Ibu Berpantang Berpeluh-Peluh Terutama Di Waktu Malam, Menurut Doktor Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Adakah anda alami badan rasa berpeluh-peluh berlebihan ketika berpantang? Menurut doktor ini adalah penyebabnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mereka yang pernah berpantang, pasti anda perasan, ada ketika anda akan berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan persekitaran yang nyaman. Ia terjadi lebih kerap terutama ketika waktu berpantang.

Jadi apa kaitannya berpantang dengan berpeluh luar biasa ini? Jadi rimas, badan rasa sangat busuk dan tidak selesa terutama ketika di waktu malam. Itulah yang sering diperkatakan oleh ibu berpantang. 

Rasa rimas dan tidak selesa memang menghantui diri apabila terjadidnya perkara ini. Adakah ia merbahaya?

Ibu berpantang berpeluh-peluh terutama ketika waktu malam, ini yang anda perlu tahu

Sudahlah ada yang tidak bagi tidur dengan kipas atau aircond, ditambah pula badan yang berpeluh-peluh. Sangat menimbulkan rasa tidak selesa. Rasa macam nak berkurung saja di bilik mandi.

Menurut Dr Muhammad Izzat, ibu berpantang biasanya akan ada masalah berpeluh-peluh lebih-lebih lagi pada waktu malam. Ini dinamakan postpartum night sweat. 

Memang tidak dapat dinafikan ia merimaskan tetapi ini adalah perubahan normal yang disebabkan hormon yang berlaku selepas bersalin. Ia biasanya akan terjadi beberapa hari berlarutan selama beberapa minggu selepas bersalin.

Ia tidak kekal lama

Menurutnya ia akan terjadi beberapa hari pertama atau extended beberapa minggu lepas bersalin. Berita baiknya, night sweats ini tidak akan berlarutan lama. Disebabkan itu nanti ibu sendiri perasan ia akan hilang begitu saja.

3 pesanan untuk ibu yang alami pospartum night sweat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr Muhammad Izzat, pesanan biasa yang dititipkan kepada ibu berpantang adalah:

#1. Pakai pakaian yang nipis

Pakai pakaian yang nipis, berangin dan breathable khususnya masa nak tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Janganlah sentiasa pakai pakaian tebal terutama jika anda memiliki kulit sensitif. Habis ruam pula badan anda nanti. Selain itu janganlah paksa diri tidak berkipas atau aircond. Jangan seksa diri anda.

Pastikan anda dalam keadaan sangat selesa untuk berpantang kerana ini juga akan mempengaruhi mood anda. Bayangkan sudahlah berpeluh-peluh, anak pula menangis sudah pasti anda akan jadi stres. Jadi seeloknya jagalah mood anda ketika waktu genting ini.

Jangan terlalu ikutkan kata orang.

#2. Minum air secukupnya

Minum air yang mencukupi. Jangan sekat-sekat pengambilan air. Ini penting untuk elakkan dehydration.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak perlu catu pengambilan air kerana zaman moden ini ibu-ibu lepas bersalin sudah dirawat oleh pakar yang sepatutnya. Tiada lagi masalah vagina becak dan sebagainya seperti ketika ibu-ibu zaman dahulu melahirkan.

Jadi jangan takut untuk minum banyak air kerana ia akan mengelakkan anda daripada dehidrasi. Sekiranya anda menyusu, anda akan perlukan lebih banyak lagi tenaga dan air.

#3. Alas tempat tidur dengan tuala

Masa tidur tu alas tuala pada tempat tidur supaya dapat menyerap peluh kalau ada. Yang dok bising-bising kat mak-mak berpantang suruh depa pakai sweater tebal-tebal ni dan tegah dorang tido dalam aircond dah kenapa?

Adakah berbahaya berpeluh banyak ketika berpantang?

Ia adalah perkara biasa untuk berpeluh ketika pantang dengan banyak dalam beberapa minggu, terutama pada waktu malam. Berpeluh adalah satu cara badan anda membuang air berlebihan yang tersimpan ketika mengandung.

Ginjal anda bertanggungjawab kepada kebanyakan pembuangan, iaitu bermakna anda akan kerap membuang air kencing dari biasa dalam 1 minggu pertama bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi anda juga bekerja keras untuk mengeluarkan air yang berlebihan.

Tekanan emosi ibu-ibu yang baru juga mungkin boleh menyebabkan anda berpeluh dengan banyak dan kemungkinan penurunan estrogen yang mendadak selepas bersalin turut menyumbang perkara ini.

Walau berat air telah hilang, anda mungkin akan berterusan mengalami peluh dengan banyak jika anda menyusu bayi. Penyebabnya tidak dikaji atau dapat difahami, tetapi terdapat teori perubahan hormon dan metabolik yang berkaitan dengan penyusuan.

Walaupun peluh selepas bersalin ini adalah normal, tetapi jika diikuti dengan demam, anda mungkin mengalami jangkitan. Ia juga boleh menjadi petanda kepada masalah lain seperti tiroid yang terlebih aktif.

Jumpa doktor anda jika anda mendapati anda berpeluh terlalu berlebihan.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pakai Stoking Ketika Berpantang - Keperluan Atau Membahayakan? - Ini Pendapat Doktor

Baca juga: 6 Resepi Lauk Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin, Lain Dari Lain, Confirm Lebih Selera Nak Makan!

Baca juga: Resepi Ciptaan Suami: Roti, Ikan Rebus & Sawi Untuk Isteri Berpantang Buat Ramai Kagum!

 

Penulis

Lala Annuar