Bermain dan mandi di kolam mandi sememangnya menyeronoknya bagi anak-anak. Tapi harus diingat, ketika bermain di kolam mandi, anak-anak harus berada dalam pengawasan orang dewasa.
Ambil pengajaran dari kes kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun ini mati lemas ketika berada di kolam mandi!
Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Mandi Ketika Bermain Bersama Rakan-Rakan
Sepasang kembar berusia 12 tahun tengah seronok bermain dengan rakan-rakannya berdekatan kolam mandi di apartment Waterfront Gold, Bedok Reservoir, Singapura.
Namun, tragedi buruk menimpa apabila si abang hilang keseimbangan dan terjatuh di dalam bahagian kolam yang paling dalam. Kanak-kanak tersebut serta-merta tidak sedarkan diri!
Pada Isnin lalu, jam 2.30 petang, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian lalu mangsa dihantar segera ke Hospital Changi.
Menurut Straits Times, pasangan kembar itu sebenarnya ingin mengunjungi rumah datuk mereka. Namun datuk mereka tiada di kawasan kejadian untuk mengawasinya.
Kejadian Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Mandi Apartment Sering Berlaku
Kejadian kanak-kanak lemas di kolam mandi apartment merupakan satu isu yang merisaukan. Laporan KK Women’s and Children’s Hospital pada tahun 2016 mengesahkan setiap tahun, semakin ramai kanak-kanak yang lemas di kolam renang.
Dalam tempoh 5 tahun (2011-2016), 104 kejadian kanak-kanak hampir lemas, dan 10 kes mati lemas. Data ini meningkat dalam tempoh 5 tahun yang sebelumnya di mana hanya 5 kejadian hampir lemas dan 12 kes mati lemas.
Laporan terbaru pula mengesahkan sebahagian besar kes sedemikian melibat kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun, dan hampir keseluruhan berlaku di kolam renang peribadi!
Tips Mengelak Kejadian Lemas Di Kolam Mandi
Memandangkan kejadian lemas semakin kerap terjadi, adalah lebih baik untuk kita sentiasa bersedia untuk mencegah ia dari berlaku. Ini antara tips yang patut diamalkan:
-
Berenang dengan pengawasan orang dewasa
Orang dewasa haruslah sentiasa peka dengan kanak-kanak terutamanya di kawasan yang tinggi risiko seperti kolam mandi. Jangan ambil ringan walaupun kanak-kanak tersebut pandai berenang!
-
Jangan berenang atau bermain di tepi kolam tanpa pelampung
Khususnya untuk kanak-kanak yang tidak tahu berenang, pemakaian pelampung haruslah dititikberatkan.
-
Ajar kanak-kanak cara untuk menghadapi keadaan sekiranya mereka jatuh kolam
Sebaiknya ajar anak-anak untuk tidak panik di dalam air, belajar tahan nafas sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Ketahui Cara-Cara Mengendalikan CPR Terhadap Mangsa Lemas
Jika anda mempunyai pengetahuan mengenai CPR (cardiopulmonary resuscitation) dan cara melakukannya, gunakan kelebihan anda untuk membantu orang yang memerlukan!
Jangan sekali-kali tidak yakin untuk bertindak kerana ia melibatkan nyawa! Jika anda masih tidak tahu bagaimana ingin melakukan CPR, ini cara-caranya:
- Letakkan tapak tangan di dada individu yang memerlukan bantuan pernafasan. Tekan ke arah bawah sekitar 5-6cm dengan kelajuan beritma 120 tekanan per minit.
- Lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut setiap kali tekanan ke dada mencapai 30 kali.
- Sengetkan ke tepi posisi kepala individu tersebut dengan perlahan, angkat dagunya, tutup hidungnya dan berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut dengan menghembus secara kuat.
- Lakukan setiap 30 kali tekanan di dada sehingga mangsa sedar atau sehingga bantuan profesional sampai.
Diharap ibu bapa dapat mengambil lebih langkah berjaga-jaga dan lebih peka terhadap keselamatan anak-anak di kolam renang. Semoga tips yang diberi memberi manfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Tiara Iraqhia dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Ibu Leka Main Telefon Ketika Di Spa Bayi, Anaknya Hampir Hilang Nyawa Akibat Lemas