7 artis yang melahirkan anak kembar, comel-comel semuanya, jom lihat!

Bahagianya pasangan selebriti ini yang mempunyai anak kembar. Jom intai gambar anak kembar mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seronoknya bila melahirkan bayi comel dan sihat belaka. Buat anda yang mengidam bayi kembar, jom cuci mata melihat kecomelan artis lahir kembar ini!

Anda pasti akan teringin nak ada bayi kembar juga selepas ini, kan? 😀 

7 artis lahir kembar : Semuanya kelihatan sihat dan comel belaka! 

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina 

Datuk Dr. Sheikh Muszhapar Shukor, angkasan pertama negara memiliki cahaya mata ketiga iaitu kembar yang diberi nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Anak kembar ini dilahirkan pada 27 Julai, tahun lalu.

Rata-rata peminat Dr. Sheikh Muszaphar memuji kecomelan kedua-duanya. Terutama apabila Dr. Sheikh berkongsi di laman Instagram berkaitan perkembangan kedua-dua anaknya itu.

Wah! seronoknya lihat kegembiraan yang terpancar di wajah keluarga bahagia ini.  

Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelakon terkenal, Datin Paduka Eina Azman semakin menerima ramai followers di Instagram miliknya. Rata-rata yang mengikutinya di situ teruja melihat bayi kembar Eina Azman ini.

Malah, bayi kembar dia semakin  bijak dan comel.

Bahkan, telatah comel bayi kembar Eina Azman ini mencuit hati peminatnya dan sering mendapat likes dan komen yang banyak. 

Untungnya Eina Azman kerana miliki cahaya mata kembar, sepasang pula itu! Siapa yang tak nak kan? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fad Bocey dan Sheera, Pelakon dan pelawak 

Pelakon dan pelawak terkenal, Fad Bocey merupakan ahli kumpulan lawak Bocey yang popular di kaca TV. Wajahnya sering menghiasi skrin televisyen anda.

Tambahan pula, dia memiliki cahaya mata kembar yang diberi nama Favian Adrazin Hayyan manakala adiknya Favian Adrazin Zayyan. Sedapnya nama anak-anak Fad ini, kan?

Gelagat mereka juga mencuit hati sesiapa yang memandang. Kini, keluarga Fad semakin besar dengan kelahiran puteri sulung. Tahniah Fad Bocey! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Farahanim Razak dan Dr Arif, pengacara TV

Farahanim Razak dikenali sebagai pengacara TV islamik, Tv Al-Hijrah. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan seorang model muslimah.

Lihat saja, wajah comel dan putih gebu bayi kembar dia,  benar-benar persis ibundanya kan. Semoga anak Farah terus sihat dan cergas ya! Tahniah kami ucapkan. 

Zizie Ezette dan Datuk Seri Bung Mokhtar, pelakon dan ahli politik 

Siapa tak kenal Zizie Ezette, kakak kepada pelakon popular, Shaheizy Sam. Dia juga merupakan seorang pelakon hebat yang sering berada di layar skrin tv anda.

Jangan tak sangka, Zizie juga memiliki bayi lelaki kembar. Tengok tu rupa anak-anaknya persis papa merekalah, Datuk Seri Bung Mokhtar yang popular di kalangan ahli politik. Wah, wah seronoknya tengok keluarga bahagia ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sazzy Falak dan Nazril Idrus, Pelakon Pengacara 

Artis lahir kembar seterusnya adalah Sazzy Falak dan Nazril Idrus, kedua-duanya pelakon dan pengacara. Melihat telatah dan lincah Sazzy Falak dalam kaca tv siapa sangka dia juga ada bayi kembar yang kini sudah semakin besar, pintar dan lincah.

Kedua-duanya iras-iras Sazzy dan suami. Diberi nama,  Iman Lilly dan Tiara Rose. Sedapkan nama mereka? 

Nurul Syuhada Nurul Ain dan Raja Amir, pengacara TV 

Nama Nurul Syuhada Nurul Ain cukup popular di TV3 menerusi segmen Majalah 3 dan Malaysia Hari Ini. Namun kini, selepas berkahwin dan memilik cahaya mata kembar, dia memperlahankan kariernya demi keluarga tercinta.

Tapi sekarang dia kembali mengacara sebuah rancangan di Astro Oasis. Ha! tengok wajah anaknya comel kan? Anak kembarnya merupakan kembar berlainan jantina, yakni seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, anak kembarnya salin tak tumpah wajah Nurul Syuhada dan suami. Orang kata mewarisi kehenseman dan kecantikan ibu bapa.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto kredit: Instagram 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/bersalin-bayi-kembar-normal