Risiko Asap Rokok Secondhand Kepada Ibu Mengandung

Pendedahan kepada asap rokok terpakai (secondhand smoke) boleh membahayakan kandungan anda, walaupun anda sendiri tidak merokok. Kesannya lebih jelas kelihatan selepas si kecil dilahirkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita tahu bahawa merokok ketika hamil amat membahayakan kesihatan kepada anda dan bayi dalam kandungan. Kesan lebih buruk sekiranya bayi anda menjadi mangsa oleh tabiat buruk orang lain. Pendedahan terhadap asap rokok terpakai boleh memberi kesan negatif kepada janin yang sedang membesar.

Kajian dan tinjauan telah membuktikan kesan-kesan buruk asap rokok pada tubuh manusia. Ini adalah sebabnya doktor menasihatkan wanita mengandung untuk berhenti merokok, kerana kesan nikotin dan bahan toksik lain yang ada dalam rokok boleh menyebabkan kehilangan kehamilan. 

Dalam beberapa kes, wanita yang berhenti merokok ketika mengandung setelah mempelajari kesan-kesan negatif merokok terhadap kandungan mereka.

Adakalanya, wanita mengandung berhenti merokok kerana tidak gemar akan bau rokok. Pengelakan ini mempengaruhi olfaktori dan gustatori iaitu deria bau dan rasa, menjadi faktor utama.

Namun bagaimana pula dengan wanita mengandung yang mempunyai ahli keluarga atau kawan-kawan yang merokok?

Apa Itu Asap Rokok Terpakai dan Mengapa Ia Berisiko?

Menyedut asap rokok tanpa sengaja dipanggil asap rokok terpakai (secondhand smoke), dan ia juga dikenali sebagai perokok pasif.

Anda dianggap sebagai perokok pasif apabila ada orang merokok di sekeliling anda – sama ada ahli keluarga, kawan-kawan atau kawan sepejabat – yang menyembur asap, anda pula menyedutnya.

Kredit: mirror.co.uk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anda menyedut asap rokok, toksin dalam rokok akan masuk dalam sistem anda, walaupun anda sendiri tidak merokok. 

Asap rokok terpakai menimbulkan risiko kesihatan bagi semua orang termasuk kanak-kanak. Malah orang dewasa juga kadang-kala boleh mengalami masalah kesihatan yang serius. Antara masalah kesihatan orang dewasa hadapi akibat pendedahan terhadap asap rokok termasuk:

  • Penyakit kardiovaskular
  • Strok
  • Kanser paru-paru
  • Masalah pernafasan
  • Masalah pembiakan pada wanita.

Kesan jangka masa pendek pula termasuk batuk, sakit tekak, hidung rasa gatal, mata rasa gatal dan pening kepala.

Kesan jangka masa lama pula ia memekatkan darah. Jadi semua masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah beku boleh terjadi termasuk strok, angina, sakit jantung, aterosklerosis dan kegagalan jantung.

Risiko ini meningkat sehingga 20-30% kepada perokok pasif yang sentiasa terdedah dengan asap rokok.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi dan kanak-kanak pula terdedah kepada masalah kesihatan lebih berisiko akibat pendedahan terhadap asap rokok. Risikonya termasuk masalah pernafasan seperti:

  • Penyakit cecair di tengah telinga (middle ear disease)
  • Jangkitan paru-paru
  • Asma
  • Bronkitis dan pneumonia
  • Sindrom kematian bayi mendadak (SIDS)

Hidu Asap Rokok Semasa Mengandung Membahayakan Janin

Anda mungkin percaya bahawa berhenti merokok atau menjadi seorang yang tidak merokok boleh menyelamatkan bayi anda. Ini tidak benar sama sekali.

Jika anda terhidu asap rokok terpakai, hampir 400 bahan kimia toksik disalurkan dalam darah anda termasuk karsinogen, agen merosakkan DNA serta logam berat.

Bayi anda yang menerima segala nutrisi dan oksigen daripada darah anda melalui plasenta secara automatiknya terdedah kepada toksin-toksin tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan perkembangan badan anak anda juga boleh terjejas secara kekal akibat toksin ini. Risiko-risikonya termasuk:

  • Bayi dilahirkan dengan berat badan berkurangan
  • Keguguran
  • Bayi pramatang
  • Kelahiran mati (stillbirth)
  • Kecacatan kongenital
  • Sindrom Kematian Bayi Mendadak (selepas kelahiran)

Kredit: sciencemag.org

Satu kajian daripada Nottingham Universiti mendedahkan bahawa walaupun masih ada 20-34% risiko kelahiran mati buat ibu mengandung yang merokok, hampir 23% risiko pula pada wanita yang menghidu asap rokok ketika mengandung.

Pada masa yang sama, kecacatan kongenital pada wanita mengandung yang terdedah kepada asap rokok terpakai pula adalah 13% berbanding 10-34% bakal-bakal ibu yang mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian mengemukakan kemungkinan bayi yang terdedah kepada asap rokok terpakai, dilahirkan dengan kecacatan otak, kaki dan testis.

Apa Yang Perlu Dilakukan Tentang Pendedahan Asap Rokok?

Kredit: cdnparenting.com

Anda mesti berhati-hati apabila terhidu bau asap rokok semasa mengandung. Sebagai langkah berjaga-jaga, periksa tahap karbon monoksida ada dengan doktor atau bidan.

Ini memberi anda penjelasan tentang pendedahan asap rokok. Berikut beberapa tip untuk anda ingat:

  • Cuba meminimumkan pendedahan anda terhadap asap rokok
  • Elak ke kawasan yang ada perokok
  • Pilih kenderaan secara bijak dan minta orang tidak merokok berdekatan dengan anda
  • Minta ahli keluarga atau pelawat merokok di luar rumah dan hanya masuk ke dalam selepas mereka selesai
  • Pastikan pintu dan tingkap terbuka jika seorang perokok melawat anda. Elak berdekatan dengan mereka – ini tidak biadap, anda hanya ingin menjaga pembesaran bayi anda.
  • Bincang dengan majikan untuk tukar tempat duduk ke bahagian perudaraan yang baik jika ada perokok di pejabat anda.
  • Bincang dengan doktor dan majikan tentang penggunaan alat pernafasan di pejabat, jika teman sepejabat merokok.
  • Pastikan anda tidak terlalu terdedah kepada sisa rokok sebelum masuk ke dalam rumah.

Ingat, bayi anda akan memerlukan perlindungan daripada asap rokok terpakai walaupun selepas kelahirannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teruskan amalan tidak merokok di sekitar dan di dalam rumah selepas kehadirannya dalam hidup. Dengan cara hidup lebih berjaga-jaga, bayi anda mungkin akan selamat daripada asap rokok terpakai.

Sumber asal ditulis dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Anis Hanini