TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Qada Solat Fardu: Niat Qada Solat Dan Panduan Ganti Solat Fardhu Disebabkan Tertinggal Atau Terlepas Waktu

4 min bacaan
Cara Qada Solat Fardu: Niat Qada Solat Dan Panduan Ganti Solat Fardhu Disebabkan Tertinggal Atau Terlepas Waktu

Niat dan qada solat perlu perlu diibaca di dalam hati sebelum menggantikan solat fardhu yang ditinggalkan sama ada secara sengaja atau tidak

Bagi sesiapa yang pernah meninggalkan waktu solat atau terlepas waktu solat atas sebab tertentu perlu menggantikan solat semula dengan membaca niat qada solat yang betul.

Mungkin perkongsian ini serba sedikit dapat membantu untuk anda memahami dengan jelas.

Isi Kandungan

  • Niat Qada Solat
  • Bila Boleh Qada Solat?
  • Panduan Ganti Solat Fardhu – Qada Solat
  • Cara Qada Solat Jika Terlupa Bilangan Solat Yang Ditinggalkan
  • Qadha Solat Tidak Ikut Tertib Kata Ustaz Azhar Idrus

Niat Qada Solat

Niat qada solat sangat penting untuk membezakan antara niat solat fardhu dan solat qada. Berikut merupakan niat solat qada untuk setiap solat fardu:

Solat Subuh

niat qada solat

 Usolli Fardhos-Subhi Rak’ataini Qadaan Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Zohor

Cara Qada Solat Fardu: Niat Qada Solat Dan Panduan Ganti Solat Fardhu Disebabkan Tertinggal Atau Terlepas Waktu

Usolli Fardhoz-Zuhri Arba’a Raka’atin  Qadaan Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Solat Asar

Cara Qada Solat Fardu: Niat Qada Solat Dan Panduan Ganti Solat Fardhu Disebabkan Tertinggal Atau Terlepas Waktu

Usolli Fardhol Asri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Solat Maghrib

Cara Qada Solat Fardu: Niat Qada Solat Dan Panduan Ganti Solat Fardhu Disebabkan Tertinggal Atau Terlepas Waktu

Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Niat Qada Solat Isyak

niat qada solat

Usolli Fardhol isya’i Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Bila Boleh Qada Solat?

Anda boleh menggantikan solat fardu yang ditinggalkan pada bila-bila masa, termasuk pada waktu yang diharamkan solat.

Sebaiknya, qada solat dilakukan sebelum masuk waktu solat yang sama pada hari berikutnya.

Disunatkan mengerjakan qada solat mengikut tertib. Namun, jika waktu solat yang sedang dilakukan begitu suntuk, wajib mengerjakan solat tersebut terlebih dahulu sebelum qada solat yang tertinggal.

Panduan Ganti Solat Fardhu – Qada Solat

Berikut adalah cara untuk mengerjakan solat qada:

1. Niat

Baca niat di dalam hati mengikut solat fardhu seperti yang dikongsikan di atas.

2. Takbiratul Ihram

Mulakan dengan Takbiratul Ihram dengan mengangkat kedua-dua tangan ke telinga sama.

3. Rukun Solat

Sama seperti solat biasa, buat rukun solat mengikut tertib seperti seperti membaca al-Fatihah, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, dan duduk tasyahhud.

Stories Rakan Kongsi
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Make Laundry Day Easier…. EVERY DAY!
Make Laundry Day Easier…. EVERY DAY!
Money Lessons From Our Parents – And How They Shaped Our Money Parenting Style
Money Lessons From Our Parents – And How They Shaped Our Money Parenting Style
Resilience: Turn childhood experiences into success
Resilience: Turn childhood experiences into success

4. Memberi Salam

Akhiri solat qada dengan memberikan salam.

Cara Qada Solat Jika Terlupa Bilangan Solat Yang Ditinggalkan

Jika terlupa atau tidak pasti berapa banyak solat yang telah ditinggalkan dan perlu diganti, anda boleh qada solat mengikut anggaran berdasarkan ingatan anda sebaik mungkin.

Anda boleh melakukan qada sebanyak yang dirasakan mencukupi untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kewajipan menggantikan solat yang ditinggalkan telah dipenuhi serta mengharapkan amalan ibadah ini diterima.

Qadha Solat Tidak Ikut Tertib Kata Ustaz Azhar Idrus

@haniata89 qada solat. bila waktu yang sesuai qada solat? bagaimana nak qada solat #ceramah #haniata #ustazazharidrus #uai #fypシ #qadasolat #solat ♬ Alhamdulillah – Jahar Haiba & Sugiri Jafar & Reza SN

Soalan: Hukum qadha solat fardu yang kita tinggal itu adalah wajib. Soalan saya adakah wajib juga kita qadha dengan mengikut tertib waktu-waktunya?

Dan adakah wajib diqadha dengan segera?

Jawapan: Tidak disyaratkan untuk qada solat lima waktu yang ditinggalkan mengikut tertib waktunya. Oleh itu, dibenarkan untuk qada pada waktu yang berbeza seperti qada solat Zuhur dalam waktu Asar dan qada solat Maghrib dalam waktu Subuh atau yang seumpamanya.

Wajib qada dengan segera jika solat ditinggalkan tanpa uzur, dan sunat qada dengan segera jika terlepas solat kerana uzur.

Semoga bermanfaat.

eCentral, Facebook Ustaz Azhar Idrus

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

Baca juga: Hukum Solat Tanpa Memakai Pakaian Dalam, Sebenarnya Sah Atau Tidak? Ini Jawapannya

Baca juga: Panduan Solat Taubat Yang Lengkap Dengan Niat Dan Cara Untuk Melakukannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Cara Qada Solat Fardu: Niat Qada Solat Dan Panduan Ganti Solat Fardhu Disebabkan Tertinggal Atau Terlepas Waktu
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham