Aplikasi media sosial yang tumbuh bagai cendawan kini bukan hanya digunakan untuk bersuka ria saja, tetapi ada baiknya jika ia digunakan untuk menyebarkan kebaikan kepada orang lain.
Jika dilihat daripada sudut positif, banyak sebenarnya kebaikan media sosial ini jika kita gunakannya dengan sebaik mungkin.
Seperti perkongsian yang dibuat seorang lelaki di aplikasi media sosial TikTok, beliau telah berkongsi rutin hariannya menjaga bapanya yang uzur di laman Tiktok.
Aplikasi media sosial diguna sebar inspirasi
Ternyata, perkongsian lelaki dari Indonesia itu mendapat pujian netizen kerana ia memberi inspirasi kepada orang lain untuk sentiasa berbuat baik dan berbakti dengan ibu bapa tercinta.
Dia yang dilihat sangat mengambil berat mengenai kebajikan lelaki yang dipercayai bapanya menguruskan lelaki uzur berkenaan dengan sangat prihatin.
Pemuda yang menggunakan nama Kang Gojol di TikTok itu berkongsi bagaimana dia memastikan bapanya bersih dengan mengelap bahagian tangan, mata dan seluruh muka selain menggunting serta mencukur janggut.
Melihat bagaimana lembut dan telitinya dia merapikan bapanya mampu menimbulkan rasa sebak di hati sesiapa saja yang menonton perkongsian itu.
Ternyata, laman TikTok bukan hanya untuk dibuat bagi tujuan bersuka ria saja, tetapi ibarat diari kenangan beliau bersama bapanya jika ditakdirkn bapanya pergi dahulu nanti.
Perkongsian seperti ini yang memberi inspirasi kepada netizen sangat dialu-alukan kerana ia membuka mata ramai orang bahawa kita mungkin terlalu leka mengejar dunia hingga kadang kala terlupa ibu bapa.
Layan ibu bapa dengan baik, mereka punca syurga kita
Banyak antara kita yang mungkin masih tidak tahu bagaimana untuk menjaga hati ibu bapa. Sudah berapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka?
Jangan kerana kesibukan, kepayahan dan hidup yang semakin lama semakin menghakis rasa sayang kita kepada mereka.
Jika masih tak tahu, belajar cara jaga hati mereka. Bila sudah terbiasa akan menjadi amalan bukan saja untuk diri sendiri tetapi generasi kita seterusnya.
#1. Sentiasa hormat dalam apa juga emosi
Bersikap hormat dalam keadaan apa juga emosi sekali pun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa.
Tetap tenang dan bijak menjaga emosi dengan baik, merendahkan suara dan menggunakan perkataan yang baik walaupun ketika hati sedang panas membara. Tak rugi pun.
#2. Jangan membantah apabila ada pendapat yang berbeza
Sampaikan pendapat dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman sekaligus membuatkan ruang perbezaan semakin luas.
Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.
#3. Jangan meninggi suara
Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan meninggikan suara, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa.
Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan sebaik mungkin.
#4. Jangan pernah memarahi
Jangan sesekali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Ia sangat penting untuk kita jaga. Jangan sesekali membentak mereka walaupun merasakan mereka di pihak yang salah.
Kita tidak dilahirkan pada era yang sama, jadi raikan perbezaan pendapat
#5. Membantu tanpa diminta
Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat lain, tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu. Tidak salah ringan tulang dengan ibu bapa sendirikan? Langsung tidak merugikan.
#6. Jangan berleter kepada ibu bapa
Apabila mahu memberi pandangan atau ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah memberikan dengan sopan dan berhikmah.
Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkana cinta dan sayang dari kita.
#7. Belajar beralah
Jika ada perkara yang tidak puas hati, walaupun mereka di pihak yang salah belajar beralah selagi perkara itu boleh diselesaikan dan bukan berkaitan perkara serius seperti mempunyai kaitan dengan undang-undang.
Bukan rugi pun beralah, mereka dah selalu beralah dengan kita sejak kecil lagi!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Lobak Merah
Baca juga:
Anak Akan Ikut Perangai Ibu Ayah, Sebab Itulah Kena Selalu Tunjuk Contoh Yang Baik