Aurat Lelaki Terdedah Ketika Solat Kerana Baju Terselak Bila Sujud Atau Rukuk, Sah Tak Ibadah?

Aurat lelaki yang terdedah ketika solat disebabkan baju terlalu singkat atau seluar londeh boleh menyebabkan solat jadi tidak sah dan terbatal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, masing-masing perlu menutup aurat ketika solat kerana ia merupakan syarat sah solat. Namun, ramai di antara kita yang masih cuai dan menganggap ia perkara remeh dan tidak penting.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mansur Romli, di mana aurat lelaki yang terdedah ketika solat kerana berpakaian terlalu singkat.

Aurat Lelaki Terdedah Ketika Solat

Beliau menyatakan dengan penuh rasa kesal apabila golongan lelaki bersikap cuai dalam perkara ini kerana rata-ratanya membiarkan aurat mereka terdedah dengan memakai baju singkat dan seluar yang dipakai londeh ketika solat.

“Seluar yang rendah kerana cawat pendek menyebabkan seluar dalam kelihatan dan aurat terdedah.

Gambar ini menunjukkan keadaan ketika lelaki ini duduk, dengan bahagian belakangnya terbuka. Ketika sujud, auratnya pasti lebih terbuka.

Ramai lelaki cuai dalam hal ini, mengakibatkan aurat terbuka ketika solat. Berawaslah,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menutup Aurat Dituntut Dalam Islam

Berdasarkan laman web Mufti Wilayah Persekutuan, umat Islam dituntut untuk menutup aurat ketika hadir ke mana-mana masjid. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ

Maksudnya : Wahai anak Adam pakailah pakaian yang indah (menutup aurat) setiap kali memasuki masjid. Surah Al-A’raaf (31)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menutup aurat adalah syarat sah solat. Jika aurat terdedah semasa solat, wajib segera menutupnya. Jika seseorang lalai dan membiarkan auratnya terbuka tanpa segera menutupnya, solatnya batal dan harus diulang.

Namun, jika dia segera menutup aurat yang terdedah, solatnya tidak batal dan boleh diteruskan. Rujuk Al-Fiqh al-Manhaji & Al-Taqrirat al-Sadidah

Aurat bagi lelaki di dalam solat adalah bahagian di antara pusat dan lutut. Justeru wajib bagi seseorang lelaki itu menutup bahagian ini dengan pakaian yang bersih dari najis di dalam solat yang didirikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya dibiarkan auratnya terdedah dengan sengaja maka solatnya adalah batal.

Oleh itu, penting untuk memastikan pakaian menutup aurat dengan sempurna sepanjang solat. Namun, sekiranya tidak sengaja memakai baju yang singkat, dianjurkan untuk memasukkan baju ke dalam seluar ketika solat supaya aurat sentiasa terjaga ketika rukuk dan sujud di dalam solat.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hukum Solat Tanpa Memakai Pakaian Dalam, Sebenarnya Sah Atau Tidak? Ini Jawapannya

Baca juga: Hukum Bulu Kucing Gugur Melekat Pada Badan, Pakaian Dan Tempat Solat, Solat Sah Atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti

Baca juga: Hukum Solat Selepas Air Ketuban Pecah, Perlu Solat Atau Tidak? Ini Penjelasan Pejabat Mufti

Penulis

Noorhidayah