Jangan Marah Bila Anak Tidak Pandai, Kemampuan Otak Mereka Berbeza Ikut Perkembangan

lead image

Bahagian otak anak mula berkembang pesat semasa berumur 0-7 tahun. Boleh jadi terbantut perkembangan jika ibu ayah sering marah atau memaksa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahagian otak anak mula berkembang pesat semasa berumur 0-7 tahun. Pada fasa umur inilah, anak-anak akan mula berfikir dan belajar semua benda yang terdapat di persekitaran mereka melalui rangsangan sentuhan dan sebagainya.

Ibu dan ayah memainkan peranan yang sangat penting dalam tempoh waktu ini bagi memastikan perkembangan otak anak-anak tidak terbantut dan terjejas.

Oleh itu, elakkan sebarang perkara yang dapat menjejaskan perkembangan mereka terutamanya penderaan emosi.

Bahagian otak terjejas jika anak-anak alami penderaan emosi – Kajian

masalah otak anak

Berkongsi lanjut mengenai masalah yang dihadapi oleh anak-anak dalam pembelajaran Mohd Fhais Salim menulis di dalam laman Facebook miliknya,

“Tak ada anak yang TAK PANDAI

kecuali anak yang TAK BOLEH BELAJAR!

Semua anak-anak lahir dengan kapasiti otak yang sama, yang membezakan ialah perkembangan.

BRAIN GROWTH

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang tak boleh belajar ni biasanya kapasiti otak mereka lebih kecil dari biasa.

Lihat sahaja gambar otak di atas.

Dua otak ni dari 2 orang kanak-kanak yang sama usia 3 tahun.

Jelas kelihatan berbeza dari segi saiz.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kecil saiz otak maka bilangan neuron sedikit la. Neuron tu la yang diperlukan otak untuk belajar.

Banyak kajian menunjukkan antara faktor utama otak anak mengecut atau brain growth terbantut ialah PENDERAAN EMOSI

  • kerap kena tengking
  • selalu kena jerkah
  • stress melampau
  • selalu ketakutan
  • ugut & hukum itu biasa
  • menidakkan emosi anak
  • abai keperluan emosi anak

Dan banyak lagi contoh penderaan emosi.

Sebab tu la harus di ingat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita tak sepatutnya marah jika anak tak boleh belajar.

Jika,

  • memori dia lemah
  • susah hafal surah
  • lambat buat kerja sekolah
  • tak faham-faham cakap ulang kali
  • banyak bagi alasan
  • markah ujian rendah
  • sering buat silap yang sama
  • gagal belajar dari kesilapan

Anak bukan tak nak tapi dia TAK BOLEH belajar, kita sepatutnya bantu untuk tingkatkan potensi belajar dia dulu, itu la tindakan yang wajar!

Orang tak boleh belajar, makin di paksa-paksa makin mental jadinya nanti.

Tak pelik la jika statistik yang dikeluarkan oleh WHO mengatakan 1 dari 10 kanak-kanak pasti akan kena sakit mental. Serius isu ni!”

Bantu tingkatkan prestasi belajar anak-anak

91 % otak anak berkembang pada usia 0-7 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masa ni la brain growth paling pesat sekali.

Memang patutlah antara saranan dalam Islam ialah kita melayan anak macam RAJA pada usia emas ini.

Sunnahtullahnya, supaya brain growth anak-anak sihat & progresif.”

Oleh itu, sebagai ibu dan ayah yang peka dan sayangkan anak-anak, sentiasalah bersikap baik ketika berkata-kata atau menegur sesuatu supaya anak-anak tidak tertekan. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 15 Idea Terapi Sensori Untuk Kanak-Kanak, Berhasil Rangsang Perkembangan Deria Mereka

Baca juga: Panduan lengkap pemakanan untuk perkembangan otak si kecil anda – mengikut umur

Baca juga: Nak Tingkatkan Pembelajaran & Kemahiran Anak? Parents Disarankan Ikut 9 Langkah Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani