adalah parents seperti anda, dan kami sentiasa menganggap kehamilan ini adalah salah satu perkara terindah dalam kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

Sama ada ibu ayah sedang menanti kelahiran anak pertama atau ke empat, debaran itu sentiasa ada. Ini adalah kerana, setiap pengalaman mengandung dan melahirkan itu semestinya berbeza. 

1. Tambah pengetahuan, bantu ibu rasa lebih yakin dan selesa  

Sepanjang tempoh 40 minggu mengandung ini, pelbagai perubahan akan berlaku pada diri ibu dan juga bayi dalam kandungan. Dan perubahan pada diri ibu bukan sahaja dari segi fizikal badan, tetapi juga emosi dan mental. 

Dengan adanya aplikasi kehamilan dalam telefon bimbit, ibu dapat membuat semakan tentang perubahan yang dirasai oleh ibu. Ruang forum untuk ibu berkongsi pengalaman dan bersoal jawab juga banyak membantu ibu dalam membuat persediaan sementara menunggu kelahiran bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Ketahui perkembangan terkini janin setiap minggu

Selain itu, sepanjang tempoh yang sama, bayi dalam kandungan juga sedang membesar dan sentiasa berubah. Semestinya setiap hari ibu ayah terfikir, apakah agaknya perkembangan terkini bayi dalam kandungan. Bagaimana daripada segumpal darah sehingga menjadi bayi dengan ciri fizikal lengkap?

Aplikasi kehamilan akan menjawab persoalan yang bermain di fikiran ibu ayah ini dengan memberikan perkembangan bayi dalam kandungan setiap minggu, menurut hasil kajian yang boleh dipercayai. 

Untuk mula menggunakan aplikasi penghitung kehamilan, ibu ayah hanya perlu memasukkan EDD yang diberikan oleh doktor ke dalam aplikasi - dan mungkin sedikit butiran peribadi ibu untuk kandungan yang lebih personalised.

5 Aplikasi Kehamilan Yang Semua Ibu Ayah Wajib Muat Turun Untuk Tahu Perkembangan Bayi

Seperti berjuta aplikasi yang direka khas untuk memudahkan pengguna, aplikasi kehamilan juga direka bertujuan untuk memudahkan expecting parents untuk mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan sejak dari minggu pertama hamil sehingga bersalin. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi membantu ibu ayah membuat pilihan, kami telah study 6 aplikasi kehamilan terbaik untuk ibu ayah muat turun dengan ciri seperti kalendar perkembangan bayi mingguan, ruang soal jawab, nota tambahan untuk ibu dan macam-macam lagi.

theAsianparent

Aplikasi kehamilan terbaik untuk bayi dan keibubapaan tempatan terbesar

theAsianparent adalah laman web berkonsepkan majalah digital yang berkisar tentang keibubapaan, kehamilan, perkembangan bayi dan kanak-kanak serta topik gaya hidup lain yang berkaitan.

Setakat hari ini, theAsianparent giat membantu ibu ayah dalam mewujudkan keluarga harmoni di 12 negara, dan sangat aktif berkongsi local content yang terkini dengan para pembaca di setiap negara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain laman web, theAsianparent juga datang dalam versi aplikasi yang boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit yang memberi fokus kepada kehamilan, perkembangan bayi dan keibubapaan. 

Fungsi paling utama yang ada dalam aplikasi ini adalah baby tracker yang akan memberikan perkembangan janin dalam kandungan setiap minggu berdasarkan EDD yang dimasukkan oleh ibu ke dalam aplikasi itu.

Kick counter fungsi tambahan theAsianparent untuk bantu ibu lebih alert dengan pergerakan bayi

Tambahan lagi, aplikasi ini juga mempunyai fungsi kick counter untuk bantu ibu membuat kiraan pergerakan bayi setiap hari, terutama sekali setelah memasuki trimester ketiga. Kiraan jumlah pergerakan bayi adalah penting kerana ia boleh mengelakkan daripada berlakunya still birth

Melalui fungsi ini, ibu boleh memilih 9 jenis pergerakan yang dirasai untuk direkodkan ke dalam aplikasi. Kemudian, data yang dimasukkan akan ditukarkan terus ke dalam bentuk laporan dan graf. Maklumat ini boleh dijadikan rujukan ibu sendiri, dan juga untuk dikongsikan dengan doktor. 

Setelah bersalin, aplikasi ini masih tetap relevan untuk ibu ayah gunakan kerana ia juga mempunyai pelbagai informasi berkenaan milestones bayi dan pelbagai topik keibubapaan lain. Ibu ayah hanya perlu masukkan tarikh kelahiran dan baby tracker tadi akan terus memberikan update kepada ibu ayah tentang perkembangan bayi itu mengikut bulan dan minggu, serta berkongsi milestone kanak-kanak sehingga usia 6 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keunikan dan kelebihan aplikasi ini:

  1. Mempunyai Tracker Bayi dan Tracker Kehamilan dan setiap anak akan mempunyai personalised content mengikut umur anak atau janin. 
  2. Aplikasi ini mempunyai pilihan Bahasa Melayu serta menggunakan contoh dan kisah yang berlaku di dalam komuniti setempat. 
  3. Fungsi peringatan untuk ibu rekod pergerakan bayi dan posisi tidur mengiring untuk mengelakkan daripada berlakunya still birth.

BabyCentre

Aplikasi kehamilan terbaik untuk tahun pertama kelahiran bayi

Setiap kehamilan adalah berbeza dan aplikasi BabyCentre ini berperanan sebagai one-stop-centre untuk ibu dapatkan segala informasi berkaitan kehamilan dan perkembangan bayi dalam kandungan. 

Yang penting sekali, setiap maklumat dan artikel kesihatan yang dikongsikan di dalam aplikasi kehamilan BabyCentre ini telah disemak terlebih dahulu oleh Medical Advisory Board BabyCentre sendiri sebelum ia diterbitkan.

Jadi untuk first time parents, anda boleh jadikan informasi dalam aplikasi ini sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, aplikasi BabyCentre ini juga mempunyai ruangan khas untuk pasangan yang sedang cuba untuk hamil - TTC. Di dalam ruangan ini, TTC boleh mendapat akses kepada fungsi kalkulator kesuburan dan maklumat berkaitan cuba untuk hamil seperti tentang IVF, matured pregnancy, keguguran dan sebagainya. 

Keunikan dan kelebihan aplikasi ini:

  1. Mempunyai koleksi video perkembangan bayi dalam rahim dan perubahan yang berlaku pada ibu sepanjang tempoh mengandung.
  2. Komuniti ibu ayah aktif berbincang dan menjawab soalan ibu ayah lain berdasarkan pengetahuan dan pengalaman masing-masing.
  3. Datang dengan fungsi tambahan untuk ibu rekod pergerakan bayi setiap hari dan kontraksi yang dirasai apabila sudah semakin hampir dengan EDD. 

Ovia Pregnancy Tracker

Aplikasi kehamilan terbaik dengan kalendar temujanji doktor

Ovia Pregnancy Tracker adalah aplikasi penghitung kehamilan yang datang dengan fungsi utama untuk bantu ibu ayah memantau perkembangan bayi dalam kandungan dan countdown hari kelahiran cahaya mata kesayangan.

Yang paling menarik dengan aplikasi ini ialah saiz bayi dalam kandungan setiap minggu akan dibandingkan dengan saiz buah-buahan.

Dengan perbandingan bijak ini, lebih mudah untuk ibu ayah bayangkan saiz buah hati mereka setiap minggu. Semestinya, gambar rajah mingguan juga datang dengan penerangan mengenai perkembangan bayi tersebut.

Pengguna aplikasi Ovia Pregnancy Tracker juga rata-rata mengatakan fungsi kegemaran mereka dalam aplikasi ini adalah kalendar temujanji doktor dimana ibu dapat keep track dengan temujanji doktor berkala mereka dengan mudah.

Aplikasi ini juga mempunyai fungsi yang membenarkan ibu untuk menyimpan nota atau rekod kesihatan sendiri setiap hari.

Keunikan dan kelebihan aplikasi kehamilan ini:

  1. Mempunyai beribu artikel berkaitan kehamilan, kelahiran, keibubapaan dan kekeluargaan yang penting untuk pengetahuan ibu bapa. 
  2. Aplikasi yang fokus kepada keadaan ibu dan bayi dalam kandungan secara menyeluruh.
  3. Ibu boleh mendapat jawapan yang disokong oleh fakta klinikal mengenai masalah kesihatan yang dilalui semasa hamil dalam aplikasi ini.

