X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Inginkan Keluarga Bahagia Bak Selebriti Power Couple Ini? Nah 20 Nasihat Berkesan Untuk Yang Berkahwin!

5 min bacaan
Inginkan Keluarga Bahagia Bak Selebriti Power Couple Ini? Nah 20 Nasihat Berkesan Untuk Yang Berkahwin!

Setiap yang berkahwin mengidamkan keluarga bahagia selamanya. Nasihat-nasihat ini mungkin membantu rumah tangga anda.

Setiap yang berkahwin mengidamkan keluarga bahagia selamanya. Yalah siapa tak mahu menjadi pasangan bahagia contoh di kalangan rakan-rakan dan keluarga. Memang bukan mudah, tapi ia adalah tidak mustahil.

Jom amalkan 20 prinsip rumah tangga ini jika anda mahukan keluarga bahagia selamanya.

#1. Sentiasa memilih untuk sayangi pasangan anda

Ingat! Cinta itu adalah satu komitmen, bukan sekadar perasaan. Sentiasa sayangi pasangan walaupun pada waktu itu sukar untuk anda bersabar. Tenangkan diri ketika marah jangan berkata apa-apa ketika emosi tidak stabil, percayalah anda akan menyesal!

#2. Sentiasa menjawab panggilan telefon suami/isteri apabila mereka menghubungi anda

Apabila anda di pejabat atau keluar bersama rakan-rakan, sentiasa angkat panggilan pasangan ya! Jangan terlalu asyik dengan berkerja hingga abaikan panggilan pasangan. Dan jika boleh, matikan telefon anda ketika meluangkan masa bersama. 

keluarga bahagia

 

Advertisement

#3. Jadikan aktiviti bersama satu keutamaan

Peruntukkan satu janji temu yang konsisten. Masa adalah ‘modal’ untuk perhubungan. Jadikan masa satu pelaburan dalam rumah tangga anda. Jika suami terlalu sibuk, isteri perlu menegur suami sekali-sekala. Ingatlah para isteri semua, suami ni jenis yang sentiasa perlu diingat. Kadang-kadang bila anda tak cakap, dia ingat anda tak kisah. 

#4. Bergaul dengan rakan-rakan yang positif dalam perkahwinan

Jauhkan diri anda daripada orang yang mudah mempengaruhi emosi anda. Ya dalam ramai-ramai rakan atau kenalan anda memang akan ada seorang yang suka tengok orang lain bergaduh tau. Jadi awas! Jika dia dapat mempengaruhi anda, rumah tangga anda mungkin dalam bahaya. 

#5. Jadikan ketawa itu satu rutin dalam rumah tangga

Kalau dengan kawan-kawan bukan main boleh bergelak bertampar, tapi dengan pasangan? Takkan tahu bermasam muka saja. Kongsi kebahagian bersama, jika anda mendapati sesuatu yang lucu ceritalah kepada pasangan. Jika tiada, cari apa saja alasan untuk anda ketawa bersama barulah keluarga bahagia dengan tawa. Laughter is always the best medicine!

#6. Tiada pemenang dalam perbalahan

Anda berdua adalah satu kumpulan, jadi sama ada anda menang bersama atau kalah bersama. Berkerjasamalah dalam mencari solusi. Jika pasangan jenis yang suka bawa diri kala berbalah, biarlah, mungkin itu caranya untuk bertenang seketika. 

#7. Hubungan di ranjang juga perlu diutamakan

Memanglah hubungan seks bukanlah segalanya dalam rumah tangga, namun agak mustahil untuk mengekalkan rumah tangga yang bahagia tanpa seks. Jika anda mempunyai masalah, sentiasa rujuk kepada kumpulan pakar, banyak tau suplemen atau jamu yang mampu membangkitkan berahi. 

jangan menipu

#8. Ingat, perkahwinan bukan 50/50, tapi perceraian adalah 50/50

Rumah tangga memerlukan 100% usaha. Tiada istilah separuh jalan, kedua-dua pasangan perlu pertaruhkan segalanya. Lainlah perceraian, itu adalah opsyen yang kalau boleh jangan difikirkan langsung. Cuba, cuba dan cuba lagi!

#9. Belajar daripada pasangan lain

Tapi jangan sesekali membandingkan hidup atau perkahwinan anda dengan orang lain. Mana ada keluarga yang tidak mempunyai masalah dan mana wujud pasangan yang tidak bergaduh? Percayalah, percaturan Allah itu cantik sekali. 

