Artis yang sudah menjadi ibu
Nama mereka bukanlah nama yang asing lagi pada kita, tentu saja, kerana mereka adalah selebriti. Tetapi tahukah anda yang mereka juga adalah artis yang sudah menjadi ibu? Ya, mereka sudah mempunyai anak!
Selama ini kita mungkin tidak tahu tentang status mereka sebagai seorang ibu kerana kita hanya mengenali mereka sebagai seorang selebriti atau pelakon.
Ataupun mereka sendiri sengaja “merahsiakan” kehidupan peribadi mereka dari tontonan umum. Namun, berikut adalah antara selebriti yang menyorokkan status ‘ibu’ mereka…
1. Lucy Liu
Pada Ogos 2015, pelakon filem popular Charlie’s Angels yang berusia 46 tahun ini telah menyambut kelahiran anak sulungnya melalui ibu tumpang.
Dia kelihatan telah memberi penuh kasih sayang untuk anaknya itu dan telah menamakan anaknya dengan nama yang sungguh unik iaitu – Rockwell Lloyd Liu!
Foto dari Pinterest
2. Alicia Keys
Siapa yang tidak kenal dengan artis ini?
Penyanyi dengan suara yang sungguh mengkagumkan ini telah menjadi ibu kepada seorang anak lelaki pada tahun 2010 lalu. Dia dan suaminya, Swizz Beatz telah menamakan anak lelaki mereka Egypt Daoud Dean.
Jarang kita lihat Alicia Keys bergambar dengan anaknya, kan? Sebab itu kita tak tahu artis ini sudah menjadi ibu pun!
Foto dari Pinterest
3. Sofia Vergara
Siapa sangka pelakon dan model yang terkenal ini sudah mempunyai seorang anak lelaki. Dan anaknya itu, Manolo Gonzalez telah berusia lebih 20 tahun!
Anda pasti tak percaya, kan? Ha… bagaimanalah Sofia boleh kekal hot meletup dengan anak yang sudah besar? Aduduh… jealous mak!
Foto dari Pinterest
4. Adele
Penyanyi dan penulis lagu berwarganegara British ini terkenal dengan suaranya yang sungguh mengkagumkan. Dia juga sebenarnya mempunyai seorang anak lelaki comel berusia 3 tahun yang dipanggil Angelo James.
Selama ini, kita tidak mengetahui pun Adele mengandung kerana kandungannya “dilindungi” dengan imej badan besar beliau. Tapi kini selepas beliau selamat bersalin dan anaknya sudah membesar, lihatlah betapa anggunnya Adele ini!
Foto dari Pinterest
5. Celine Dion
Jarang sekali kita melihat Celine Dion bergambar atau membawa anak-anaknya ke majlis rasmi dengan tumpuan kamera. Sedangkan penyanyi berbangsa Kanada ini merupakan ibu kepada tiga orang anak yang amat manis!
Sebenarnya, Celine Dion dan suami berusaha keras untuk memastikan ketiga-tiga anak mereka tidak menjadi tumpuan wartawan. Sebab itulah susah kita nak nampak wajah anak Celine Dion ini!
Foto dari Pinterest
6. Melanie Chisolm
Anda mungkin lebih mengenalinya melalui kumpulan Spice Girls.
Melanie telah menjadi seorang ibu kepada anak perempuan pada tahun 2006. Anaknya itu diberikan nama Scarlet Star. Comel, kan?
Foto dari Pinterest
Semoga perkongsian ini menghiburkan!
Sumber: theAsianParent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Artis K-Pop Rain & Pelakon Kim Tae Hee Selamat Menyambut Cahaya Mata Sulung!