Kehadiran baby kembar comel menjadi penyeri rumah tangga. Lebih-lebih lagi bila anda dan pasangan sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata.
Bagi ibu yang mengandung anak kembar, mungkin berdepan pengalaman yang lain dari yang lain. Mana tidaknya perjalanan selama 9 bulan ini pasti penuh dengan suka dan duka. Bukan mudah tapi nanti itulah momen yang akan dirindui kelak.
Masalah & persoalan ketika hamil baby kembar comel
Ketika hamil kembar, kesihatan ibu dan bayi adalah perkara yang perlu diutamakan. Sekiranya ini adalah pengalaman kali pertama, anda mungkin terfikir banyak perkara bagi memastikan perjalanan 9 bulan ini lancar.
Pakar perubatan ibu hamil, Johns Hopkins Jeanne Sheffield telah menyenaraikan beberapa soalan lazim yang sering dihadapi ibu yang hamil baby kembar comel. Antaranya adalah:
#1. Adakah anak kembar berkongsi plasenta dan kantung amniotik?
Walaupun sesetengah bayi kembar mungkin berkongsi plasenta dan kantung amniotik, itu tidak berlaku untuk kebanyakan kehamilan. Berikut adalah tiga kemungkinan besar yang wujud:
- Dua plasenta dan dua kantung amniotik. Kehamilan kembar dengan dua plasenta dan dua kantung amniotik adalah kehamilan kembar yang optimum, kerana setiap bayi mempunyai sumber pemakanan dan membran pelindungnya sendiri.
- Satu plasenta dan dua kantung amniotik. Dalam kehamilan dengan satu plasenta dan dua kantung amniotik, anda cenderung memiliki kembar seiras. Selain itu, apabila bayi anda berkongsi plasenta, terdapat risiko yang lebih besar untuk komplikasi, seperti sindrom transfusi kembar-ke-kembar. Doktor anda akan memantau kehamilan dengan teliti untuk mengelakkan sebarang masalah.
- Satu plasenta dan satu kantung amniotik. Ini adalah jenis kehamilan kembar yang paling berisiko dan jarang berlaku. Komplikasi janin boleh timbul akibat gangguan tali pusat atau ketidakseimbangan dalam nutrien, darah atau sistem sokongan hidup penting yang lain.
#2. Adakah semua kehamilan kembar bersalin pramatang?
Separuh kehamilan kembar berakhir dengan kelahiran pramatang (sebelum 37 minggu).
Walaupun 40 minggu adalah tempoh kehamilan penuh bagi purata kehamilan, kebanyakan ibu yang mengandung kembar akan bersalin pada kira-kira 36 minggu (julat 32-38 minggu bergantung pada jenis kehamilan kembar).
Dalam hal ini pakar tidak boleh memberi jaminan untuk mencegah risiko pramatang bagi kehamilan anak kembar kerana ia adalah sesuatu yang mencabar berbanding kehamilan tunggal.
Namun pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor berpengalaman dalam mengendalikan kes anak kembar, termasuklah proses kelahiran normal dan bukannya hanya menawarkan pembedahan cesarean (C-section) pada ibu.
#3. Bolehkah rehat tidur (bedrest) mengurangkan risiko kelahiran pramatang?
Data saintifik menunjukkan bahawa bedrest tidak menghalang kelahiran pramatang. Malah, rehat di tempat tidur boleh meningkatkan risiko anda mengalami pembekuan darah dan memberi kesan kewangan apabila ibu perlu mengambil cuti dari bekerja.
Doktor mungkin mencadangkan anda untuk mengurangkan tahap aktiviti yang sesuai jika adanya tanda-tanda bersalin awal pada akhir trimester kedua atau awal trimester ketiga.
#4. Adakah proses bersalin kembar tidak sama dengan kelahiran tunggal?
Proses kelahiran pada umumnya adalah sama biarpun anda mempunyai satu atau dua bayi dalam kandungan.
Cumanya situasi kelahiran mungkin berbeza bagi setiap ibu.
Apabila tiba masa untuk melahirkan anak kembar, anda akan dibawa pergi ke bilik pembedahan walaupun bersalin secara normal.
Ini adalah langkah keselamatan yang dikenali sebagai persediaan kelahiran kembar.
Selepas kelahiran bayi pertama secara normal berjaya, sesetengah kes mungkin terdapat risiko pembedahan cesarean kecemasan untuk bayi kedua.
