Semua tahu, pelakon dan isteri kepada pelawak terkenal Johan ini, Ozlynn Wati baru saja melahirkan anak keenam baru-baru ini. Tapi yang menjadi perhatian adalah badan cantik Ozlynn yang tetap kekal langsing dan bergaya walaupun usianya sudah mencecah 40 tahun.
Jadi apakah rahsia wanita ini mampu mengekalkan kelangsingan badan serta sentiasa nampak segar, sihat dan bertenaga.
Terkenal dengan aktif dalam melakukan pelbagai jenis sukan dan senaman, Ozlynn yang baru-baru ini berkongsi dengan gempak.com berkongsi mengenai rutin pantangnya yang memang tidak ditinggalkan.
Badan cantik walaupun anak 6, Ozlynn masih pakai bengkung 20 meter & pantang tradisional
Memang tidak mudah untuk mengekalkan kelangsingan tubuh badan apabila sudah meniti usia lebih 35 tahun, namun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Jadi bagi Ozlynn, walaupun sudah mengandung lima kali sebelumnya, mengandung kali keenam memang berbeza kenaikan berat badannya kerana mengandung pada usia lewat 30-an.
Katanya, beratnya ketika mengandung bayi keenam ini naik hingga 66 kilogram yang mana sebelum ini tidak pernah mencecah sehingga seberat itu.
Amalkan kaedah pantang tradisional yang ketat
Ozlynn mengakui dia masih mengamalkan pantang secara tradisional yang ketat kerana menurutnya seseorang itu lebih tahu dan kenal akan sistem badan sendiri.
Beliau menegaskan, jaga makan dan exercise adalah sama penting dalam mengekalkan bentuk tubuh badan yang langsing dan sihat.
Tips berpantang yang diamalkan Ozlynn
Menurut Ozlynn, setiap orang ada cara tersendiri, tetapi bagi dirinya, dia lebih selesa dan sesuai dengan berpantang secara tradisional
#1. Kenal badan sendiri
Anda perlu kenal badan anda. Ada orang jika dia makan sesetengah sayuran atau buah-buahan dia tidak mengalami masalah angin. Tapi ada sesetengah orang dia akan alami masalah angin.
Jadi apa yang penting kenal badan anda, tahu apa alahan anda daripada situ anda boleh tentukan diet atau makanan apa yang anda akan makan ketika berpantang.
Jika ada sesetengah sayur yang boleh membuatkan badan anda berangin, elakkanlah. Tak perlu ikut orang, kerana yang menanggung seksanya nanti adalah anda sendiri.
#2. Pastikan dalaman anda okay
Sebab itu perlu ambil makanan berkhasiat. Jika dalaman okay, pasti luaran anda juga ikut sihat. Jadi disebabkan itu ambillah makanan yang berkhasiat ketika anda sedang berpantang kerana anda perlukannya untuk menyusu bayi selain mengembalikan tenaga yang hilang ketika mengandung dan bersalin.
#3. Pakai bengkung 20 meter
Ini mungkin tidak semua orang masih ada. Tapi bagi Ozlynn, beliau memang masih pakai bengkung yang panjangnya 20 meter dan membaluti badan dengan ketat dan membentuk shape yang cantik dari atas lutut hingga paras bawah dada.
Beliau memang tidak menggunakan korset yang hanya tertumpu pada pinggang menjadikan bentuk badan nampak pelik.
#4. Berurut, bersauna, bertangas
Beliau masih mengamalkan berurut, bersauna dan bertangas. Memang beliau amalkan amalan tradisional itu semasa berpantang.
#5. Gunakan sepenuhnya waku berpantang untuk turunkan berat badan
Beliau turut mengingatkan bahawa enam bulan pertama melahirkan adalah proses water retention. Jadi inilah waktu terbaik turunkan berat badan dengan pantas.
#6. Susukan bayi dengan kerap sekitar 10 malam ke 5 pagi
Mengantuk pun, cuba usahakan susukan bayi atau pam susu pada waktu itu. Waktu ini bayi menyedut lemak ibunya melalui susu.
#7. Dapatkan tidur yang cukup
Ya. Ketika berpantang memang terkenal dengan tak cukup tidur. Tapi berusahalah supaya tidur anda cukup.
#8. Tak minum ais 1-2 tahun
Memang 1-2 tahun beliau tidak minum ais.
#9. Jaga makan
Potong gula. Jika minum milo tidak letak gula. Garam pun dikurangkan gunakan liquid aminos gantikan garam dan organic aloevera ganti serbuk perasa.
#10. Banyak makan sayur
Bukan kata nasi tak makan tetapi anda harus jaga portion. Tapi lebihkan makan sayur-sayuran.
#11. Work out
Untuk kempiskan perut selain jaga makan perlu work out. Jika tidak memang tak menjadi.
#12. Jangan stres
Ikut flow. Jangan stres bila tengok badan orang lain. Buat yang termampu.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: instagram jozlynnhanania
Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!
Baca juga: Berpantang Selepas Bersalin Mengikut Adat Melayu, India dan Cina
Baca juga: Berapa Lamakah Tempoh Pantang Bersalin Yang Wajib? Ini Penjelasan Dari Pakar