Menurut kajian, ayah yang berusia boleh dapat anak yang lebih bijak

lead image

Ayah yang tua dikatakan mempunya anak yang lebih bijak. Banyak lagi kelebihan menjadi ayah atau ibu yang berusia ini. Jom baca!

Apa kelebihan menjadi ayah yang tua? Mengikut biologi, anda mempunyai risiko yang kurang jika ada anak semasa masih muda. Ada juga yang berkata pasangan muda mempunyai lebih stamina untuk membesarkan anak. 

Tapi, menjadi ayah yang tua juga ada kebaikannya.

Kelebihan ayah yang tua: Mereka mempunyai anak yang lebih bijak

Menurut kajian yang disiarkan dalam Translational Psychiatry, ayah yang tua biasanya mempunyai anak yang lebih bijak dan ulat buku.

Ulat buku biasanya digunakan untuk merujuk kepada anak yang bijak tetapi kekok bersosial. Ulat buku juga seorang yang individualistik dan menunjukkan minat yang kurang untuk meniru trend terkini.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/05/geeky son.jpg Menurut kajian, ayah yang berusia boleh dapat anak yang lebih bijak

Ini adalah beberapa hasil dari kajian ini:

  • Selepas melakukan kaji selidik pada 7,781 kembar, mereka merumuskan 57% dari mereka adalah ulat buku dan ia adalah sifat yang diwarisi. Kebanyakkannya adalah lelaki berusia 12 tahun yang mempunyai ayah yang lebih tua.
  • Lelaki yang menjadi ayah selepas umur 50 tahun mempunyai anak yang mendapat keputusan peperiksaan 32% lebih tinggi dari mereka yang menjadi ayah di usia bawah 25 tahun.
  • Untuk anak perempuan pula, kajian tidak menunjukkan tanda mereka sebagai ulat buku.
  • Ulat buku juga boleh dikaitkan dengan mutasi sperm ayah yang lebih berusia.

Apa kelebihan lain jika anda jadi ayah yang tua atau ibu yang tua?

Bukan sahaja menjadi ayah yang tua mempunyai kelebihan. Ibu yang tua juga mempunyai kelebihan.

Ini adalah beberapa kelebihan saintifik yang akan mendorong anda jika anda merancang untuk mempunyai keluarga lewat, menurut NBC News.

1 – Anda bersedia dari segi emosional dan kewangan untuk menjadi ibu ayah

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/05/older parent 1.jpg Menurut kajian, ayah yang berusia boleh dapat anak yang lebih bijak

Menurut kajian, usia 30-an adalah masa yang terbaik untuk membesarkan anak kerana anda bersedia secara emosional untuk menjadi ibu atau ayah. Ibu ayah yang tua juga selalunya mempunyai kewangan dan hubungan yang stabil.

2 – Anak anda hidup lebih lama

Kajian dari Univeristi Harvard mengatakan, anak dengan ayah yang berusia akan hidup lebih lama. Kenapa? Ia ada kena mengena dengan kualiti sperma yang mempengaruhi faktor DNA untuk hidup lebih lama.

3 – Ibu ayah yang tua membesarkan anak yang sihat

Kajian dari British Medical Journal berkata, anak yang mempunyai ibu berusia biasanya lebih sihat dengan kurang kemalangan, kecederaan, masalah sosial dan masalah emosi. Mereka juga cepat bercakap.

4 – Ibu ayah yang tua lebih penyabar

Kerana pengalaman hidup yang lebih banyak, mereka boleh mengatasi masalah dengan lebih baik dan tak cepat melenting.

Kajian dari tahun 2016 menemui, ibu yang tua lebih mudah mengawal dan bersabar apabila anak mereka tak dengar kata. Mereka juga kurang cemas sepanjang kehamilan.

Walaupun kelebihan ini sangat baik, anda perlu ingat yang tak kira berapa pun umur anda, pengalaman tak penting, apa yang penting adalah kasih sayang yang anda berikan pada anak anda setiap hari.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ditulis oleh Bianchi Mendoza; diterjemah dengan kebenaran dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Betul ke jika ibu mengandung di usia senja, anak jadi lebih pintar?