#10. Jangan abaikan hubungan rumah tangga anda ketika membesarkan anak-anak

Memang selalu kita dengan pasangan menggunakan anak sebagai ‘sebab’. Tidak kiralah dari segi hubungan seks, pergi berjanji temu atau bergurau senda. Daripada anda kerap mencari alasan untuk tidak mengutamakan pasangan, carilah penyelesaian untuk lebih kerap bersama. Jika tidak, perkahwinan anda entah ke mana, keluarga pun entah ke mana.

#11. Jangan berahsia

Ada benda yang tidak penting mungkin boleh disimpan saja, tapi beringatlah berahsia itu musuh ketat perhubungan! Jadikan berterus terang itu satu perkara biasa. Termasuklah jika anda pernah melakukan kesalahan atau benda itu anda tahu akan membuat pasangan marah. Sesungguhnya apabila anda jujur, pasangan akan lebih memahami anda. 

Stories Rakan Kongsi
Want to Go on a Babymoon? Here are some top experiences you can enjoy
Want to Go on a Babymoon? Here are some top experiences you can enjoy
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Healthy Kids Learn Better and Faster. Follow These Tips To Keep Your Child Healthy
Calling all Hot Wheels fans to Sunway Putra Mall this school holidays
Calling all Hot Wheels fans to Sunway Putra Mall this school holidays

#12. Jangan menipu!

Bila sekali anda menipu, pasangan anda akan sangsi buat selamanya. Tak mahu bukan? Sesungguhnya menipu itu melunturkan kepercayaan, dan kepercayaan adalah asas utama rumah tangga. Padah tau jika menipu ni! Lagi-lagi apabila bila gaduh pasangan akan mengungkit. 

#13. Apabila anda membuat kesilapan, minta maaf secepat mungkin

Anda perlu pantas bertindak! Katakan “sayang, saya minta maaf”. Barulah si dia lembut hati. Ada pasangan mungkin akan mengambil lebih masa untuk memaafkan. Tidak mengapa, janji anda minta maaf cepat!

#14. Apabila pasangan anda buat salah pula janganlah ego untuk memaafkan

Hubungan yang sihat adalah hubungan yang bebas ego, jadi bila si dia memohon maaf, cepat-cepatlah anda memaafkan sesungguh lebih cepat anda perbaiki hungan lebih cepat hubungan anda berkembang.

 

keluarga bahagia

#15. Bersabar antara satu sama lain

Pasangan anda sentiasa menjadi keutamaan dalam jadual anda. Tahu tak Anzalna juga pernah berkongsi salah satu tip untuk rumah tangga bahagia adalah kerana suaminya sentiasa bersabar dengan kerenahnya! Jadi para suami ingat pesanan Anzalna ya!

#16. Jadikan hubungan suami isteri yang patut dicontohi anak-anak kelak

Tak eloklah anak-anak sering melihat anda bergaduh dan bermasam muka sesama sendiri. Sentiasa jadikan persekitaran rumah anda bahagia dan tenang untuk anak-anak. Mesti anda ingin anak-anak anda nanti Berjaya dalam hidup dan perkahwinan bukan? Jadi mula jadi role model sekarang!

#17. Jadi pasangan yang sentiasa menyokong satu sama lain

Nak mengkritik boleh, tapi biarlah berpada-pada, jika pasangan bersedih atau melakukan kesilapan dalam hidupnya, segeralah memujuk. Jika ada keputusan penting perlu dibuat pasangan bantulah dia, berbincang dan capai kata putus. 

#18. Jangan sesekali memburukkan pasangan di sosial media

Dengan platform media sosial sekarang, memang menggoda betul untuk berkongsi semua benda. Tapi memburukkan pasangan tak boleh dikongsi ya, lagi orang mengata nanti. Silap-silap haribulan jika anda berbaik dan mula memuji pula pasangan orang tak percaya pula. 

#19. Sentiasa memakai cincin perkahwinan

Untuk mengingatkan betapa anda berdua so in love dahulu. Ingat tak betapa excited anda berdua cari cincin kahwin dulu? Dan ia juga membantu orang-orang sekeliling tak mendekati kita dengan niat berbeza! 

#20. Bersolat bersama

Allah akan sentiasa bersama pasangan rumah tangga bahagia, lagi-lagi yang sentiasa mengingati Dia bersama. Jadi cari peluang untuk bersolat bersama, terutama sekali waktu subuh dan maghrib. percayalah Allah akan lindungi keluarga anda!

Sumber: Yourtango

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pasangan Yang Selalu Kongsi  Gambar Comel Lebih Bahagia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Inginkan Keluarga Bahagia Bak Selebriti Power Couple Ini? Nah 20 Nasihat Berkesan Untuk Yang Berkahwin!
Kongsikan:
  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham