TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Curang Itu Pilihan, Ramai Suami Guna Alasan Ikut Sunnah Nabi Untuk Menutup Kesalahan

4 min bacaan
Curang Itu Pilihan, Ramai Suami Guna Alasan Ikut Sunnah Nabi Untuk Menutup Kesalahan

Ramai lelaki miang dan curang dengan isteri kerana menggunakan alasan cari pasangan baru untuk mengikut sunnah poligami seperti dilakukan oleh Nabi.

Tidak semua insan dianugerahkan dengan pasangan baik, setia dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam rumah tangga. Bagi seorang lelaki, mereka memiliki ego sehingga berani menggunakan alasan mengikut sunnah poligami dalam menutup perbuatan curangnya.

Meskipun sudah memiliki seorang isteri cantik, anak-anak bijak dan kewangan stabil, segelintir suami masih rasa tidak cukup dan keinginan untuk menambah lagi pasangan semakin melonjak.

Kononnya ingin ikut sunnah poligami Nabi

lelaki mengikuti sunnah poligami

gambar sekadar hiasan

Seorang wanita telah berkongsi kisah sebenar yang dialaminya melalui akaun Facebook, mengatakan dia sering diganggu dan diminati oleh guru kelas agama di kawasan rumahnya.

Hal ini berlaku kerana dia merupakan pelajar paling muda dan belum berkahwin, guru yang dipanggil ustaz berkenaan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Lebih menyedihkan lagi, status ustaz tersebut adalah suami orang dan sudah memiliki isteri yang tercinta.

”Saya pernah diuji dengan kehadiran seorang ustaz. Dia sangat mengambil berat terhadap diri saya. Kisah bermula apabila saya menghadirkan diri ke kelas tajwid bertahap yang dianjurkan oleh beliau,”

”Kelasnya agak populor di tempat tinggal saya. Kebetulan pula baru sahaja menamatkan pengajian di sebuah politeknik, maka saya telah menyertai kelas berkenaan dengan kehendak sendiri,” kongsinya.

Tambahnya lagi, dia adalah pelajar yang paling menonjol kerana masih muda dan selalu memperoleh markah penuh dalam ujian tajwid bertulis.

”Bukanlah saya sendiri yang ingin menonjolkan diri, tetapi ketika itu saya menjawab ujian berdasarkan apa yang sudah dipelajari,”

Sering menghantar Whatsapp

”Namun saya tidak sangka dalam diam saya menjadi perhatian ustaz. Dia sering mengambil berat terhadap keadaan diri dan kerap menghantar mesej melalui Whatsapp pada setiap malam. Ustaz juga sering bertanyakan soalan-soalan yang tidak penting seperti sudah makan, sudah tidur?”

Setelah lama-kelamaan, saya merasakan bahawa sesuatu yang tidak kena kerana dia sering menghantar Whatsapp ketika berada di tempat mengajar.

sunnah poligami nabi

Sangkaan Husna tepat apabila ustaz berkenaan akan menganggunya ketika dia berada di luar rumah tanpa isteri.

”Kemudian Ustaz sudah mula berani bertanyakan di mana saya tinggal, alamat rumah dan seumpamanya. Saya tanya kembali, untuk apa dia ingin tahu?”

Jawabnya ringkas, ”Manalah tahu ada orang nak datang meminang kamu nanti.”

Tidak cukup dengan itu, Ustaz juga kerap menceritakan perihal anak-anaknya dan bertanyakan hal-hal peribadi Husna termasuklah pendapat mengenai poligami.

Menyedari bahawa guru agama tersebut sudah ‘naik bulu’, Husna telah membuat keputusan untuk berhenti hadirkan diri ke kelasnya.

”Ustaz berkali-kali menelefon, tetapi saya tidak jawab. Saya mengelak kerana saya masih mempunyai harga diri dan menghargai perasaan wanita lain,”

Luahnya lagi, betapa luluhnya hati sang isteri jika mendapat tahu suami yang dicintainya begitu sibuk mengambil berat tentang wanita lain tanpa pengetahuannya. Sejak tragedi berkenaan, Husna terus lost contact dengan guru kelas agama tersebut.

Ditabur pelbagai janji manis dan tawaran

Dia juga mengakui bahawa Ustaz pernah menawarkan tauliah mengajar dengan cepat dan membantu Husna meluaskan lagi perkhidmatan mengajar al-Quran. Bukan itu sahaja, dia juga menjanjikan peluang pekerjaan di pusat mengajarnya.

”Banyak peluang dan janji manis dia taburkan ketika itu. Kalaulah saya hanya memikirkan diri sendiri dan membuat keputusan mengikut perasaan, sudah pasti keadaan menjadi lebih parah,” katanya.

alasan sunnah poligami

gambar sekadar hiasan

Stories Rakan Kongsi
Strong Baby: 9 Tips on How to Boost Your Child's Immunity
Strong Baby: 9 Tips on How to Boost Your Child's Immunity
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
Money Lessons From Our Parents – And How They Shaped Our Money Parenting Style
Money Lessons From Our Parents – And How They Shaped Our Money Parenting Style

Kadang kala saya melihat sesetengah lelaki berada di zon selesa lupa pada diri yang pernah menerima dirinya ketika tidak punya apa-apa.

Mereka lebih sibuk memikirkan sunnah poligami sampai lupa sunnah monogami.

”Lupakah kalian bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah menduakan Khadijah r.a sepanjang hidup Baginda? Lupakah kalian duhai lelaki, Rasulullah hanya berpoligami hanya selepas kewafatan Khadijah, itupun atas perintah Allah bukan kerana nafsu semata-mata?”

Perkara yang paling membangkitkan emosi apabila kaum lelaki hanya memfokuskan pada sunnah poligami bagi menghalalkan perbuatan curang.

Dengan mudah, si suami membiarkan perasaan beralih arah dan dikuasai oleh nafsu syaitan. Andai ditanya, pastinya akan dijawab, Perasaan ini tiba-tiba ada.

Tidak sama sekali. Pintu hati yang diketuk tidak akan terbuka jika mereka sendiri memberi ruang untuknya. Bagi golongan wanita pula, sudah tahu lelaki berkenaan status suami orang, jauhkan lah.

Jangan terlalu mengikuti godaannya sehingga tahap mabuk kepayang. Sentiasa meletakkan diri di tempat orang lain supaya anda lebih berperikemanusiaan agar tidak berasa sakitnya dikhianati.

Sumber: Husna Layyinah

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Curang Itu Pilihan, Ramai Suami Guna Alasan Ikut Sunnah Nabi Untuk Menutup Kesalahan

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-curang-dalam-diam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Curang Itu Pilihan, Ramai Suami Guna Alasan Ikut Sunnah Nabi Untuk Menutup Kesalahan
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham