Bagaimana Mendisiplinkan Anak Tanpa Perlu Memukul; Telah Diuji Sebanyak 5 Kali

Terdapat pelbagai cara efektif untuk membantu anda mendisiplikan anak tanpa memukul - walaupun berdepan dengan kanak-kanak yang degil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun banyak teknik mengajar dan mendidik anak dengan cara baik dan matang, masih ada masa di mana ibu bapa yang paling tenang juga tidak dapat tahan diri dan rasa ingin pukul anak bila mereka meragam.

Rasa bersalah, menyesal, marah dan stress - memukul atau hukuman kasar yang lain akan mengeluarkan pelbagai emosi pada ibu-ibu. Malah, keseluruhan proses mendisiplin boleh jadi penuh stress buat ibu bapa berbanding anak-anak.

Nasib baik, seperti permasalahan ibu bapa yang lain, ini juga, ada penyelesaiannya. Situasi yang paling sukar dapat diselesaikan dengan pemikiran yang tepat dan sedikit perancangan masa depan.

Baca 5 cara yang telah diuji dan terbukti dapat membantu anda fahami bagaimana untuk mendisiplinkan seorang anak tanpa memukul tetapi faham apa yang anda cuba sampaikan.

Disiplinkan tanpa perlu pukul anak #1. Berehat sebentar

Ibu bapa yang terbaik juga kadang kala gagal mengawal situasi. Daripada bertindak dengan kasar atau rasa ingin terus pukul anak, praktikkan untuk berehat sebentar. Durasi masa yang anda ambil untuk berhenti sejenak dari apa yang sedang anda buat termasuklah bercakap atau berinteraksi dengan anak anda. Tujuan di sini adalah untuk mengasingkan ibu bapa dan anak supaya tidak menjadikan keadaan lebih hangat.

Berikut adalah beberapa teknik efektif untuk diaplikasikan semasa  anda terlampau marah:

  • Jarakkan diri anda dari anak anda untuk beberapa minit
  • Hanya berdiam untuk beberapa minit dan mulakan aktiviti lain
  • Menyuruh anak anda untuk berdiri di satu sudut selama lima minit.
  • Tuliskan perasaan anda.

2. Hukum anak secara realistik

Contohnya, jika anak anda sangat menggemari berbasikal. Cara terbaik untuk menghukumnya ialah menghentikan aktiviti berbasikalnya untuk beberapa hari. Ini akan lebih berkesan dari hukuman fizikal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Membuatkan anak anda menulis

Komunikasi yang efektif akan mempunyai keputusan yang menakjubkan, walaupun dengan anak kecil. Kanak-kanak mempunyai deria logik yang sangat bagus pada usia muda.

Apabila anak anda meragam, suruh dia duduk dan menulis kata-kata maaf. Anak itu akan merasakan ianya sukar untuk ditulis tetapi kita mestilah tegas. Apabila dia menulis beberapa ayat memohon maaf, dia akan sedar impak tingkah lakunya.

4. Tetapkan jangka masa

Jika anak anda meragam dan anda merasakan bakal hilang kawalan. Selepas anda berhenti seketika, duduk dan berbicaranya dengannya. Tetapkan jangka masa untuk dia perbetulkan kesilapannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nyatakan hukuman realistik yang akan diberikan jika masalah terjadi lagi. Selepas selesai, pegang pada amaran anda dan lakukan hukuman yang dinyatakan.

5. Berikan kerja rumah

Jika anak anda meragam atau membuat tingkah laku yang buruk, anda boleh mengalihkan tenaganya ke arah yang berlainan. Berikan satu kerja rumah yang penting, walaupun dia tidak suka melakukannya. Rasa tidak senang melakukan kerja rumah itu cukup sebagai hukuman buatnya.

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

my.theasianparent.com/jangan-takutkan-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma