Kisah Poligami Baby Azreen, Tyrah & Erfan Akif Ruslan, Ustaz Tegur Haram Madu Tidur & Mandi Bersama
Baby Azreen, Tyrah dan Erfan Akif Ruslan antara yang hangat diperkatakan di TikTok apabila dua orang madu mendedahkan kisah poligami sebenar
Beberapa hari ini, tular di media TikTok tentang pendedahan dua orang wanita tentang realiti kehidupan poligami yang dilalui mereka telah mengejutkan ramai orang.
Siapa sangka, wanita yang bermadu ini kerap dilihat bersama dan begitu akrab seperti adik beradik sewaktu membuat video live atau review di media sosial mereka rupanya menjadi mangsa
Kisah Baby Azreen, Tyrah Dan Nad
Walau bagaimanapun dua pengguna laman sosial TikTok yang pernah menjadi isteri kedua dan madu (Tyrah dan Nad) itu tampil berkongsikan kisah sebenar yang dilalui mereka sepanjang bergelar isteri kepada lelaki yang dikenali sebagai Erfan Akif.
Di sebalik kemanisan bermadu yang dipertontonkan di laman sosial, kedua-duanya berkongsi permintaan pelik bekas suami yang didakwa mahu isteri-isteri mandi dan tidur bersama.
Pendedahan tersebut menerima pelbagai pandangan dan reaksi orang ramai.
Haram Madu Mandi Dan Tidur Bersama
Ia juga mendapat perhatian daripada penyampai radio dan pendakwah, Ustaz Tajdid Hadhari yang berkongsi perbuatan tersebut adalah haram.
“Apabila sebut tentang tidur bersama, bahkan dalam ‘bersama’ tersebut sebenarnya ia tidak boleh. Hukumnya haram. Dalam hadis Riwayat At Tabrani, perbuatan tersebut dinamakan sebagai mushaqah atau sihaq.
Nabi bersabda, perbuatan sihaq atau melihat aurat sesama sendiri antara dua orang perempuan itu, hukumnya adalah zina.
“Bahkan dalam sebuah hadis Nabi bersabda, janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain. Dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain. Inikan pula jika melakukan hubungan intim. Tak boleh, hukumnya haram,” kongsinya.
Perbuatan Tersebut Tidak Dibenarkan Dalam Islam
Menerusi perkongsian yang sama, Ustaz Tajdid berkongsi pendapat ulama yang menegaskan perbuatan berkenaan tidak dibenarkan.
“Dalam pendapat ulama Ibnu Kudamah, beliau ada menyatakan sekalipun kedua isteri itu reda, suami berkenaan tidur bersama kedua mereka dalam satu selimut dan reda seorang daripada mereka berhubungan intim, dan satu lagi melihatnya itu tidak dibenarkan.
“Ini kerana hal demikian merupakan lambang rendah akhlak, kehinaan dan menjatuhkan maruah. Maka, tidak boleh sekalipun reda keduanya. Namun, jika rumah yang sama, tetapi bilik berbeza maka dibolehkan dengan syarat saiz bilik itu sama.
“Itu yang dinyatakan oleh Ibnu Kudamah. Jadi, janganlah kita terikut-ikut dengan budaya yang bukan budaya kita, bahkan ia melambangkan kehinaan. Walaupun kedua-duanya isteri kepada seorang suami tersebut tapi perlu dijaga adab,” ujarnya.
Bekas Suami Tidak Bekerja Dan Kaki Pukul
Rakaman penstriman langsung dua wanita itu bertebaran di laman sosual TikTok menimbulkan rasa pilu. Dakwa mereka, bekas suami tidak hanya memukul, malah turut menyeksa wanita itu apabila minta cerai hingga sanggup menuduh menghidap HIV selain dipanggil pelacur.
Difahamkan, lelaki itu juga meminta isteri kedua melangsaikan hutangnya berjumlah RM23,000 dan mengugut akan mencari perempuan lain jika tidak berbuat demikian.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Poligami Dalam Islam: Poligami Maksud, Syarat Poligami & Hukum Poligami Tanpa Izin Istri
Baca juga: Bukan Mudah Nak Beristeri Dua, Ini Syarat Poligami Menurut Islam Lelaki Wajib Tahu!
Baca juga: Curang Itu Pilihan, Ramai Suami Guna Alasan Ikut Sunnah Nabi Untuk Menutup Kesalahan