Terdapat juga kemungkinan kembar kedua dilahirkan songsang memerlukan doktor melakukan pembedahan.
#5. Adakah ibu perlu menggandakan pengambilan kalori semasa mengandung kembar?
Ramai ibu salah faham apabila mengandung kembar, mereka perlu menggandakan pengambilan kalori supaya bayi dalam kandungan memperoleh nutrien yang mencukupi.
Walau bagaimanapun, garis panduan pemakanan kehamilan tidak berdasarkan bilangan bayi yang anda bawa.
Sebaliknya, ia berdasarkan indeks berat badan semasa anda hamil. Doktor akan membuat cadangan individu berdasarkan berat permulaan anda.
Secara purata, dianggarkan keperluan kalori wanita akan meningkat kira-kira 40 peratus untuk kehamilan kembar. Apa yang paling penting adalah ibu perlu sentiasa mengamalkan gaya pemakanan sihat.
#6. Adakah saya perlu mengambil vitamin pranatal yang berbeza untuk kembar?
Pengalaman mengandung kembar memerlukan ibu mengambil vitamin pranatal. Tetapi doktor biasanya akan mengesyorkan asid folik dan zat besi tambahan.
Asid folik tambahan dan zat besi tambahan akan membantu mengelakkan anemia kekurangan zat besi, yang menjadi masalah biasa berlaku sewaktu ibu mengandung bayi kembar.
#7. Adakah ibu perlu jumpa doktor dengan lebih kerap?
Walaupun setiap kehamilan adalah berbeza, kebanyakan wanita hamil anak kembar akan mempunyai lawatan pranatal yang lebih kerap daripada wanita yang hanya membawa seorang bayi.
Jika bayi kembar berkongsi satu plasenta, anda akan mempunyai jadual pemantauan yang lebih kerap secara automatik.
Jika kehamilan anda tidak mengalami komplikasi, lawatan pranatal anda mungkin tidak banyak berbeza daripada kehamilan tunggal sehingga anda sampai ke penghujung trimester kedua.
Pada ketika itu, anda akan dipantau lebih kerap kerana terdapat risiko pra-eklampsia dan kelahiran pramatang yang lebih tinggi.
Kembar seiras dan kembar tak seiras
Ada dua jenis kembar: seiras dan kembar tak seiras.
- Kembar seiras atau kembar monozigot, apabila satu telur bersenyawa dengan satu sperma, tetapi membahagi menjadi dua embrio. Kedua-duanya berkongsi komponen genetik dan struktur genetik yang sama, termasuk berkongsi satu plasenta.
- Kembar tak seiras atau kembar dizigot pula terjadi bila dua telur berlainan disenyawakandengan dua sperma berlainan. Pasangan kembar ini mempunyai komposisi genetik masing-masing, bagaikan adik-beradik normal hasil daripada hubungan ibu bapa yang sama. Setiap bayi tidak seiras mempunyai plasenta berbeza.
Cara dapat anak kembar
Sekiranya anda berhasrat untuk timbang bayi kembar pada masa akan datang, beberapa cara dapat anak kembar ini mungkin dapat membantu. Antaranya:
- Galakkan pasangan anda untuk makan tiram, kerana ia dipercayai sebagai sumber afrodisiak mengikut mitos urban. Tetapi dakwaan ini ada asasnya kerana tiram mengandungi zink yang tinggi, sesuai untuk penghasilan sperma. Satu telur atau lebih boleh disenyawakan dengan mudah oleh sperma yang sihat dan aktif.
- Banyakkan makan keladi/keledek. Terdapat fakta mengatakan komponen kimia di dalam keladi menyokong fungsi ovari, dan wanita yang mengamalkan diet tinggi dengan keladi/keledek berpeluang untuk melahirkan bayi kembar.
- Pengambilan produk makanan tenusu, seperti susu dan daging. Walaupun tiada bukti saintifik untuk menyokong, kaedah ini dikatakan dapat membantu terutamanya sewaktu ovulasi.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 11 Perkara Hanya Ibu Ada Anak Kembar Sahaja Merasainya, No.6 Antara Paling Sukar!
Baca juga: Teringin Memiliki Anak Kembar? Ini 9 Tips Buat Bakal Ibu Mengikut Saranan Pakar!
Baca juga: Terpaksa Dikeluarkan Dari Rahim Ibu, Pasangan Kembar Ini Meninggal Sejurus Dilahirkan