Pregnancy+

Aplikasi kehamilan terbaik dengan ilustrasi 3D

Dengan rating 4.8 bintang dan jumlah muat turun sebanyak lebih 10 juta, semestinya app kehamilan ini mempunyai pelbagai fungsi menarik dan dianggap boleh dipercayai.

Aplikasi ini akan memaparkan perkembangan janin setiap hari dan perbandingan saiz janin setiap minggu dengan menggunakan visual 3D yang nampak seakan benar. 

App kehamilan ini juga mempunyai fungsi tambahan lain untuk memudahkan ibu iaitu kick counter. Fungsi ini digunakan untuk ibu catat pergerakan harian bayi. Yang paling best, app ini juga mempunyai ruang galeri gambar untuk ibu muat naik gambar baby bump setiap bulan!

Selain itu pengguna app akan dapat akses kepada artikel secara mingguan dan kebanyakkan artikel di dalam aplikasi ini adalah sangat educational, bukan sekadar rencana biasa. Jadi, ini semestinya sumber maklumat yang terbaik untuk pasangan yang pertama kali hamil dan mempunyai 1001 persoalan yang bermain di fikiran. 

Keunikan dan kelebihan aplikasi ini:

  1. Mempunyai aplikasi sambungan selepas bersalin iaitu Baby+ dengan interface hampir sama, mudah untuk ibu biasakan diri.
  2. Ibu boleh memilih visual 3D muka bayi yang dipaparkan mengikut kesukaan ibu atau bagaimana ibu bayangkan muka bayi dalam kandungan.
  3. Datang dengan pelbagai peringatan dan senarai semak yang dipaparkan dalam bentuk garis masa, bukan seperti kalendar biasa

Pregnancy Tracker & Baby WTE App

Aplikasi kehamilan terbaik untuk newborn


Aplikasi untuk ibu hamil ini mempunyai pelbagai fungsi menarik untuk pasangan gunakan sepanjang tempoh hamil. Seksyen khas untuk bacaan harian dilengkapkan dengan pelbagai jenis artikel berkaitan perkembangan janin, kesihatan ibu hamil dan kekeluargaan.

Di ruangan Tools pula, terdapat enam lagi fungsi seperti Ovulation Calculator, Due Date Calculator, Registry Builder, Baby Products, Recipes dan Baby Feeding Tracker. Fungsi-fungsi ini ibu boleh gunakan sebelum hamil, semasa hamil, dan selepas bersalin.

Sesuai dengan tagline aplikasi ini, ia sememangnya menyiapkan ibu tentang what to expect sepanjang tempoh hamil.

Lagi satu ciri menarik aplikasi untuk ibu hamil ini ialah ia mempunyai komuniti ibu ayah yang sangat luas dah aktif. Kategori dalam ruang komuniti juga dibahagikan mengikut topik paling popular dan negara.

Keunikan dan kelebihan aplikasi ini:

  1. Ruang cadangan bahan bacaan seperti tips dan informasi penting yang personalised mengikut kesesuaian peringkat mengandung ibu.
  2. Mempunyai ruang peringatan untuk pemeriksaan kesihatan yang harus ibu ambil, dan maklumat lengkap tentang what to expect semasa pemeriksaan dijalankan.
  3. Tracker perkembangan janin dalam pelbagai versi, saiz janin yang dibandingkan dengan saiz benda lain dan bayangan saiz janin di dalam badan ibu (warna kulit boleh ditukar mengikut kesesuaian).

Perbandingan Harga Aplikasi Kehamilan

Nama 

Harga 

Platform

theAsianparent

Percuma

App Store dan Play Store

BabyCentre

Ovia Pregnancy Tracker

Pregnancy+

Pregnancy Tracker & Baby App

Kami cadangkan ibu ayah dan TTC couple untuk menggunakan bantuan aplikasi penghitung kehamilan dari awal lagi. Dengan cara ini, anda sentiasa tahu apa yang sedang berlaku dengan bayi dan tubuh ibu.

Selamat menikmati 9 bulan yang penuh makna, ibu ayah!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Mencegah Kehamilan Selepas Bersetubuh, Tak Semestinya Ambil Pil Perancang Saja!

Baca juga: Koleksi Menu Ibu Mengandung Yang Sedap & Berkhasiat, Baik Untuk Perkembangan Janin

Baca juga: Cara Kira Pergerakan Janin Tidak Semestinya Bermula 9 Pagi, Doktor Ajar Cara Yang Betul

Penulis

Najibah