Ayah Harus Ajar Anak Perempuan 6 Hal Ini Agar Mereka Jadi Wanita Berjaya Kelak

Ayah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi dan membentuk anak perempuan mereka untuk menjadi wanita yang kuat dan berdikari kelak. Mari ajar mereka 6 elemen penting ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayah, ajarlah anak perempuan anda 6 perkara ini…

Jika seorang ayah ingin anak perempuan menjadi seorang wanita hebat satu hari nanti, dia perlu beri tunjuk ajar yang sewajarnya.

Semua anak perempuan cuma mahu ayah mereka rasa bangga dengan mereka.

Itu sebab mengapa ayah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi dan membentuk anak perempuan mereka yang bakal menjadi wanita nanti. 

Mereka perlu tahu wanita juga boleh dihormati, disayangi dan bercita-cita tinggi.

Ayah yang melakukan 6 hal di bawah akan membesarkan wanita yang hebat dan yakin dengan kemampuan diri:

#1 Beri dorongan, anak boleh lakukan apa saja!

Bantu anak untuk mengetahui dan menyedari kekuatan dan kelebihannya. Beritahu mereka yang mereka bijak, berkemampuan dan potensinya tidak terbatas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila ayah meyakinkan anaknya yang dia boleh melakukan apa sahaja, ini sebenarnya sudah cukup membina asas untuk wanita jadi kuat dan berdikari.

Sumber gambar: Bored Panda

#2 Beri kredit pada sumbangan wanita

Anak perempuan perlu belajar dari ayah mereka bahawa wanita yang pintar, ada pendapat dan bercita-cita tinggi adalah sesuatu yang positif. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayah juga boleh namakan beberapa wanita hebat dan contoh pencapaian mereka

Kurangkan fokus kepada penampilan wanita saja, sebaliknya beri contoh wanita yang berjaya menjadi doktor, saintis, pemimpin, usahawan dan ahli politik.

Ajar anak yang dia boleh buat keputusan sendiri dalam kehidupan dan tidak perlu rasa tertekan untuk mengikut apa yang diharapkan masyarakat. 

#3 Galakkan anak perempuan untuk berdikari

Galakkan anak perempuan anda untuk mencuba perkara-perkara baru. Jangan takut untuk menyahut cabaran dan cuba cari jalan penyelesaian dengan sendiri.

Tegaskan rasa percaya akan diri sendiri dengan memberitahu anak perempuan anda yang dia boleh melakukannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajar anak untuk menggunakan kelebihan dan kekuatan yang ada, dan untuk menggunakannya dengan sepenuhnya.

Jangan hiraukan stereotaip orang lain, dan anda sebagai ayah, anda akan memberi sokongan 100%.

Sumber gambar: SheKnows

#4 Biar anak perempuan anda gagal

Ayah jangan takut untuk biar anak perempuan gagal kerana pengalaman yang paling baik selalu berlaku selepas kegagalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ayah boleh ajar semangat yang tidak mudah luntur dan mempercayai kemampuan diri dengan membiarkan anak pulih semula dari kegagalan.

Jika kita selalu masuk campur kerana tidak sampai hati melihat anak perempuan kita gagal, anak tidak belajar cara untuk menyelesaikan masalah.

#5 Galakan pemikiran anak

Gunakan masa makan untuk menggalakkan pemikiran kognitif dan pemikiran kritis.

Penulis buku The Seven Secrets of Parenting Girls Dr. Janet Rose Wojtalik menyarankan ayah untuk kerap bertanya kepada anak perempuan mereka: Apa pendapat anda? Pada pendapat kamu, mengapa ia berlaku? Bagaimana anda akan menyelamatkan situasi ini?

Tanya soalan dengan perlahan untuk meneliti dan membimbingnya membuat analisisnya sendiri. 

Ini akan mengajar anak mengenali keupayaan sendiri untuk menyelesaikan masalah dan berfikir sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6 Ayah perlu jadi contoh yang baik

Sumber gambar: Irish Mirror

Ayah boleh menjadi contoh yang baik di rumah dengan menunjukkan rasa hormat kepada isteri. Lagipun anak selalu belajar dari melihat tingkah laku ibu dan ayah mereka.

Pastikan anda meluangkan masa untuk mendengarkan pendapat anak perempuan anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda menghargai dan ingin tahu cara pemikirannya.

Anda juga patut mengajar anak anda tentang kesaksamaan jantina apabila anda melakukan kerja mengemaskan rumah. 

Ini bukan “tugas wanita” sahaja. Anak akan belajar cara ibu bapanya bekerjasama dan berkongsi tugas menjaga rumah anda.

Dia juga akan melihat seorang ayah yang menghormati kerjaya ibunya dan menghormati isterinya sebagai wanita yang berdikari dan kuat. Maka seorang gadis tersebut akan mahu menjadi wanita yang kuat dan berdikari satu hari nanti.

Jom ajak suami kita sama-sama mengajar 6 elemen ini pada anak perempuan kita! Sama-sama kita berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik buat si manja.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 
 
 

Penulis

Rosanna Chio