Ibu antara insan yang paling seronok bila tahu hamil. Kemudian, selepas selamat bersalin, ibu pula menjalani tempoh berpantang selama 44 hari supaya badan pulih dari sakit beranak dan menjaga baby baru lahir dengan sepenuh kasih dan sayang.
Baby baru lahir itu akan ditatang bagaikan minyak yang penuh. Dicium dan dibelai setiap hari supaya si kecil berasa selamat dalam dakapan bonda tercinta.
Namun lain pula ceritanya bila seorang ibu sanggup melemparkan baby baru lahirnya di lantai lobi hotel gara-gara ‘panas hati’ dengan kekasihnya.
Ibu lempar baby baru lahir di lobi hotel
Ini merupakan kejadian yang cukup mengejutkan apabila seorang ibu dengan berani sanggup melemparkan baby baru lahir yang berusia dua bulan di lantai lobi sebuah hotel selepas berlaku perbalahan dengan teman lelakinya.
Ibu yang tidak diketahui namanya itu menginap di sebuah hotel di Itali, selepas terperangkap dengan teman lelakinya kerana berlakunya sekatan perjalanan disebabkan pandemik corona virus.
Namun, aksi jahatnya itu telah dirakam oleh CCTV di hotel berkenaan di mana dia dilihat melemparkan bayinya itu ke lantai lobi.
Video tersebut menunjukkan wanita berkenaan sedang berdiri berdekatan sebuah pintu dan ada orang yang lalu lalang di kawasan itu.
Kemudian pada 37 saat dalam video tersebut, ibu berkenaan melemparkan bayinya dan si kecil yang belum tahu apa-apa itu kelihatan menangis dengan tangan dan kakinya ikut bergerak.
Hampir beberapa minit bayi berkenaan dibiarkan di atas lantai itu tanpa sesiapa pun yang mengambilnya.
Kemudian kelihatan seorang wanita dengan berkemaja putih datang mendekati bayi tersebut lalu mengambilnya.
Bersalin pada bulan Mac
Menurut laporan media di sana, ibu berkenaan dikatakan telah bersalin pada bulan Mac yang lalu di sebuah hospital.
Kemudian, dia berkunjung ke hotel berkenaan untuk berjumpa teman lelakinya yang berusia 38 tahun yang juga merupakan ayah kepada bayi tersebut.
Selepas detik mengejutkan itu, bayi tersebut dikejarkan ke hospital dan ditempatkan dalam rawatan intensif.
Malah, ahli bedah saraf turut melakukan pemeriksaan ke atas bayi tersebut bagi memastikan si kecil itu tidak mengalami sebarang bentuk kecederaan serius pada tulang belakangnya.
Selain turut didiagnosis dengan kecederaan otak traumatik dan telah menjalani rawatan susulan.
Sementara ibunya pula ditahan pihak polis dan menunggu perbicaraan selanjutnya. Kini, bayi malang itu berada di bawah jagaan ayahnya.
Apa berlaku jika bayi terjatuh?
Setiap kali baby baru lahir terjatuh atau terhantuk tentu ibu dan ayahnya akan berasa resah dan gelisah. Ini kerana, mereka akan bimbang jika terjatuh itu boleh mendatangkan kemudaratan ke atas si kecil tersebut.
Bagi kanak-kanak yang masih kecil dan berjalan juga belum stabil biasanya kemalangan lebih kerap berlaku di dalam rumah.
Walaupun kita nampak saiz sofa tak tinggi sangat namun kalau anak kecil terjatuh daripadanya boleh mendatangkan kecederaan yang serius termasuklah di bahagian kepala, otak, tulang belakang, kaki dan sebagainya.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, jika baby terjatuh, ibu bapa harus melakukan pemeriksaan yang rapi dan menyeluruh terhadap kecederaan yang mungkin dialami oleh bayi.
Walaubagaimanapun, ada juga bayi yang jatuh tapi tidak berlakunya kecederaan yang serius kerana tulang mereka masih lembut dan tak mudah patah seperti orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih besar.
Namun begitu, pemeriksaan harus dilakukan agar si kecil itu benar- benar tidak mengalami sebarang trauma dari kecederaan tersebut. Tapi, pemerhatian harus dilakukan dalam tempoh 24 jam dan sebarang kelakuan yang tidak normal terutama apabila bayi jatuh pada bahagian kepala.
Jadi ibu ayah kena segera bawa mereka berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan yang lebih teliti.
Kesan jangka panjang
Sementara itu, menurut Dr Zubaidi lagi, bayi yang mengalami kecederaan di atas kepala namun hanya membabitkan kulit kepala sahaja tidak mendatangkan apa-apa kesan jangka panjang.
Ini kerana, kecederaan kulit biasanya hanya menyebabkan lebam, luka dan benjolan. Jadi, jika hanya mengalami kesan ini ibu ayah tidak perlu risau kerana mereka boleh pulih dengan sendiri.
Namun sekiranya bayi mengalami kecederaan disebabkan gegaran otak, ini yang patut dibimbangkan terutama sering jatuh berulang kali dan mengalami gegaran.
Ini kerana, gegaran otak adalah kecederaan pada bahagian fungsi otak, dan bukannya pada struktur anatomi otak.
Disebabkan itu, gegaran otak yang dialami bayi tidak dapat di kesan melalui pemeriksaan X-ray atau CT scan tetapi bayi tersebut mungkin mengalami pening kepala, tidak memberi tumpuan pada permainan mereka, mudah lupa, tidak dapat berjalan dengan betul dan seperti nak jatuh bila berjalan atau semasa bangun.
Menurut Dr Zubaidi lagi, akan sukar nak kesan gegaran otak pada bayi kerana mereka masih belum berkomunikasi seperti mana orang dewasa. Tapi, jika melihat bayi tidak ceria atau tak aktif, kemungkinan besar bayi itu sedang mengalami gegaran otak atau kecederaan otak yang serius.
Justeru kami berharap bayi malang yang dileparkan ibunya itu cepat sembuh dan kembali sihat seperti mana kanak-kanak kecil yang lain.
Sumber : The Sun
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
Pasangan suami isteri terpaksa buang bayi di taman kerana anak sakit