Asid hyaluronik adalah agen pelembap yang terkenal dengan keupayaannya untuk mengunci kelembapan kulit agar kekal terhidrat lebih lama. Ia sesuai dimasukkan ke dalam rutin penjagaan kulit untuk kulit yang berkilau, gebu dan terhidrat.
Isi Kandungan
Apakah Itu Asid Hyaluronik?
Asid hyaluronik adalah bahan penjagaan kulit yang meningkatkan serta mengekalkan kelembapan untuk kulit yang lembut, licin, dan gebu. Ia memiliki keupayaan luar biasa untuk mengekalkan air sehingga 1,000 kali ganda beratnya, menjadikannya pelembap yang sangat berkesan. Ia bertindak seperti span untuk kulit dengan menarik dan mengekalkan air sekali gus meningkatkan keanjalan.
Mengapa Asid Hyaluronik Penting Dan Peranannya Dalam Penuaan Kulit?
- Meningkatkan dan mengekalkan tahap kelembapan kulit
- Mengurangkan garis-garis halus
- Menambah keanjalan kulit
Apakah Itu Serum Asid Hyaluronik?
Serum asid ini biasanya mengandungi antioksidan yang berfungsi menghidratkan dan mengurangkan penampakan garis halus. Ia melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas untuk kulit yang lebih licin dan berseri.
Formula penjagaan kulit dalam bentuk cecair seperti serum biasanya disokong pelbagai bahan lain seperti ekstrak bunga untuk meningkatkan keanjalan untuk kulit yang kelihatan lebih gebu. Ekstrak buah Kigelia africana antaranya memberikan melicinkan tekstur kulit dana ekstrak kulit mandarin menggalakkan rona kulit sekata biasanya digunakan dalam serum bersekali dengan asid hialuronik.
Adakah Asid Hyaluronik Selamat?
Asid hialuronik ialah bahan penjagaan kulit yang sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya untuk kulit kering. Banyak produk penjagaan kulit yang mengandungi asid hialuronik boleh dimasukkan ke dalam rutin penjagaan kulit.
Cara-Cara Menggunakan Asid Hyaluronik
1.Oral
Asid hialuronik terdapat dalam suplemen diet dan pil. Terdapat juga bentuk cecair yang boleh dicampur dengan air dan diminum.
2.Sapuan Pada Kulit
Ia terdapat dalam pelbagai bentuk yang boleh digunakan pada kulit, termasuk syampu, losyen, krim, gel, patch dan serum. Anda juga boleh membeli serbuk asid hialuronik dan mencampurkannya dengan air untuk menghasilkan serum asid hialuronik yang boleh disapukan pada kulit.
3.Penitis Mata
Terdapat pelbagai jenis ubat penitis mata yang mengandungi asid hialuronik.
4.Hubungan Intim
Asid hialuronik adalah bahan biasa dalam gel, krim, atau pelincir untuk mengurangkan kekeringan atau kesakitan faraj ketika persetubuhan.
5.Suntikan
Suntikan asid hialuronik ke dalam sendi boleh meredakan sakit yang disebabkan oleh arthritis. Ia juga biasa digunakan bersama ubat-ubatan yang diberikan melalui IV.
6.Pernafasan
Dengan inhaler atau nebulizer: Asid hialuronik boleh merawat masalah pernafasan seperti asma atau jangkitan.
Namun, perlu diingat, hanya profesional perubatan yang terlatih dan berkelayakan seharusnya memberi suntikan. Walaupun pakar-pakar menyatakan asid hialuronik selamat, penggunaan yang tidak betul terutamanya dalam bentuk suntikan boleh menyebabkan komplikasi serius atau kematian.
clevelandclinic, fresh
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Rahsia Kulit Cerah & Sihat Dengan Kaedah Semula Jadi, Senang Saja Pun, Jom Cuba!
Baca juga: 6 tip kesihatan kulit agar ibu selalu tampil cantik dan kekal muda
Baca juga: Kulit Kusam dan Berjerawat? Ini Produk Skin Care Buat Ibu Hamil Yang Selamat Untuk Kandungan Anda!