Untuk Ayah Zaman Moden, Ini 5 Cara Menjadi Ayah Terbaik Pada Anak-Anak

Ayah, jadilah wira kepada anak anda dan ketahui bagaimana anda boleh lebih terlibat dalam penjagaan anak-anak.

Realitinya zaman sekarang ini, ramai ayah yang rasa sedikit tersisih apabila bayi baru lahir. Hal ini kerana ibu menjadi penjaga utama. Tambahan lagi, ayah akan lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja.

Ini membuatkan anda tertanya-tanya, bolehkah anda menjadi ayah terbaik buat mereka?

Tahun-tahun awal anak adalah amat penting untuk pembangunan fizikal, sosial, emosi dan mental mereka. Dan banyak kajian menunjukkan ayah memainkan peranan yang besar dalam perkembangan anak!

Misi Menjadi Ayah Terbaik: Ayah Mempunyai Pengaruh Yang Besar Daripada Ibu

Pakar mengatakan ayah mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada ibu dalam membentuk perkembangan anak (terutamanya anak lelaki) supaya mereka menjadi orang dewasa yang boleh menyesuaikan diri dengan lebih baik.

Oleh itu, ayah haruslah melibatkan diri dalam mengasuh anak seperti ibu juga. Berikut 5 cara bagaimana ayah melibatkan diri dalam penjagaan anak, dari sebelum kelahiran lagi!

Misi Menjadi Ayah Terbaik #1 Bercakap Dengan Anak Yang Masih Dalam Rahim Ibu

Kajian menunjukkan bayi dalam rahim mempunyai keupayaan emosi dan intuitif untuk merasa kasih sayang dari ibu dan ayah. Jadi, ayah boleh memulakan hubungan dengan anak melalui bercakap, bahkan menyanyi dengan anak semasa mereka masih dalam rahim ibu lagi!

Bakal ayah juga boleh pergi bersama pasangan ketika pemeriksaan bulanan, melihat gambar ultrasound dan merasakan pergerakan bayi. Apa kata anda berbisik kepada anak setiap malam, pasti anak akan terbiasa dengan suara anda!

Misi Menjadi Ayah Terbaik #2 Berhubungan Dengan Bayi Anda Yang Baru Lahir

Ayah mungkin berfikir, dunia bagi bayi baru lahir adalah ibu. Tapi ini tidak bermakna ayah perlu mengabaikan tanggungjawab dan biarkan ibu melakukan semua penjagaan.

Menjaga bayi baru lahir boleh menjadi satu tugas mencabar dan ibu baru sudah tentu memerlukan banyak bantuan dari si ayah.

Di sinilah ayah boleh membantu di samping menguatkan bonding antara anak dan ayah. Ayah boleh memandikan bayi, menukar lampin, menenangkannya, mendodoi untuk tidur, membawanya ke ibu untuk diberi susu dan juga suapan botol jika ibu memberi susu perahan.

Namun, jangan memikirkan tugas ini sebagai “membantu ibu”. Menjaga anak merupakan tanggungjawab anda sebagai ayah.

Misi Menjadi Ayah Terbaik #3 Memberi Pelukan dan Keselesaan

Sekarang, tugas memujuk anak bukanlah tugasan ibu saja. Malah, ayah kini lebih mudah menghiburkan dan memberikan pelukan kepada anak tika mereka memerlukan belaian.

Ayah juga mampu memberi nasihat kepada anak. Ayah juga boleh memberikan dakapan yang menenangkan dan dunia anak kecil itu akan menjadi tempat paling selamat buat mereka!

Tiada apa yang lebih maskulin daripada seorang lelaki yang dapat meluahkan kelembutan kepada anak-anaknya.

Tiada apa yang lebih bermakna kepada anak-anak dari mendapat sokongan emosi dari dua orang yang paling penting dalam kehidupan mereka – ibu dan ayah.

Misi Menjadi Ayah Terbaik #4 Meluangkan Masa Bermain Bersama Anak

Mulakan dari mendodoikan bayi tidur, menyusun blok dengan si kecil, membaca cerita waktu tidur dan pergi berjalan-jalan dengan mereka. Sesibuk mana pun anda, carilah masa untuk meluangkan masa dengan anak anda.

Kajian menyarankan kualiti aktiviti adalah lebih penting dari kuantiti masa yang diluang bersama-sama anak.

Jika ayah hanya dapat membaca cerita waktu tidur kepada anaknya pada lewat malam sekalipun, lakukan ia kerana perkara kecil tersebut boleh memberi impak positif besar kepada perkembangan anak dan hubungan anda berdua.

Misi Menjadi Ayah Terbaik #5 Ajar Anak-Anak Anda

Ayah boleh “mengajar” anak-anak secara literal berhubung kerja sekolah, dan mengajar mereka pelajaran kehidupan penting seperti bersikap jujur, berani dan mengambil berat.

Ayah juga boleh mengajar anak-anak kecil apa yang betul dan apa yang salah melalui disiplin, dan menunjukkan kepada mereka untuk menjadi bertanggungjawab.

Seorang ayah dapat boleh mendidik nilai hidup yang penting dalam menempuh kehidupan.

Kepada ayah, ingatlah! Penglibatan anda sangat penting untuk perkembangan anak anda. Oleh itu, teruskanlah misi menjadi ayah terbaik!

Dan ibu, melibatkan ayah dalam keibubapaan adalah lebih mudah yang anda bayangkan. Beri mereka peluang dan saksikan mereka menjadi hero si comel anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Nalika Unantenne dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Penulis

Beto Rahman