Akibat Setiap Hari Minum Air Gas, Wanita Didiagnos Dengan Bacaan Kencing Manis Yang Tinggi

Gara-gara setiap hari mengambil air bikarbonat, seorang wanita muda didiagnos dengan bacaan kencing manis yang tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang wanita berusia 23 tahun terpaksa menerima kenyataan saat dirinya didiagnos dengan penyakit kencing manis dengan bacaan kencing manis tinggi akibat tidak mengawal pengambilan gula berlebihan pada usia muda.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Aishah Shakura itu berkata, pada mulanya dia ada mengalami masalah kulit kepala luka sehingga bernanah gara-gara tersalah menggunakan syampu rambut.

Dia pergi ke klinik dan diberikan antibiotik namun tidak juga sembuh selama dua minggu jadi wanita itu kemudian merujuk masalah dirinya ke hospital berdekatan.

"Doktor tanya ada kencing manis ke sebab bernanah. Saya pun tak tahu sebab tak pernah check. Doktor ambil darah dan akhirnya result menunjukkan kandungan gula dalam darah pada bacaan 27. Bacaan normal adalah 6 dan 7.

"Doktor memang terkejut dan cakap bacaan memang tinggi jadi saya ditahan di wad sebelkum dibenarkan pulang pada sebelah petang hari yang sama," katanya.

Selepas menerima berita tersebut dia menjadi murung dan agak beremosi dan dalam masa yang sama dia mengimbas kembali beberapa perubahan yang berlaku pada dirinya yang sebenarnya merupakan simptom-simptom awal penyakit kencing manis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, berat badannya turun secara drastik sebanyak 11 kilogram, lukanya selalu lambat sembuh dan kerap kencing sehingga sampai satu tahap wanita ini perlu memakai lampin pakai buang jika berjalan jauh.

Sungguhpun begitu, Aishah mengakui tabiat buruknya yang gemar mengambil minuman manis menjadi punca dia menghidap penyakit itu.

"Saya sangat gemar minum air berkarbonat. Kalau makan tengah hari dan makan malam, memang akan minum air tu. Itu belum kira waktu senggang lagi. Dalam peti ais mesti ada standby juga," kongsinya lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat masa ini, wanita ini sudah pun mengikut saranan doktor untuk mengawal pengambilan makana dan minuman supaya penyakitnya dapat dikawal.

Dia mengurangkan makan nasi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, tak minum langsung air manis hanya minum air masak.

Katanya setakat ini bacaan kencing manis dan gula dah nak turun kepada normal Selain itu dia juga makan ubat-ubatan yang diberi doktor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ujarnya, dia berkongsi pengalaman didiagnos kencing manis pada usia muda untuk memberi kesedaran kepada orang lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Makan banyak kentang boleh tingkatkan risiko kencing manis ketika hamil

Baca juga : Anak tembam cenderung menghidap kencing manis - Ini 10 tandanya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Diabetes Punca Serangan Jantung! Ini Tanda Kencing Manis Yang Anda Perlu Ambil Tindakan Segera Jika Ada

Penulis

Nursyamimi