X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

31 Oct, 2017
8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Artis K-Pop sama juga seperti kita. Mereka akan menjumpai cinta hati, berkahwin dan jadi ibu bapa. Antara artis k-pop yang telah jadi ibu bapa adalah...

Artis K-Pop menjadi kegemaran

Pasti ramai sebenarnya di antara kita yang meminati artis k-pop.

Ada yang mengenali mereka dari rancangan realiti televisyen, ada juga dari drama siri atau video muzik.

Pasti anda tahu kegilaan trend artis k-pop di mana status hubungan seseorang artis itu sahaja sudah boleh merosakkan karier disebabkan mereka ada peminat yang sangat obses, kan??

Tapi, mereka juga seperti kita – akan menemui pasangan sejati, berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Jika dulu, artis k-pop hanya akan berkahwin setelah melepasi masa kemuncak, artis kini ada yang memilih untuk mengutamakan kehidupan peribadi berbanding memikirkan karier akan rosak akibat perkahwinan.

Jom kita lihat artis-artis k-pop yang sebenarnya telah jadi ibu bapa dan lihat foto mereka bersama keluarga.

1. g.o.d Park Joon Hyung

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Park Joon Hyung (tengah) bersama ahli kumpulan g.o.d yang lain. Foto ehsan: allkpop.

Park Joon Hyung telah menjadi seorang bapa ketika berusia 48 tahun.

Park Joon Hyung telah mengahwini juniornya yang bukanlah seorang artis pada Jun tahun lalu. 

Setahun kemudian, mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Sejak dari itu, akaun instagram miliknya dipenuhi dengan foto-foto anak perempuannya yang comel itu.

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Foto dari Park Joon Hyung/Instagram

2. S.E.S. Eugene

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Eugene dan Ki Tae Young di dalam drama Creating Destiny. Foto ehsan: crunchyroll

Eugene telah berkahwin dengan bintang drama korea, Ki Tae Young pada 2011 selepas sama-sama bekerjasama untuk drama Creating Destiny.

Anak pertama mereka – Rohee, dilahirkan pada April 2015 telah menjadi perhatian netizen setelah membintangi rancangan The Return of Superman.

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Eugene bersama anaknya Rohee. Foto dari instagram Eugene

3. SECHSKIES Ko Ji Yong

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Ko Ji Yong (tiga dari kanan) bersama ahli kumpulan SECHSKIES yang lain. Foto ehsan: Korea Portal

Seperti Eugene, anak lelaki Ko Ji Yong, Seungjae yang berusia 3 tahun merupakan bintang rancangan The Return of Superman.
 
Keletah Seungjae dalam rancangan tersebut telah menambat hati ramai penonton rancangan itu.
 
Sifat Seungjae yang sungguh manja dengan ayahnya jelas dapat dilihat terutamanya di dalam episod di mana dia bersedih kerana menyangka ayahnya telah menjadi patung dan rosak.
8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Ko Ji Yong yang telah menjadi ayah di usia 33 tahun dan keluarganya. Foto dari instagram Ko Ji Yong

4. S.E.S. Shoo

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Shoo(kanan)dan dua lagi ahli kumpulan S.E.S. Foto ehsan allkpop

Pada tahun 2010, Shoo (ketika itu berusia 29 tahun) telah berkahwin dengan pemain bola keranjang dan dikurniakan anak lelaki yang diberikan nama Im Yoo tidak lama kemudian.

3 tahun selepas itu, Shoo melahirkan anak kembar perempuannya, Rayol dan Rahee pula.

Anak kembarnya yang mirip sekali dengan rupanya amat popular melalui program Oh! My Baby dan The Return of Superman.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Shoo bersama anak kembarnya Rayool dan Rahee. Foto dari akaun instagramnya.

5. Crayon Pop Soyul

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Soyul (tengah) bersama ahli kumpulan Crayon Pop yang lain. Foto ehsan: hello project

Tahun lalu, ahli kumpulan H.O.T Moon Hee Jun telah menggemparkan Korea dengan berita yang dia bakal mengahwini Soyul dari Crayon Pop.

Dan 3 bulan kemudian, mereka memberi berita mengejut lagi tentang bayi mereka yang telah lahir. Namun, pasangan ini belum lagi menunjukkan gambar anak mereka.

Soyul yang telah menjadi ibu di usia 26 tahun itu dikatakan mengalami masalah kemurungan selepas bersalin dan telah mengundur diri dari dunia artis.

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Soyul dan suaminya, Moon Hee Jun. Foto ehsan koreaboo

6. UKISS Eli

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Eli (kiri) bersama ahli kumpulan UKISS yang lain. Foto ehsan JpopAsia

Eli telah menjadi seorang bapa ketika berusia 25 tahun. Pada tahun yang sama Dongho menjadi bapa, Eli juga dikurniakan cahaya mata bernama Minsoo.

Isteri beliau adalah seorang model yang berusia 11 tahun lebih tua pada Eli. Mereka telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada Jun 2014.

Namun, hubungan itu mendapat pengetahuan ramai hanya pada akhir Disember 2015, apabila mereka mengumumkan tentang kehamilan Minsoo. 

Kalau anda nak tengok Minsoo, lihatlah dalam program realiti Men Who Do Housework. 

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Eli mengucapkan selamat hari lahir kepada isterinya melalui akaun instagram miliknya

7. Wonder Girls Sunye

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Sunye bersama ahli Wonder Girls yang lain. Foto ehsan soompi.

Pada November 2012, Sunye telah membuat kejutan dengan mengumumkan yang dia akan berkahwin dengan teman lelakinya yang bukanlah seorang selebriti.

Pada tahun 2013, di usia 24 tahun, Sunye menjadi ibu kepada seorang anak perempuan, Hailey. Dan tahun lalu, keluarga ini bertambah dengan seorang lagi bayi perempuan, Elisha.

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Sunye dan keluarganya. Foto dari akaun instagram miliknya.

8. UKISS Dongho

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Dongho (tengah) bersama ahli UKISS yang lain. Foto ehsan soompi.

Dongho merupakan antara artis yang termuda menjadi seorang bapa – iaitu pada usia 22 tahun!

Banyak spekulasi yang timbul ketika Dongho mengumumkan yang dia akan mengahwini teman wanitanya yang bukan selebriti dan juga lebih tua darinya. 

Namun, sifat kebapaan Dongho dalam menguruskan anaknya berjaya menepis segala spekulasi.

8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa

Keluarga kecil Dongho. Foto ehsan soompi.

Artis-artis k-pop ini kelihatan lebih matang bukan setelah menjadi ibu bapa?

Secara personal, saya rasa menjadi ibu bapa tidak menjatuhkan mereka, malah menaikkan mereka ke satu tahap yang baru.

Seronok melihat gambar-gambar mereka sudah berkeluarga bukan? 🙂

Sumber: toggle

Baca juga:

Artis K-Pop Rain & Pelakon Kim Tae Hee Selamat Menyambut Cahaya Mata Sulung!

5 Cara Berkesan Artis Korea Mendidik Anak Tripletnya Yang Boleh Anda Tiru

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 8 Artis K-Pop Yang Sebenarnya Telah Jadi Ibu Bapa
Kongsikan:
  • Akan berlaku minggu ini: Edisi 3 – 10 Ogos

    Akan berlaku minggu ini: Edisi 3 – 10 Ogos

  • Utamakan Keluarga, Anda Pasti Berjaya

    Utamakan Keluarga, Anda Pasti Berjaya

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.