Senarai Artis Malaysia Yang Wajar Digelar 'Superdad', Hebat Didik & Melayan Anak-Anak

Artis Malaysia ini layak dipanggil 'superdad' sebab mereka boleh dijadikan contoh ayah yang baik, sanggup bersama dan layan kerenah anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bercakap tentang artis Malaysia, rata-rata daripada mereka turut memiliki 'skill' tersendiri dalam mendidik anak mereka.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Senarai artis Malaysia yang dianggap 'Superdad', sentiasa ada waktu untuk bersama keluarga

Jangan terkejut jika dalam kesibukan jadual mereka, shooting sana sini pun masih mempunyai masa berkualiti untuk diluangkan bersama anak-anak

Senarai artis Malaysia yang dianggap 'Superdad', sentiasa ada waktu bersama keluarga

Di sini kami akan senarai beberapa selebriti Malaysia yang terbukti mampu melayan kerenah anak-anak walaupun tidak mempunyai masa yang banyak dek tanggungjawab lain. Antaranya adalah:

#1. Selebriti Malaysia: Aeril Zafrel

Menerusi perkongsian Aeril Zafrel yang merupakan suami kepada Wawa Zainal, dia dilihat sanggup bertukar menjadi 'mermaid' untuk memenuhi permintaan anak perempuannya.

Apa yang lebih menghiburkan hati, menerusi ruangan kapsyen Aeril menulis, "Akhirnya, permintaan Hayla nak jadi mermaid ayah tunaikan."

Lawak sungguh, gambar di bawah menunjukkan dia yang ter'over' dari anak.

#2. Selebriti Malaysia yang wajar digelar superdad: Johan Raja Lawak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelawak terkenal, Johan juga layak diberikan title 'Superdad' ini selepas dia dilihat sentiasa mengutamakan didikan agama sebagai aktiviti keluarga.

Keluarganya dilihat sering solat berjemaah, mengaji dan mempelajari ilmu Tauhid bersama-sama.

Johan atau nama sebenar Mohd Yazid Lim Mohammad Aziz itu menyatakan dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dalam memastikan ilmu agama diterapkan dalam kehidupan setiap anaknya.

“Anak-anak saya semua belajar di sekolah antarabangsa, kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka.

“Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar. Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” jelas Johan.

#3. Selebriti Malaysia: Sharnaaz Ahmad

Sering memuat naik video bersama di Instagram, gelagat anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden yang kini boleh bercakap telah menghiburkan para peminat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini Sharnaaz meluahkan rasa sebak ketika menghantar anaknya ‘Children’s Discovery House’.

Sharnaaz menjelaskan bahawa naluri sebagai bapa mula tersentuh apabila menyedari begitu pantas masa berlalu dan kini anak tunggalnya itu sudah bersekolah.

Sekarang barulah dia mengerti perasaan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.

“Jebat okey, semua okey, cuma bila dalam pukul 11 macam tiu dia dah nak balik. Dia kata dia nak tidur dekat rumah dengan mummy (Nabila).

“Memang terasalah masa sekejap saja masa berjalan. Dulu bila tengok orang komen, sebak hantar anak ke sekolah kita tak faham. Sekarang baru faham.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Rasa dia akan cepat membesar dan akan cari kehidupan sendiri dah selepas ini. Dengan kawan-kawan, dengan awek (teman wanita),” katanya.

#4. Faizal Tahir

Lain orang, lain ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Seperti penyanyi terkenal iaitu Faizal tahir, dia merupakan  insan yang terpilih apabila dikurniakan anak syurga, diberi nama Maryam.

Beliau mengatakan bahawa sejak dalam kandungan lagi Maryam berdepan beberapa komplikasi. Mula-mulanya masalah jantung, kemudian masalah campuran darah dan oksigen tidak cantik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang menyentuh hati para pengikut apabila dia menjelaskan perkara ini di dalam sebuah video yang dimuat naik. Faizal Tahir dilihat begitu positif dalam menerima takdir yang telah ditetapkan kepada dia dan keluarga.

"Memang kena buat pembedahan lepas lahir. Jadi kami kena bersedia dari segi mental, fizikal, dan juga kewangan. Beberapa bulan kemudian scan dan ada masalah lain di mana masalah 'double bubble' dalam perut yang membuatkan dia bermasalah untuk makan kelak.

"Bila kaitkan masalah ini dengan komplikasi jantung dan sebagainya, doktor agak berat nak cakap dan minta kami buat pemeriksaan terperinci. Kemungkinan apabila ada dua komplikasi ini anak kami down sindrom," jelasnya.

Selepas itu, sebulan sebelum due bersalin, doktor telah mengesahkan anaknya itu down sindrom. Faizal redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

#5. Amar Baharain

Umum sedia maklum bahawa anak kedua pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Ayra Aryssa, 2, dijangkiti penyakit Kawasaki beberapa bulan lalu.

Walaupun pelbagai ujian yang menimpa keluarga kecil ini, Amar bagaimanapun tidak berputus asa dan sering memberikan kata-kata semangat buat anak dan isteri.

Malah, dia sentiasa berada di samping keluarganya bagi sama-sama menempuh ujian ini.

"Princess Daddy ni strong. Hari-hari daddy n mommy doa untuk adik semoga Allah angkat sakit yang adik rasa sekarang. Allah sembuhkan segala penyakit dan Allah lindungi adik & abang," tulis Amar menerusi kapsyen di posting Instagram miliknya bertarikh 9 April lalu.

Paling menyentuh hati, Amar meluahkan rasa rindu ingin melihat anaknya itu bermain trampoline di rumah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Inginkan Keluarga Bahagia Bak Selebriti Power Couple Ini? Nah 20 Nasihat Berkesan Untuk Yang Berkahwin!

Baca juga: Inspirasi Nama-Nama Bayi Perempuan Dari Selebriti Malaysia Yang Ibu Ayah Boleh Pilih

Baca juga:  Walaupun Masih Kecil, 9 Anak Selebriti Ini Terima Hadiah Mewah Dari Ibu Ayah Mereka

Penulis

Murns A.